Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 4, 2019

Kenangan : Sebuah Komputer Riba



4 OKTOBER 2019 -  Pada hari ini, Cikgu Joe dan Cikgu Hasnol membantu menguruskan pembelian komputer riba untuk anak pekerja pembersihan sekolah. Kakak Faridah yang kami anggap seperti ahli keluarga merupakan tulang belakang kepada sekolah. Beliau ada meluahkan hasratnya  untuk membelikan komputer riba bagi kegunaan anaknya yang melanjutkan pelajaran. Disebabkan Kak Faridah tidak mahir berkenaan komputer riba, beliau meminta bantuan kami. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membelinya pada hari ini setelah selesai solat jumaat di Ipoh. Perjalanan dari Tapah ke Ipoh memakan masa 45 minit jika memandu kereta. Kami melakukan tinjaun di beberapa lokasi untuk mendapatkan harga yang lebih murah dengan kualiti yang lebih baik. Mengikut peruntukan yang telah dipersetujui, harga komputer riba yang akan dibeli tidak lebih dari seribu ringgit. Komputer riba yang kami temui, harganya lebih dari seribu ringgit membuatkan kami terpaksa berkira-kira langkah terbaik. Tiba-tiba Cikgu Joe merasakan perlu meminta teman-teman guru yang lain menghulurkan sumbangan segera bagi merealisasikan harapan Kak Faridah. Tidak menunggu lama, lima orang guru SK Pos Musoh LZ bersetuju memberikan sumbangan. Alhamdulillah, kami berjaya membeli komputer riba berkenaan. 

Usai membuat pembayaran, kami bergegas ke Batu Gajah untuk menghantar komputer riba berkenaan kepada anak Kak Faridah. Sampai kami ke tempat pertemuan yang dijanjikan, kami disambut oleh Kak Faridah, suaminya, anaknya dan teman-teman anaknya.  Kak Faridah dan suami hanya menaiki motor ke Batu Gajah, Perak. Perjalanan dari Kampung Pos Musoh ke Batu Gajah memakan masa dua jam lebih sekiranya menunggang motosikal. Besar betul harapan dan semangant Kak Faridah dan suaminya untuk melihat anaknya berjaya sehingga sanggup datang dari jauh. Bukan mudah perjalanan dari Kampung Pos Musoh, perkampungan Orang Asli yang jauh di dalam hutan. 

Kami bertemu di sebuah kedai makan. Semasa menyerahkan komputer riba, terpancar wajah gembira Kak Faridah dan anaknya. Waktu itu, perasaan Cikgu Joe sedikit terusik. Mengimbau kenangan pada tahun 2006 yang lalu sewaktu belajar di IPG Kampus Sultan Mizan. Waktu itu Abang Ipar Cikgu Joe membelikan Cikgu Joe sebuah komputer riba untuk kegunaan Cikgu Joe belajar. Mungkin waktu itu sama perasaanya seperti hari ini. Masih lagi Cikgu Joe ingat, Cikgu Joe terpaksa menunggu rakan Cikgu Joe tidur untuk meminjam komputer ribanya membuat tugasan. Kadang-kadang terpaksa tunggu sehingga jam satu pagi selepas rakan Cikgu Joe selesai dengan tugasannya atau selepas beliau selesai bermain game. Apabila Abang Ipar Cikgu Joe menyatakan mahu menghadiakan komputer riba, hati Cikgu Joe berbunga-bunga gembira. Waktu itu keluarga Cikgu Joe susah, Alhamdulillah Allah s.w.t temukan jodoh kakak dengan abang ipar yang baik. Sepanjang belajar beliaulah yang paling banyak menghulurkan bantuan untuk melihat Cikgu Joe berjaya selain ahli keluarga lain yang turut membantu. 

Selesai menyerahkan komputer riba kepada anak Kak Faridah, kami meminta diri untuk pulang. Waktu itu hampir Maghrib. Kak Faridah menghulurkan gumpalan duit bantuan dari JAKOA untuk pendidikan kepada Cikgu Joe bernilai seribu ringgit sambil mengucapkan terima kasih. Duit itu Cikgu Joe sisip kedalam dompet. Selesai mengucapkan terima kasih berkali-kali, Kak Faridah dan suaminya terus ke motosikal mereka lalu bergerak pulang ke Kampung Pos Musoh. Semasa bergerak pulang ke Tapah. Cikgu Joe dan Cikgu Hasnol bersembang-sembang berkenaan Kak Faridah dan suami. Contoh yang ditunjukkan mereka berdua adalah contoh yang baik. Semangat mereka melihat anak mereka berjaya membuatkan mereka sanggup menempuh jalan yang jauh bagi merialisasikan impian anak mereka. Moga anak ini dapat melihat pengorbanan ibubapa yang tidak pernah berhenti memberikan terbaik. Ucapan terima kasih juga kepada guru-guru yang memberikan sumbangan. Alhamdulillah, guru-guru tidak pernah berkira untuk anak didik mereka. Moga amal baik guru-guru ini dibalas dengan kebaikan oleh Allah azza wajallah.

















0 comments:

Post a Comment

IKRAR GURU

IKRAR GURU