SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label BELAJAR ITS FUN. Show all posts
Showing posts with label BELAJAR ITS FUN. Show all posts

Tuesday, September 17, 2019

Ukuran Bukan Piawai







Harini Cikgu Joe nak kongsi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk topik 'Ukuran Bukan Piawai'. Jengkal, hasta, depa dan kaki merupakan ukuran bukan piawai.  Sebelum aktiviti luar bilik darjah dilakukan, pengenalan kepada ukuran bukan piawa dilakukan didalam kelas, cara mengukur dan nama ukuran juga diperkenalkan. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan perlu diwakili oleh tiga kelompok murid iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Sudah tentu murid yang cemerlang akan dilantik sebagai ketua kumpulan. Murid yang dilantik menjadi ketua perlu dipertanggungjawabkan untuk memberikan arahan berdasarkan aktiviti yang telah diberi. Dari sini guru juga boleh menerapkan ciri kepimpinan kepada murid. Aktiviti luar bilik darjah merupakan aktiviti yang paling digemari murid. Murid boleh meneroka dan bermain.










Tuesday, July 7, 2015

Kecemerlangan Bukan Harta Yang di Warisi.

Ady dan Aqil


Tiada perkara yang lebih mengembirakan seorang guru apabila melihat peningkatan dan perkembangan anak muridnya.  Enam bulan yang lalu anak ini langsung tidak mahu menulis, tidak ingin berfikir dan tiada usaha untuk belajar. Jika penerangan yang diberikan di hadapan, mereka akan bermain-main. Bila dimarahi, mereka senyap dan senyap mereka adalah seketika. Di sebabkan sikap mereka seperti itu, banyak latihan yang diberikan dipulangkan kosong tanpa tulisan dan ada hanyalah beberapa huruf yang membentuk nama mereka sendiri. Apabila kita membantu mereka membuat latihan, mereka kadang-kadang membisu, tidak tahu pucuk pangkal kerana semasa penerangan tadi mereka 'tiada' di situ. Guru mengulang dan terus mengulang. Pujukan, ganjaran, nasihat dan marah-marah menjadi pendekatan untuk mereka setiap kali sesi PDP.

Itu dulu, tapi hari ini lain. Semenjak mereka diberi latihan khas dalam kelas Pemulihan LINUS selama 6 bulan, mereka sudah menunjukkan perubahan. Mereka memberi penumpuan, berani mencuba, berusaha untuk menyelesaikan masalah. Hari ini Cikgu Joe membuat pentaksiran matematik untuk operasi darab dan hari ini juga buat pertama kalinya mereka menghantar kertas soalan dengan berjawab serta betul. Ady menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan kerana berjaya menyelesaiakan semua soalan manakalah Aqil hanya beberapa soalan sahaja yang gagal dijawab. Walaubagaimanapun peningkatan mutu pembelajaran murid ini adalah suatu yang membanggakan. Tahniah kepada guru LINUS SK Batu Tujuh, Cikgu Afizayanti yang banyak berusaha untuk anak-anak ini. Cikgu Joe hanya penyambung kepada usaha yang hebat ini.

Cikgu Joe selalu berpesan "Kecemerlangan bukan sesuatu harta yang diwarisi, dan ingatlah kegagalan juga tidak selamanya menjadi tradisi"

Cikgu Joe juga selalu kata " Cikgu tak marah kalau kamu bodoh*, tapi cikgu marah kalau kamu malas. Orang bodoh boleh belajar jadi bijak, orang malas akan selama-lamanya malas dan bodoh" agak kasar bahasanya tapi itulah kata-kata menjadi ingatan kepada anak murid Cikgu Joe.

*bodoh adalah perkataan yang digunakan oleh anak murid asli Cikgu Joe untuk menyatakan mereka tidak tahu.

Monday, June 29, 2015

Bundar dengan 4 syarat

Bundar merupakan subjek yang mudah, akan tetapi sekiranya murid tidak memahami proses membundar, murid akan gagal untuk memberikan jawapan yang tepat.

Cikgu Joe memperkenalkan 4 syarat bundar untuk melatih murid membuat kemahiran membundar. 4 syarat itu adalah.


