SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label PERKONGSIAN PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PERKONGSIAN PENDIDIKAN. Show all posts

Monday, November 28, 2016

Produk Gagal IPG, Betul ke?



Hampir sejam jari-jemari aku menaip artikel bagi menjelaskan dan mengharmonikan  satu artikel dari IIUM Confession yang bertajuk 'Produk Gagal IPG'. Terjentik hati aku untuk menjawab dan menguraikan 'fakta-fakta' yang di utarakan. Aku sebagai produk keluaran IPG dan kini produk dalam pembikinan dari UPSI suka untuk menjelaskan dan mengharmoni 'fakta-fakta' menarik dari -Anda yang disyaki-. Semasa rancak menaip, tiba-tiba timbul dalam diri untuk berhenti dari menyempurnakan penulisan artikel itu. Aku bermonolog...

"Ramai orang kritik sistem pendidikan kita, dari IPG hinggalah guru dan sekolah. Mulut berjari manusia hari ini tidak mampu ditutup. Hitamnya jantung hati manusia semakin sukar diputihkan. Mereka bisa berkata semahunya, menuntut segalanya... tetapi hanya kita tahu realiti kita. Kita boleh berkata untuk membalasnya, daripada bentuk yang idealis mahupun sinis. Bagi aku untuk kali ini biarkan mereka sendiri. Biar mereka sahaja yang mengkritik sebab kita tahu masih ramai yang menyayangi. Ilmu kita bukan dari lisan untuk membalasnya tetapi hasil yang dibuktikan. Kerja kita bukan mahu berdekah-dekah seperti tin kosong tetapi kita ada nyawa yang hendak kita bentukkan. Kita marah dengan senyuman, kita tentang dengan idea.... kita selalu bersuara untuk 'anak bangsa' tapi bukan seperti mereka bersuara. Kita selalu memperjuangkan 'anak bangsa', bezanya cara kita bukan seperti mereka."

Mungkin menjangkau umur 29 tahun ini, kata-kata aku cukup tertib. Jantung hati aku tidak sehangat dulu. Betul orang dahulu kata, usia dan pengalaman akan mendewasakan kita. Tenang wahai rakan guru dan IPG. Anda hebat dengan siapa anda. Tugas anda untuk mendidik anak bangsa... tugas anda memberikan khidmat yang orang lain tidak mampu berikan. Tugas anda bukan untuk berdebat dengan mereka. Anda jangan berdekah semacam mereka.. buktikan dengan anak murid anda... buktikan dengan kesungguhan anda... kita hebat dalam bidang kita..  Parnah dengar "talk' dari Tan Sri Rafidah Aziz, katanya

"Lakukan perubahan dalam Circles anda... jangau hirau orang lain yang menjatuhkan anda.. hiraukan mereka yang memerlukan anda. Mereka boleh kata apa yang mereka yang nak kata, tapi kita yang akan menempuhinya... Anda hero dalam Circles anda "

Oleh itu... cikgu-cikgu dan bakal cikgu, buktikan kemampuan kita dan khidmat untuk kecemerlangan anak bangsa kita.  Tak akan runtuh bukit yang disalak anjin (Anjing menyalak bukit takkan runtuh) [Ini peribahasa, bukan kata mereka yang kritik itu anjing. mohon hadam]






Nota kaki : Sebahagian dari buku koleksi aku.. mari jadikan membaca budaya ilmu.  Ramai orang suka menulis, tapi tidak suka membaca. Bila ditanya kepada Sasterawan negara bagaimana hendak menjadi penulis yang baik? jawab beliau membaca, membaca, membaca, membaca, membaca, membaca, membaca dan baru menulis. Hari ini semuanya terbalik... yang menulis lebih banyak dari membaca.. mari membaca bersama-sama.

Tuesday, October 25, 2016

Peranan IPG Dalam Sistem Pendidikan Negara





Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak dalam BAJET2017 bahawasanya 9 IPG (dan 2 buah IPG lagi sebagai Pusat Permata Pintar) akan diubah menjadi Kolej Teknik dan Vokasional, dan Pusat Kejurulatihan TVET.  Sudah tentu itu adalah sesuatu yang menyedihkan apabila salah satu pusat pengeluaran guru-guru yang setelah sekian lama bertapak dalam sistem pendidikan negara akan ditutup.  IPG yang pada awal penubuhanya dikenali sebagai Maktab Perguruan adalah institusi yang bertanggungjawab menyediakan bakal-bakal guru terlatih untuk diserapkan di sekolah-sekolah bagi memenuhi keperluan guru terlatih di sekolah. 

