Thursday, December 26, 2013
Betulkan Darjah atau Tahun Persekolahan.
Sebelum ini kita telah Import Data APDM dan SMM ke SPS, tetapi Cikgu Joe selalu mendapat maklum balas mereka tersalah memasukan murid pada tahun yang salah dan tidak dapat untuk membetulkan kesilapan ini. Sebagai contoh murid a merupakan murid tahun 3 untuk sesi 2013, tetapi guru terpindahkan murid a ke tahun 5. Jadi disini Cikgu Joe telah meminta bantuan Cikgu Azharul, dan penyelesaian ini telah diberikan.
klik : Betulkan Darjah atau Tahun Persekolahan.
Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2014
26 DIS - Pendaftaran murid tahun 1 dan prasekolah untuk sesi 2014 telah berlangsung. Pada hari pertama ini kelihatan wajah mereka penuh semangat untuk memulakan pembelajaran baru. Majlis pendaftaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibu Samaha Al-Fadil Al Ustaz Hisan. Kemudian di ikuti dengan taklimat oleh PK Hem dan PK Pentadbiran kepada ibubapa yang hadir.
Monday, December 2, 2013
Kemudahan Asas Sekolah Orang Asli
Bila kita dengar sekolah asli atau di pendalaman, terbayang keadaan sekolah yang uzur dengan jalan ke sekolah itu yang mencabar serta tiada kemudahan asas. Di sekolah cikgu, semuanya lengkap dan jalannya juga cantik walaupun jauh ke dalam. Masalah utama di sekolah cikgu adalah masalah air dirawat. Di sekolah ini kami hanya bergantung pada air bukit yang di bina kolam kecil untuk mengumpul air sebelum disalurkan ke tangki sekolah. Masalah akan timbul apabila tiba musim kering atau juga musim hujan.
Musim kering menyebabkan air menjadi sedikit dan kemudahan adalah terhad, dan lebih-lebih lagi, kolam yang dibina untuk sekolah telah disambungkan paip ke kebun berdekatan (daripada kata-kata pekerja awal di sekolah berkenaan,kolam itu hanya untuk kegunaan sekolah sahaja. Malangnya ada sambungan dari pihak lain menyebabkan gangguan kepada bekalan air di sekolah. bayangkan 517 murid, 30 orang guru, 3 pembantu tadbir, 2 pembantu pengurusan murid, 7 pekerja swasta, 2 pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja kantin berkongsi kolam tadahan air yang kecil bersama-sama pekebun yang menyiram air untuk beribu-ribu tanamannya.). Apabila musim hujan pula, pasir-pasir dan keladak akan masuk ke dalam tangki menyebabkan saluran air akan tersumbat.
Ini memerlukan kami sentiasa melihat dan menguruskan saluran paip ini. Menjadi rutin di sini, dalam lima hari persekolahan akan berlaku 2-3 hari masalah tiada air dan jika keadaan ini berlaku, kami perlu memanjat bukit dan melihat masalah yang berlaku. Ada sekali sewaktu pengawal keselamatan bersama-sama meninjau keadaan kolam, terdapat seekor ular sawa yang telah mati di kolam tersebut. Itulah pengalaman cikgu di sekolah asli ini, mencabar dan menyeronokkan.
Matematik tahun 1 : Jam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Murid Orang Asli ini tidak jauh berbeza dengan murid biasa. PdP Murid Orang Asli memerlukan banyak aktiviti berbentuk 'hans-on' yang mana suntikan muzik dan permainan yang menghiburkan adalah adunan terbaik untuk memastikan PdP kali ini mendapat sambutan dan memberikan murid kefahaman.
Topik pembelajaran hari ini adalah 'jam' iaitu waktu dan masa. Murid perlu mengenali nombor-nombor, konsep jam dan cara membaca jam. Setelah murid diperkenalkan dengan itu semua, aktiviti berikutnya adalah untuk mengaplikasi maklumat yang diperolehi sebentar tadi.
Aktiviti kali ini seakan permanan 'pikul berapa datuk harimau' tetapi ada beberapa yang telah diubah. Seorang akan dipilih menjadi Datuk Harimau manakala murid yang lain akan menjadi Anak Harimau. Datuk harimau akan memegang jam yang besar, di mana Datuk Harimau memutarkan jam mengikut kesukaannya dan soalan akan diberikan 'Pukul berapa anak harimau' , Anak Harimau yang dihadapan sekali akan menjawab berdasarkan jam yang diputar. Anak Harimau yang tidak menjawab dengan betul akan di ambil menjadi anak angkat Datuk Harimau. Setelah semua Anak Harimau ditanya, murid akan berlawan menarik tangan antara kumpulan Datuk Harimau dan Anak Harimau. Mana-mana kumpulan yang boleh menarik kumpulan lawan akan disahkan menjadi pemenanng.

