SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha di bumi asing

Hampir 5 tahun setengah Cikgu Joe berada di bumi besut dan hari ini merupakan pertama kalinya Cikgu Joe beraya disini. Bukan tidak mahu untuk beraya bersama keluarga, tetapi memandangkan jadual exam yang agak dekat dengan perayaan ini menyebabkan Cikgu Joe membuat keputusan duduk di asrama sahaja sambil mentelaah pelajaran. Semalam, bila berkumandangnya takbir menyebut kekuasaan Allah s.w.t, hati mula menjadi hiba. Tiada lagi susana meriah pada hari ini. Lagu dendang perantau menjadi peneman diri. Pagi tadi seawal mungkin Cikgu Joe bangun untuk menjalankan rutin seorang muslim. Baju melayu warna meroon menjadi pilihan untuk solat Aidiladha, Solat Aidiladha dijalankan di Masjid Kampung Raja, Besut Terengganu. Cikgu Joe pergi bersama-sama Aleb dan Atif. Selesai saja solat Cikgu Joe pulang ke asrama. Tidak seperti selalu, bila balik sahaja dari solat mesti tersedia makanan yang lazat, kali ini hanya roti sebagai juada kami yang ter'lazat'.

Sedihkan? mungkin itu sama perasaan mereka yang tak bernasib baik, keluarga miskin, fakir dan mereka-mereka yang tidak dapat menyambut raya ini dengan sempurna. Hidangan ini Cikgu Joe nikmati bersama rakan junior Cikgu Joe iaitu Cikgu Ariffudin. Alhamdulillah, rupanya ada mereka yang bersimpati dengan kami, Kak Zurina dan Abang Khairul Nizam yang mempelawa kami menjamu juadah daging korban dan masakan kampung di rumahnya. Sungguh sedap, setidak-tidaknya dapat mengubat rindu pada mak dan keluarga

IKRAR GURU

IKRAR GURU