Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak dalam BAJET2017 bahawasanya 9 IPG (dan 2
buah IPG lagi sebagai Pusat Permata Pintar) akan diubah menjadi Kolej Teknik
dan Vokasional, dan Pusat Kejurulatihan TVET.
Sudah tentu itu adalah sesuatu yang menyedihkan apabila salah satu pusat
pengeluaran guru-guru yang setelah sekian lama bertapak dalam sistem pendidikan
negara akan ditutup. IPG yang pada awal
penubuhanya dikenali sebagai Maktab Perguruan adalah institusi yang
bertanggungjawab menyediakan bakal-bakal guru terlatih untuk diserapkan di
sekolah-sekolah bagi memenuhi keperluan guru terlatih di sekolah.
Sejarah peranan pendidikan guru di negara
kita bermula pada tahun 1878 lagi di The
Malay High School, Singapura. Di semenanjung Tanah Melayu, Maktab Perguruan
Melayu Matang (1913-1922) merupakan maktab perguruan yang terawal diwujudkan. Pada
tahun 1922 Sultan Idris Training College, Tanjung Malim atau dulu dikenali
sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris
dan kini Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah maktab yang
menggantikan Maktab Perguruan Melayu Matang.
Woman Teachers’ Training College, Melaka atau Maktab Perguruan Perempuan
Melayu, Melaka pula ditubuhkan pada 1935. Di luar negara Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu ketika itu telah menubuhkan Malayan Teacher’s Training College, Kirkby, Liverpool, England (1951-1962)
dan Malayan Teacher’s Training College,
Brinsford Lodge, Wolverhampton, England (1955 -1964 ).
Bermula dari sejarah penubuhan maktab tadi
maka bermulalah peranan maktab perguruan dalam sistem pendidikan negara. Pada tahun 2005 sebanyak 27 Maktab Perguruan
telah di naik taraf sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh
menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan B.Ed. Pada 2006 semua IPG seluruh Malaysia telah menawarkan program
pensiswazahan guru sehingga hari ini. Pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri
pada BAJET2017 sedikit sebanyak menjentik sentimental guru-guru terhadap
kenangan dan sumbang bakti maktab (kini dikenali IPG). Bukan untuk protes,
walau ada segelintir yang berbuat demikian, tetapi sejarah menunjukkan
menutupan pusat pendidikan adalah sesuatu yang biasa. Bermula dengan penutupan
Maktab Perguruan Melayu Matang (1922), Maktab Perguruan Kirkby (1962), Maktab
Perguruan Brinsford (1965), kemudian diikuti dengan Maktab Perguruan Teruntum,
Mohd Khalid, Pasir Panjang, Seri Pinang, Seri Kota, Kinta, dan Sains Bintulu. Penutupan itu adalah memori yang disimpan,
mengenangya adalah kenangan dan menutupnya adalah langkah untuk sesuatu yang
lebih baik.
Penutupan IPG bukan bermakna IPG tidak
memainkan peranan dalam sistem pendidikan negara tetapi ini merupakan rancangan
pihak kerajaan sendiri untuk mungkin mengurangkan kos operasi selain
menstruktur semula IPG ke arah yang
lebih baik. Pendapat Cikgu Joe adalah
sesuatu yang baik sekiranya bilangan IPG ini dikurangkan dan ditingkatkan
kapasiti graduan IPG dengan memastikan setiap IPG yang tinggal boleh menampung
keperluan guru di sekolah-sekolah rendah.
Semenjak dari dulu lagi isu graduan IPG
dan graduan pendidikan universiti
diperbincangkan. Berlaku pertikaian mana keluaran yang terbaik. Sudah
tentu Cikgu Joe sebagai graduan IPG akan mengatakan graduan IPG yang terbaik
dan rasa baik kerana Cikgu Joe tidak merasakan bagaimana dengan sistem
pendidikan perguruan yang diterapkan di universiti dan begitulah sebaliknya
bagi graduan pendidikan dari universiti.
Jika mekanisma penilaian berdasarkan individu, sudah tentu keluargan IPG
dan Universiti mempunyai banyak kelemahan. Adalah kalangan mereka (IPG dan
Univesiti) yang tidak minat menjadi guru, ada di kalangan mereka yang bukan
jiwa pendidik, ada di kalangan mereka yang tiada bakat mengajar. Mereka-mereka inilah yang perlu meninggalkan
sistem pendidikan supaya tidak menjadi barah dan api dalam sekam yang
merosakkan seluruh generasi. Adakah
keluaran universiti sebenarnya tidak
mempunyai cukup kemahiran mengajar? Cikgu Joe kenal dan bekerja bersama mereka
yang keluargan universiti yang diserap masuk terus ke sekolah rendah dan ada yang diserap
masuk melalui program KPLI. Mereka yang
berkerja bersama-sama Cikgu Joe merupakan mereka yang hebat, mempunyai
kemahirang mengajar, dan kreatif dalam mengajar. Cuba ada segelintir keluaran
universiti yang pernah berkerjasama dengan Cikgu Joe bermasalah dalam kemahiran
pengurusan dan kaku dalam menyampaikan ilmu. Jadi, adakah puncanya pelajar IPG?
