SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label AKTIVITI MURID. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI MURID. Show all posts

Saturday, August 24, 2019

Santai bersama Calon UPSR 2019

24 Ogos 2019 - UPSR semakin hampir. Terasa bahangnya. Calon-calon UPSR pada waktu ini terlihat tekanan pada raut wajahnya. Kelas tambahan setiap petang dan disambung dengan kelas hujung minggu dari pagi hingga petang menyebabkan mereka terlihat begitu lelah. Program santai kali ini, cikgu-cikgu bawa mereka menonton wayang Boboboy 2, 'Movie' kegemaran mereka. Usai menonton wayang, mereka mejamu selera di restoran. Harap-harap program santai kali ini menjadikan mereka lebih tenang menghadapi tekanan UPSR kali ini. Terima kasih guru-guru yang menyumbang program santai kali ini.











































Sunday, October 9, 2016

Hari Sukan Negara 2016


Hari ini 08.10.2016 adalah tarikh yang penting untuk negara ini. Program Hari Sukan Negara disambut serentak seluruh Malaysia untuk menjadikan sukan sebagai budaya kepada rakyat.  Program ini amat penting kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh WHO terhadap masalah obesiti di Asia Tenggara, mendapati Malaysia menduduki tangga pertama masalah obesiti dengan 44.5% berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.  Memberikan kesedaran berkenaan pentingnya aktiviti dan pemakanan yang sihat, akan membantu rakyat memahami cara dan membudayaan aktiviti yang sesuai.

Cikgu Joe pon tergolong dari 44.5% peratus itu, Alhamdulilah sejak beberapa bulan berat Cikgu Joe semakin kurang. Walaupun tidak banyak tetapi membantu mengurangkan resiko masalah-masalah kesihatan yang akan berlaku. Jadi, mari sama-sama kita menyahut seruan kerajaan  ini.

Cikgu sediakan satu video perjalanan aktiviti di sekolah cikgu joe. Walaupun sekolah asli, tetapi sambutan juga tidak kurang meriad dengan sekolah yang lain.






Monday, November 9, 2015

Kempen Cegah Kebakaran 2015


5 Nov 2015 yang lalu berlangsung Kempen Cegah Kebakaran anjuran Kelab 3K dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Tapah, Perak. Kempen dimulakan dengan latihan kebakaran apabila penggera panjang dibunyikan tanpa henti menandakan berlaku kecemasan di kawan sekolah yang memerlukan seluruh warga sekolah bergerak dengan segera ke kawasan lapang yang telah ditetapkan. Kempen diteruskan dengan ceramah berkenaan kebakaran dan kecemasan diikuti dengan demonstrasi memadam kebakaran serta menghadapi kebakaran.

Beberapa isi penting dalam ceramah berkenaan.

1. Kereta yang kemalangan tidak akan meletup seperti yang berlaku dalam banyak filem-filem dalam dan luar negara. Apabila menghadapi kebakaran dalam sesuatu kemalangan, tindakan awal yang boleh dilakukan oleh orang awam adalah dengan menyelamatkan mangsa yang ada dalam kereta sebelum jentera bomba datang ke tempat kejadian. Beberapa kes yang berlaku apabila mangsa hangus terbakar adalah kerana kegagalan orang awam untuk memberi bantuan awal akibat daripada menyangkakan kereta itu akan meletup bila-bila masa.

2. Apabila berlaku kebakaran dan mangsa terperangkap, kebanyakkan mangsa akan lari mencari perlindungan di bilik air, ini adalah tindakan yang salah. Bilik air adalah tempat yang paling tidak selamat apabila berlaku kebakaran. Cara yang paling tepat adalah dengan merangkak keluar dari kawasan kebakaran. Apabila berlaku kebakaran kawasan yang paling panas adalah bahagian atas manakala bahagian bawah adalah lebih selamat untuk dilalui.











Saturday, October 10, 2015

Hari Sukan Negara 2015



10.10.2015 Berlangsungnya Hari Sukan Negara. Kami di Sekolah Murid Orang Asli SK Batu Tujuh, turut sama-sama menyertainya.






Wednesday, January 28, 2015

Persembahan Majlis Graduasi KEDAP 2014 dan Hari Anugerah SK Batu Tujuh, Tapah Perak.




Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Cikgu Joe muat naik semua video persembahan sempena Majlis Graduasi Kedap 2014 dan Hari Anugerah SK Batu Tujuh. Sepatutnya seminggu selepas majlis itu video-video ini di muat naik, tetapi disebabkan kekangan belajar di UPSI dan tugas di sekolah membataskan niat itu. Disebabkan video persembahan hari anugerah dan majlis graduasi hampir sama maka bagi menjimatkan masa maka hanya satu video setiap persembahan sahaja yang di muat naik.

Majlis Graduasi KEDAP kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya yang di uruskan oleh Cikgu Joe. Majlis kali ini mengabungkan peserta KEDAP dari tiga buah sekolah iaitu SK Batu Tujuh, SK Batu 14 dan SK Pos Musoh LZ. Majlis ini berlangsung dengan sederhana tetapi cukup bermakna kerana menunjukkan hasil tujuan KEDAP di laksanakan. Ibu bapa sudah boleh membaca, menulis dan mengira. Satu program yang bermakna untuk merangsang ibubapa sama-sama belajar dan memberikan galakan kepada anak-anak mereka.


Persembahan Koir Peserta KEDAP SK BATU TUJUH 2014


DEKLAMASI SAJAK PESERTA KEDAP SK BT 14

Tarian Prasekolah SK Batu Tujuh 



PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1  SK BATU TUJUH



TARIAN MURID TAHAP 2 SK BATU TUJUH




Monday, June 30, 2014

Situasi di Kelas : Rakan Murid Terlalu Rajin.



Biasannya dalam sesebuah kelas terdapat murid yang rajin dan selalu ingatkan kita sekiranya kita terlupa sesuatu hal yang dijanjikan mereka. Semasa di sekolah dulu, ada dikalangan rakan Cikgu Joe yang rajin seperti ini sehingga menimbulkan kemarahan sebab Cikgu Joe sendiri belum siap kerja yang dijanjikan (maklumlah dulu aktif sukan.hahha) Apabila kawan Cikgu Joe mula rajin-rajin ingatkan cikgu, reaksi muka kami selalunya jadi macam ini.....




Saturday, June 21, 2014

Kenangan dulu-dulu waktu cikgu ada kerja di luar kelas.




Macam yang kita tahu, kerja guru bukan sahaja di bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah. Kedua-dua perlu dilaksanakan dengan baik menyebabkan guru perlu pandai membahagikan masa. Kalau waktu Cikgu Joe kecil dulu, bila cikgu ada kerja di luar bilik darjah, reaksi seperti ini sering berlaku....



Sememangnya murid-murid terlebih aktif akan menggunakan peluang ini untuk membuat aktiviti-aktiviti yang kreatif seperti main lawan pemadam, main titik-titik, main lawan spider dan macam-macam lagi. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, guru kelas akan lantik ketua kelas mahupun murid kepercayaan cikgu untuk menulis nama murid yang bising seperti ini.....


Monday, June 16, 2014

P&P Khas Hari Bapa

Semalam (15 jun 2014) merupakan sambutan hari bapa. Hari bapa tidak semeriah hari ibu kerana kurang mendapat sambutan. Mungkin kerana bapa-bapa di luar sana kebiasaannya mempunyai sikap yang garang seperti Cikgu Joe menyebabkan kurang diraikan.

Bila ditanya berkenaan ayah mereka. Sudah tentu jawapan jujur dengan perasaan tidak bersalah menitip di bibir anak-anak kecil ini. Kebanyakkan mereka hanya menggunakan istilah 'jahat' sebagai gambaran ayah mereka. Bila di tanya mengapa tanggapan ini dibuat, semua jawapan mereka hampir sama. Ayah mereka merotan mereka, ayah mereka memarahi mereka, ayah mereka garang. Oleh itu aktiviti pertama kali ini adalah untuk menceritakan sifat sebenar seorang lelaki bergelar ayah.




Bila diajukan soalan kepada kepada mereka berkenaan ayah mereka setelah menilai semula sifat ayah. Mereka memberi maklum balas dan kemudian satu kesimpulan diberikan.

"Ayah marah kami kerana tak mahu kami jadi jahat. Ayah sayang pada kita"

Ya, itu kesimpulan dari mereka dan Cikgu Joe perlu sambung lagi...