  • Gariskan rumah
  • Bulatkan nombor belakang rumah
  • lihat bukit
  • belakang kosong/sifar mesti kosong/sifar.
Bagaimana Cikgu joe memperaktikan kaedah ini?
Kaedah ini memerlukan nyanyian atau gerakan kreatif untuk murid cepat ingat kaedah ini. Murid-murid asli terutamanya memerlukan pendekatan seperti ini untuk memudahkan mereka mengaplikasikan kepada PDP mereka. 


  • Gariskan rumah - murid akan menyebut sambil membuat garisan di langit menggunakan jari telunjuk.
  • Bulatkan nombor belakang rumah - murid akan menyebut sambil membuat bulatan di langit menggunakan jari telunjuk.
  • Lihat bukit - murid akan menyebut sambil membuat garisan melengkung seperti bukit di langit menggunakan jari telunjuk.
  • Belakang kosong mesti kosong. - murid akan menyebut sambil membuat dua kosong menggunakan jari telunjuk.
Selain itu penekanan kepada simbol juga membantu murid untuk mengingat kaedah ini.


Ini contoh latihan yang menggunakan kaedah 4 syarat.

Bundarkan 7562 kepada ratus yang terdekat.

Cikgu joe memperkenalkan 'kotak bundar lazim' yang murip dengan bentuk lazim yang biasa untuk operasi tambah dan tolak seperti dibawah.



kemudian mulalah dengan 4 syarat itu.
1. Garis rumah (rumah yang dinyatakan pada soalan iaitu ratus)



2. Bulatkan nombor belakang rumah



3. Lihat bukit.
Pada langkah ini Cikgu Joe memperkenalkan bukit ini dimana semua nombor yang berada dari 0-4 akan menjadi 0. Nombor yang berada dari 5 - 9 akan menjadi 10. Nombor yang dinilai menggunakan bukit ini adalah nombor yang ditanda bulat sebentar tadi iaitu nombor yang dibelakang rumah.
Apabila sudah dinilai, jawapan perlu ditulis di bawah nombor yang dinilai iaitu  nombor 6 dengan meletakkan angka 10 dibawah nombor 6. Seperti operasi tambah yang kita belajar dahulu, sekiranya nombor adalah 10 dan keatas maka satu nombor belakang akan ditulis di bawah manakala nombor depan  akan naik ke atas.



kemudian akan diteruskan melengkapkan nombor dihadapan dengan menambah nombor 5 dan 1 dan sekiranya tiada nombor yang ditambah maka nombor akan diletakkan dengan nilai asal.



4. Belakang kosong mesti kosong.
Bagi menyelesaikan nombor di belakang, murid perlu tahu, apa-apa nombor dibelakang nombor kosong yang telah dinilai adalah kosong walaupun terdapat dua atau 3 nombor dibelakang.


Memperkenalkan nombor belas kepada murid

Seperti yang kita maklum, nombor yang melibatkan nombor belas adalah satu masalah untuk diperkenalkan kepada murid. Murid akan keliru dengan nombor belas kerana sebutan pertama nombor belas itu adalah digit kedua kepada nombor itu. Berbeza dengan nombor puluh yang lain.
sebagai contoh :-

bagi nombor belas, sebutan pertamanya adalah digit kedua nombor berkenaan.


ini yang menyebabkan murid keliru dan menyebabkan mereka menulis seperti ini :-


Bagi menyelesaikan masalah ini konsep menyebut sepuluh diterapkan bagi memastikan murid tahu bahawa digit pertama nombor belas adalah sepuluh. Sebagai contoh :-


  1. Guru perlu memperkenalkan nombor belas dengan menyebut nombor belas yang sebenar.
  2. Pada masa yang sama, apabila hendak menulis nombor belas, guru perlu memperkenalkan cara menulis nombor belas dengan menyebut sepuluh dua (12) sepuluh tiga (13) sepuluh empat (14) dan seterusnya.





Monday, January 26, 2015

Matematik Tahun 2. 1.2 Menulis nombor



Sepanjang dua minggu pertama ini, menulis dan membaca dalam bentuk nombor dan perkataan adalah perkara asas sebelum beralih kepada operasi. Sepanjang dua minggu ini, Cikgu Joe menggunakan lembaran kertas yang sama dan diubah dari segi cara kerja. Cikgu Joe menggunakan lembaran kerja ini  


Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah 
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, jangan mengajar nombor yang melibatkan 'belas'
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.


lembaran kerja ini pada peringkat ini hanyalah melibatkan digit nombor sahaja. Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas.
Contoh :- 






Untuk PDP hari seterusnya, guru masih menggunakan lembaran kerja yang sama. Kali ini melibatkan belas.

Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah 
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, murid perlu tahu nombor 1 pada 'puluh' tidak berbunyi tetapi nombor pada rumah 'belas' yang akan dibunyikan.
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.

Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas.
Contoh :- 






Untuk PDP hari seterusnya, guru masih menggunakan lembaran kerja yang sama. Kali ini melibatkan ejaan nombor.

Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah 
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, murid perlu tahu nombor 1 pada 'puluh' tidak berbunyi tetapi nombor pada rumah 'belas' yang akan dibunyikan.
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.
6. Guru perlu mengimbas dan mengajar kembali ejaan nombor satu/se sehingga sembilan serta rumah ratus, puluh dan belas.

Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas dalam perkataan
Contoh :- 


Selesai sesi PDP ini, didapati murid masih lemah dalam menulisa dalam perkataan walaupun dalam menulis menggunakan angka mereka telah menguasai. Jadi, pada sesi yang akan datang, guru akan menekankan kepada mengeja.. Contoh lembaran kerja yang fokus kepada mengeja...



Apabila murid sudah menguasai kemahiran asas ini, barulah guru boleh mempelbagaikan aktiviti selaras dengan HOT yang di warkan-warkan sekarang. Untuk murid Cikgu Joe, Cikgu Joe memperkenalkan aktiviti menggunakan peta buih i-think. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan, kemudian mereka diberikan beberapa nombor secara rawak. Daripada nombor yang diberikan, murid perlu membina nombor-nombor dari 100-999 dengan hanya menggunakan nombor yang diberikan.











Sunday, October 19, 2014

Video Ukuran Bukan Piawai

Sebelum ini Cikgu Joe mengajar topik panjang, kali ini Cikgu Joe ada sediakan video untuk set indaksi sebelum memulakan aktiviti 








Tuesday, June 17, 2014

Pendidikan Moral Tahun 1 : Keadilan.

Keadilan membawa maksud Tindakkan atau keputusan yang tidak berat sebelah. Keadilan juga membawa maksud meletakkan sesuatu(hak) pada tempatnya(yang berhak). Hari ini merupakan hari yang agak meletihkan dengan aktiviti untuk persediaan hari sukan, dipantau oleh pihak KPM dan IAB untuk melihat perlaksanaan MMI. Walaupun letih yang bagaimanapun proses P&P perlu juga dilaksanakan.

Keadilan adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan kata-kata, kerana adalah pihak-pihak yang sudah tua bangka pun masih tidak tahu apa itu keadilan menyebabkan mereka menidakkan hak orang lain. Apa yang boleh buat mereka berfikir adalah membuat aktiviti tarik tali. Seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan dipilih untuk melaksankan aktiviti ini. Mereka menarik wayar yang diberi dan murid yang beranjak kehadapan lebih selangkah akan dianggap kalah. Keputusannya murid lelaki menang. Beberapa persoalan dilontarkan kepada murid-murid yang lain.

Siapa yang menang?
Mengapa menang?
Siapa yang kuat?
lelaki hebat kan?



Apabila murid-murid lelaki bangga dengan kelakian mereka, maka murid perempuan mula menunjukkan sifat mempertahankan diri. Lontaran-lotaran protes disediakan murid perempuan.

lelaki mana boleh lawan dengan perempuan.
perempuan memang tak kuat macam lelaki.
lelaki tak boleh lawan dengan perempuan.

Maka soalan diberikan oleh Cikgu Joe untuk merangsang KBAT mereka.

Jadi kamu tak suka lelaki lawan dengan perempuan?
lelaki memang tak boleh lawan dengan perempuan?

jawapan 'ya' diberikan oleh mereka.

"baiklah, jadi cikgu nak lelaki lawan lelaki pulak"

Maka Cikgu Joe memilih tiga orang murid yang salah satunya adalah murid lelaki tadi dengan perlawanan satu lawan dua.




Aktiviti menarik tadi diulang, didapati murid kumpulan berdua itu menang. Maka soalan dilontarkan lagi.


Siapa yang menang?
Mengapa menang?
Siapa yang kuat?
kawan awak yang menang sebelum ini tak kuat kan?