Mejoriti guru-guru yang berkerjasama di sekolah adalah mereka yang
berpendidikan dari Maktab(IPG). Mereka yang berkerja bersama-sama Cikgu Joe
merupakan mereka yang hebat, mempunyai kemahirang mengajar, dan kreatif dalam
mengajar (Cikgu Joe Copy dan Paste dari isi yang sebelumnya). Cuba ada
segelintir keluaran IPG yang pernah berkerjasama dengan Cikgu Joe bermasalah
dalam mengajar, mungkin kerana tidak minat. Pengalaman Cikgu Joe mereka yang
tidak mempunyai jiwa mendidik, ada yang malas dan ada tidak mahu terus dalam
sistem pendididkan ini telah meninggalkan sistem ini, ini merupakan satu gerak
kerja yang bagus kerana mereka amanah dengan tanggungjawab dan merasakan mereka
tidak mampu meneruskan cabaran sebagai guru.
Beberapa hari yang lalu Cikgu Joe ada
membaca pendapat dari individu yang menyatakan ada IPG yang tidak memberikan
impak kepada sistem pendidikan negara.
Cikgu Joe jadi keliru dengan penyataan itu. Memberi impak yang bagaimana
sedangkan semua IPG mengunakan silibus
yang sama, isi kandungan yang sama dan program latihan yang sama. Adakah tenaga
pengajarnya lemah?sedangan tenaga pengajarnya kini keluaran universiti, ada
juga mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengajar. Di mana silapnya?
Indikator apa menilai ‘impak’ IPG kepada pendidikan? Adakah melalui pencapai
murid dalam TIMMS dan PISA? TIMMS dinilai kepada murid tingkatan 2 (gred
8[4-8]) manakalah PISA dinilai kepada murid yang berumur 15 tahun ke atas. Adakah kita nak menunding jari kepada sistem
fakulti pendidikan di university-universiti? Sudah tentu tidak. Jadi siapa yang salah?
Jangan jadikan persepsi kita untuk berhujah kerana persepsi bukan fakta untuk
dijadikan hujah. Kemenjadian murid bukan semudah 1+1=2, tetapi lebih
kompleks dari itu. Suka mendengar
kata-kata Almarhum Dato’ Razali Bin Ibrahim, pendidik ini tugasnya memanusiakan
manusia. Prosesnya bukan mudah, memerlukan semua pihak memainkan peranan (Akan di
sambung dengan artikal lain berkenaan pendidikan di Malaysia mengapa kita jauh
ketinggalan dari Finland, Korea Selatan, Singapura, hatta Vietnam). Secara kesuluruhan pendapat dan penyataan
individu itu Cikgu Joe setuju, hanya sebahagain dari penyataan itu yang
membuatkan sebagai pendidik dan pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan di UPSI
terpanggil untuk menilai penyataan itu.
Penyelidikan Pendidikan yang di ajar di peringkat Ijazah Sarjana ini
melatih diri Cikgu Joe untuk kritis terhadap sesuatu maklumat supaya maklumat
yang diperolehi boleh dipercayai, sumber yang boleh sah dan di nilai
berdasarkan ukuran yang tepat dengan kaedah yang sesuai.
Cikgu Joe pelajar IPG dahulunya dan kini
menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam Ijazah Sarjana Pendidikan
Sekolah Redah sebelum meneruskan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah
tahun depan atau dua tahun lagi(insyallah).
Cikgu Joe meminati mengkaji pendidikan di peringkat Sekolah Murid Orang
Asli, yang dilihat sebagai satu komuniti kecil yang perlu mereka yang berjiwa
pendidik dan minat untuk mendidik bagi mendidik komuniti ini. Bukan minat Cikgu
Joe untuk menjadi guru pada awalnya, IPG Kampus Sultan Mizan (IPG KSM) telah
mendidik jiwa ini untuk jadi pendidik . Insyallah “guru bertaraf di dunia, pasti
akan di kota”. IPG KSM tetap menjadi tempat yang berjasa dalam diri ini dan
akan menjadi memori yang terindah kerana menjadi langkah pertama ke dunia
pendidikan.
Nota Kaki : Guru itu perlu bijak berbicara, kerja guru adalah
berbicara untuk menyampaikan ilmunya… Mindanya untuk menarik minat murid
belajar dan jiwa yang besar untuk menjadi pendidik. Jika lisan guru bisu, ilmu
apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat, kritikan apa yang hendak
diberikan kepada mereka yang diperlukan.
0 comments:
Post a Comment