Sejarah peranan pendidikan guru di negara kita bermula pada tahun 1878 lagi di The Malay High School, Singapura. Di semenanjung Tanah Melayu, Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922) merupakan maktab perguruan yang terawal diwujudkan. Pada tahun 1922 Sultan Idris Training College, Tanjung Malim atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris  dan kini Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah maktab yang menggantikan Maktab Perguruan Melayu Matang.  Woman Teachers’ Training College, Melaka atau Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pula ditubuhkan pada 1935. Di luar negara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menubuhkan Malayan Teacher’s Training  College, Kirkby, Liverpool, England (1951-1962) dan Malayan Teacher’s Training  College, Brinsford Lodge, Wolverhampton, England (1955 -1964 ).

Bermula dari sejarah penubuhan maktab tadi maka bermulalah peranan maktab perguruan dalam sistem pendidikan negara.  Pada tahun 2005 sebanyak 27 Maktab Perguruan telah di naik taraf sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan  Ijazah Sarjana Muda Perguruan B.Ed. Pada 2006 semua IPG seluruh Malaysia telah menawarkan program pensiswazahan guru sehingga hari ini. Pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri pada BAJET2017 sedikit sebanyak menjentik sentimental guru-guru terhadap kenangan dan sumbang bakti maktab (kini dikenali IPG). Bukan untuk protes, walau ada segelintir yang berbuat demikian, tetapi sejarah menunjukkan menutupan pusat pendidikan adalah sesuatu yang biasa. Bermula dengan penutupan Maktab Perguruan Melayu Matang (1922), Maktab Perguruan Kirkby (1962), Maktab Perguruan Brinsford (1965), kemudian diikuti dengan Maktab Perguruan Teruntum, Mohd Khalid, Pasir Panjang, Seri Pinang, Seri Kota, Kinta,  dan Sains Bintulu.  Penutupan itu adalah memori yang disimpan, mengenangya adalah kenangan dan menutupnya adalah langkah untuk sesuatu yang lebih baik.

Penutupan IPG bukan bermakna IPG tidak memainkan peranan dalam sistem pendidikan negara tetapi ini merupakan rancangan pihak kerajaan sendiri untuk mungkin mengurangkan kos operasi selain menstruktur semula IPG  ke arah yang lebih baik.  Pendapat Cikgu Joe adalah sesuatu yang baik sekiranya bilangan IPG ini dikurangkan dan ditingkatkan kapasiti graduan IPG dengan memastikan setiap IPG yang tinggal boleh menampung keperluan guru di sekolah-sekolah rendah.

Semenjak dari dulu lagi isu graduan IPG dan graduan pendidikan universiti  diperbincangkan. Berlaku pertikaian mana keluaran yang terbaik. Sudah tentu Cikgu Joe sebagai graduan IPG akan mengatakan graduan IPG yang terbaik dan rasa baik kerana Cikgu Joe tidak merasakan bagaimana dengan sistem pendidikan perguruan yang diterapkan di universiti dan begitulah sebaliknya bagi graduan pendidikan dari universiti.  Jika mekanisma penilaian berdasarkan individu, sudah tentu keluargan IPG dan Universiti mempunyai banyak kelemahan. Adalah kalangan mereka (IPG dan Univesiti) yang tidak minat menjadi guru, ada di kalangan mereka yang bukan jiwa pendidik, ada di kalangan mereka yang tiada bakat mengajar.  Mereka-mereka inilah yang perlu meninggalkan sistem pendidikan supaya tidak menjadi barah dan api dalam sekam yang merosakkan seluruh generasi.  Adakah keluaran universiti  sebenarnya tidak mempunyai cukup kemahiran mengajar? Cikgu Joe kenal dan bekerja bersama mereka yang keluargan universiti yang diserap masuk  terus ke sekolah rendah dan ada yang diserap masuk melalui program KPLI.  Mereka yang berkerja bersama-sama Cikgu Joe merupakan mereka yang hebat, mempunyai kemahirang mengajar, dan kreatif dalam mengajar. Cuba ada segelintir keluaran universiti yang pernah berkerjasama dengan Cikgu Joe bermasalah dalam kemahiran pengurusan dan kaku dalam menyampaikan ilmu. Jadi, adakah puncanya pelajar IPG? Mejoriti guru-guru yang berkerjasama di sekolah adalah mereka yang berpendidikan dari Maktab(IPG). Mereka yang berkerja bersama-sama Cikgu Joe merupakan mereka yang hebat, mempunyai kemahirang mengajar, dan kreatif dalam mengajar (Cikgu Joe Copy dan Paste dari isi yang sebelumnya). Cuba ada segelintir keluaran IPG yang pernah berkerjasama dengan Cikgu Joe bermasalah dalam mengajar, mungkin kerana tidak minat. Pengalaman Cikgu Joe mereka yang tidak mempunyai jiwa mendidik, ada yang malas dan ada tidak mahu terus dalam sistem pendididkan ini telah meninggalkan sistem ini, ini merupakan satu gerak kerja yang bagus kerana mereka amanah dengan tanggungjawab dan merasakan mereka tidak mampu meneruskan cabaran sebagai guru.  