Thursday, November 14, 2013
Persembahan Hari Anugerah
Pagi tadi, Cikgu Joe didatangi oleh murid-murid Tahun 6 Dinamik. Mereka menyatakan hasrat untuk membuat persembahan pada hari anugerah. Tapi masalahnya, masa tidak mencukupi kerana petangnya hari anugerah berlangsung. Cikgu Joe tidak tergamak untuk membuat mereka kecewa, jadi cikgu joe mencadangan persembahan Pantomen sahaja agar mereka mudah untuk membuat latihan dan tidak memerlukan latihan yang lama.
Wednesday, November 6, 2013
Kenangan semasa di Maktab
Bulan November yang merupakan akhir semester sinonim dengan minggu peperiksaan. Cikgu Joe teringat masa di IPG Kampus Sultan Mizan dahulu. Cikgu Joe ada kumpulan belajar untuk mentelaah matapelajaran bersama-sama. Selalunya kami akan mulakan belajar pada 3 atau 2 minggu sebelum peperiksaan. Tujuan kumpulan ini adalah untuk mengulangkaji subjek peperiksaan. Kumpulan ini terdiri daripada Cikgu Joe sendiri, Cikgu Amar, Cikgu Nabil dan Cikgu Husaini.
Konsep kumpulan belajar ini tidak tertumpu kepada soalan ramalan mahupun latihan menjawab soalan peperiksaan, tetapi mempunyai konsep tersendiri. Setiap ahli kumpulan diberikan subjek kepakaran dan tugas khas. Bagi subjek Kepakaran ialah, setiap ahli diberikan subjek yang berbeza untuk mereka kusai dan mereka akan menjadi pakar rujuk kepada masalah sekirannya ada. Kemudian setiap ahli akan menjadi pensyarah untuk mengajar semua topik dari bab pertama hingga akhir. Kemudian barulah contoh soalan dan soalan ramalan dibincangkan bersama. Untuk tugas khas pula ialah tugasan yang diberikan untuk melancarkan program belajar ini, sebagai contoh tugas untuk menyediakan tempat belajar, kudapan, mendapatkan soalan-soalan ramalan dan lain-lain lagi. Jadi diakhir kami boleh menguasai sesuatu subjek dengan mudah dan menyeronokan secara tersusun dan tertib.
Import data SMM dan APDM ke SPS
Cara mudah import data APDM dan SMM ke SPS ini adalah idea daripada Cikgu Azharul. Blog ini hanya menyusun mengikut turutan bergambar agar memudahkan guru data membuat pemindahan data ini.
Tukar D6(darjah 6) ke D5(darjah 5) atau D4(darjah 4) atau D3(darjah 3) atau D2(darjah 2) atau D1(darjah 1) .Copy dan Paste dan code ini.
Download Maklumat murid.csv
DARJAH 3
DARJAH 2
PRASEKOLAH
DARJAH 4
DARJAH 1
DARJAH 5
DARJAH 6
NOTA : PASTIKAN 'FORMLEVEL' DAN 'TOLEVELCODE' Pada MaklumatMurid.CSV tidak diubah. cuma perlu copy dan paste.
*klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
Tukar D6(darjah 6) ke D5(darjah 5) atau D4(darjah 4) atau D3(darjah 3) atau D2(darjah 2) atau D1(darjah 1) .Copy dan Paste dan code ini.
SELECT TMurid.NoKP, TMurid.KodSek, TMurid.Nama, TMurid.Tkhlahir, TMurid.Alamat, TMurid.Poskod, TMurid.KodNegeri, TMurid.NoTelBimbitMurid, TMurid.[KodTingkatan/Tahun], TMurid.NamaKelas, TMurid.KodJantina, TMurid.KodKaum, TMurid.KodStatusKewarganegaraan, TMurid.KodNegaraAsal, TMurid.KodAgama, TMurid.JarakKeSekolah, TMurid.StatusYatim, TMurid.KodPenjaga, TMurid.StatusSAR, TMurid.KodKhidmat1, TMurid.KodKhidmat2, TMurid.NoSijilLahir, TMurid.Tanggungan, TMurid.TkhMasukSekolah
FROM TMurid
WHERE (((TMurid.[KodTingkatan/Tahun])="D6"))
ORDER BY TMurid.Nama, TMurid.[KodTingkatan/Tahun], TMurid.NamaKelas;
Download Maklumat murid.csv
DARJAH 3
DARJAH 2
PRASEKOLAH
DARJAH 4
DARJAH 1
DARJAH 5
DARJAH 6
NOTA : PASTIKAN 'FORMLEVEL' DAN 'TOLEVELCODE' Pada MaklumatMurid.CSV tidak diubah. cuma perlu copy dan paste.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEKARANG TUGAS GURU KELAS UNTUK MEMINDAHKAN MURID KE KELAS MASING-MASING DAN MENAMBAH MAKLUMAT MURID YANG TIDAK LENGKAP.
SEKARANG TUGAS GURU KELAS UNTUK MEMINDAHKAN MURID KE KELAS MASING-MASING DAN MENAMBAH MAKLUMAT MURID YANG TIDAK LENGKAP.