Maka, ada dikalangan murid yang mempersoalkan kemenangan tadi.

"Memanglah dia kalah, dia lawan dengan dua orang"
"Ye la cikgu, kesian dia"

"Jadi sepatutnya macam mana?"-tanya Cikgu Joe

"satu lawan satulah cikgu" - Murid menjawab.

"Siapa tengok Jerman lawan Portugal semalam?" tanya Cikgu Joe.

"saya, saya, Cikgu Joe"

"Tak adil cikgu 10 lawan 11" - jawab seorang murid

"YAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!! betul, hari ni kita akan belajar pasal keadilan. Aktiviti yang kita buat tadi adil ke tidak?" - tanya Cikgu Joe.

"Tidakkk!!!!!" jawab murid serentak.

Tiba-tiba timbul persoalan dalam pemikiran Cikgu Joe, maka Cikgu Joe bertanya "Bagaimana awak tahu ia tak adil tadi?"

Murid menjawab "Ayah saya cikgu yang kata tidak adil 10 lawan 11"

Mula berfikir, apa-apa bermanfaat jika kita berusaha memanfaatkan sesuatu. Maka P&P diteruskan.

Go Go Go Netherlands..




Monday, June 16, 2014

P&P Khas Hari Bapa

Semalam (15 jun 2014) merupakan sambutan hari bapa. Hari bapa tidak semeriah hari ibu kerana kurang mendapat sambutan. Mungkin kerana bapa-bapa di luar sana kebiasaannya mempunyai sikap yang garang seperti Cikgu Joe menyebabkan kurang diraikan.

Bila ditanya berkenaan ayah mereka. Sudah tentu jawapan jujur dengan perasaan tidak bersalah menitip di bibir anak-anak kecil ini. Kebanyakkan mereka hanya menggunakan istilah 'jahat' sebagai gambaran ayah mereka. Bila di tanya mengapa tanggapan ini dibuat, semua jawapan mereka hampir sama. Ayah mereka merotan mereka, ayah mereka memarahi mereka, ayah mereka garang. Oleh itu aktiviti pertama kali ini adalah untuk menceritakan sifat sebenar seorang lelaki bergelar ayah.




Bila diajukan soalan kepada kepada mereka berkenaan ayah mereka setelah menilai semula sifat ayah. Mereka memberi maklum balas dan kemudian satu kesimpulan diberikan.

"Ayah marah kami kerana tak mahu kami jadi jahat. Ayah sayang pada kita"

Ya, itu kesimpulan dari mereka dan Cikgu Joe perlu sambung lagi...

"Orang lelaki tidak akan tunjuk perasaannya, sebab dia tak mahu nampak lemah. bukan macam ibu yang akan menunjukkan setiap perasaannya kepada anak-anak mereka."

Tiba-tiba mata Cikgu Joe berkaca-kaca menahan air mata, sebab tiba-tiba fikiran ini berputar mengenangkan arwah abah. (Al-fatihah untuk abah). Perkataan 'jahat' juga yang dulu Cikgu Joe guna untuk arwah. Sebab dulu Cikgu Joe terlalu muda untuk berfikir sendiri. Sebab dulu cikgu cuma ajar, kita perlu hormti ibubapa kerana pengorbanan mereka. Tapi tak pernah diberitahu, mengapa ibubapa kita hanya tahu arah-arah dan terus marah-marah.




Hari ini Cikgu Joe nak bagi tahu yang dahulu cikgu-cikgu Cikgu Joe tak pernah memberitahu. Sebab apa ayah awak marah awak. Ayah awak memang garang atau perlu jadi garang untuk awak. Ayah awak sayang awak ke tidak. Bagaimana ayah awak menunjukkan kasih sayang pada awak. Sebab dia ayah awak... dan sampai bila-bila dia ayah awak.

P&P diteruskan dengan aktiviti kedua. Aktiviti yang tidak pernah Cikgu Joe lakukan kepada arwah abah Cikgu Joe. Sebuah kad tanda sayang awak kepada ayah awak. Luahkan segala perasaan awak melalui kad awak yang dipenuhi lukisan indah dan kamu perlu menghadiahkan kepada ayah kamu atau datuk kamu atau pakcik kamu bila pulang nanti.

















IKRAR GURU

IKRAR GURU