"Orang lelaki tidak akan tunjuk perasaannya, sebab dia tak mahu nampak lemah. bukan macam ibu yang akan menunjukkan setiap perasaannya kepada anak-anak mereka."

Tiba-tiba mata Cikgu Joe berkaca-kaca menahan air mata, sebab tiba-tiba fikiran ini berputar mengenangkan arwah abah. (Al-fatihah untuk abah). Perkataan 'jahat' juga yang dulu Cikgu Joe guna untuk arwah. Sebab dulu Cikgu Joe terlalu muda untuk berfikir sendiri. Sebab dulu cikgu cuma ajar, kita perlu hormti ibubapa kerana pengorbanan mereka. Tapi tak pernah diberitahu, mengapa ibubapa kita hanya tahu arah-arah dan terus marah-marah.




Hari ini Cikgu Joe nak bagi tahu yang dahulu cikgu-cikgu Cikgu Joe tak pernah memberitahu. Sebab apa ayah awak marah awak. Ayah awak memang garang atau perlu jadi garang untuk awak. Ayah awak sayang awak ke tidak. Bagaimana ayah awak menunjukkan kasih sayang pada awak. Sebab dia ayah awak... dan sampai bila-bila dia ayah awak.

P&P diteruskan dengan aktiviti kedua. Aktiviti yang tidak pernah Cikgu Joe lakukan kepada arwah abah Cikgu Joe. Sebuah kad tanda sayang awak kepada ayah awak. Luahkan segala perasaan awak melalui kad awak yang dipenuhi lukisan indah dan kamu perlu menghadiahkan kepada ayah kamu atau datuk kamu atau pakcik kamu bila pulang nanti.

















Monday, May 26, 2014

Esok Cuti Tapi Cikgu Bagi Kerja Sekolah.

Esok bermulanya cuti sekolah. Kalau dulu masa zaman muda remaja bila tiba cuti sekolah maka debaran terasa di hari terakhir sekolah. Sebab utamanya adalah mengharapkan tiada Cikgu-cikgu yang terlebih rajin yang beri kerja sekolah di waktu cuti. Bila ada sahaja guru yang berikan kerja rumah, mesti reaksi Cikgu Joe macam ini....



Hari ini Cikgu Joe berikan kerja sekolah sebanyak 180 soalan. Macam-macam reaksi yang diberinya. Nasib baik kita guru-guru ini ada belajar psikologi, jadi mudah lah nak mempengaruhi mereka dan rasional cikgu bagi kerja sekolah ini.









Tolak dan tambah dalam bentuk lazim (latihan cuti sekolah)




Pagi tadi Cikgu Joe mengajar tolak dalam bentuk lazim. Cikgu Joe mendapati, mereka tiada masalah dalam membuat pengiraan tolak. Namun begitu, masalah timbul bila bentuk lazim yang melibatkan  nombor yang mempunyai dua digit. Mereka keliru untuk menukar ayat matematik kepada bentuk lazim. Daripada pemerhatian Cikgu Joe mendapati mereka ada masalah :-
               i. Meletakkan simbol tolak pada bentuk lazim
               ii.Meletakan nombor yang hendak di tolak pada bentuk lazim
               iii.Melakukan operasi tolak.







           



Jadi apa yang Cikgu Joe buat adalah dengan memperkenalkan lembaran kerja ini..


Cikgu Joe bina lembaran kerja ini adalah kerana murid tidak akan keliru dengan kotak yang terlalu banyak. Beberapa perkara Cikgu Joe perkenalkan kepada murid.
1. Memperkenalkan nombor belakang dan bermula dengan belakang.
2. Memperkenalkan 'kawan' kepada nombor atas dan nombor bawah.
3. Memperkenalkan simbol tolak tidak mahu berkawan dengan nombor.
4. Memperkenalkan bagaimana operasi tolak dilakukan dengan menutup sebahagian kotak dan membuat pengiraan.



Latihan pengiraan dengan cara ini membantu murid untuk membuat bentuk lazim dan melakukan operasi dengan betul. Cikgu-cikgu boleh la cuba. Esok bermulanya cuti sekolah, maka di sini Cikgu telah sediakan latihan untuk anak murid Cikgu Joe. Jadi Cikgu Joe nak share di sini latihan cuti sekolah tambah dan tolak.











IKRAR GURU

IKRAR GURU