Beberapa hari yang lalu Cikgu Joe ada membaca pendapat dari individu yang menyatakan ada IPG yang tidak memberikan impak kepada sistem pendidikan negara.  Cikgu Joe jadi keliru dengan penyataan itu. Memberi impak yang bagaimana sedangkan  semua IPG mengunakan silibus yang sama, isi kandungan yang sama dan program latihan yang sama. Adakah tenaga pengajarnya lemah?sedangan tenaga pengajarnya kini keluaran universiti, ada juga mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengajar. Di mana silapnya? Indikator apa menilai ‘impak’ IPG kepada pendidikan? Adakah melalui pencapai murid dalam TIMMS dan PISA? TIMMS dinilai kepada murid tingkatan 2 (gred 8[4-8]) manakalah PISA dinilai kepada murid yang berumur 15 tahun ke atas.  Adakah kita nak menunding jari kepada sistem fakulti pendidikan di university-universiti?  Sudah tentu tidak. Jadi siapa yang salah? Jangan jadikan persepsi kita untuk berhujah kerana persepsi bukan fakta untuk dijadikan hujah. Kemenjadian murid bukan semudah 1+1=2, tetapi lebih kompleks  dari itu. Suka mendengar kata-kata Almarhum Dato’ Razali Bin Ibrahim, pendidik ini tugasnya memanusiakan manusia. Prosesnya bukan mudah, memerlukan semua pihak memainkan peranan (Akan di sambung dengan artikal lain berkenaan pendidikan di Malaysia mengapa kita jauh ketinggalan dari Finland, Korea Selatan, Singapura, hatta Vietnam).  Secara kesuluruhan pendapat dan penyataan individu itu Cikgu Joe setuju, hanya sebahagain dari penyataan itu yang membuatkan sebagai pendidik dan pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan di UPSI terpanggil untuk menilai penyataan itu.  Penyelidikan Pendidikan yang di ajar di peringkat Ijazah Sarjana ini melatih diri Cikgu Joe untuk kritis terhadap sesuatu maklumat supaya maklumat yang diperolehi boleh dipercayai, sumber yang boleh sah dan di nilai berdasarkan ukuran yang tepat dengan kaedah yang sesuai.

Cikgu Joe pelajar IPG dahulunya dan kini menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam Ijazah Sarjana Pendidikan Sekolah Redah sebelum meneruskan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah tahun depan atau dua tahun lagi(insyallah).  Cikgu Joe meminati mengkaji pendidikan di peringkat Sekolah Murid Orang Asli, yang dilihat sebagai satu komuniti kecil yang perlu mereka yang berjiwa pendidik dan minat untuk mendidik bagi mendidik komuniti ini. Bukan minat Cikgu Joe untuk menjadi guru pada awalnya, IPG Kampus Sultan Mizan (IPG KSM) telah mendidik jiwa ini untuk jadi pendidik . Insyallah “guru bertaraf di dunia, pasti akan di kota”. IPG KSM tetap menjadi tempat yang berjasa dalam diri ini dan akan menjadi memori yang terindah kerana menjadi langkah pertama ke dunia pendidikan.


Nota Kaki : Guru itu perlu bijak berbicara, kerja guru adalah berbicara untuk menyampaikan ilmunya… Mindanya untuk menarik minat murid belajar dan jiwa yang besar untuk menjadi pendidik. Jika lisan guru bisu, ilmu apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat, kritikan apa yang hendak diberikan kepada mereka yang diperlukan. 

Tuesday, October 4, 2016

Email 1GOVUC




Kepada semua guru-guru, di sini saya telah sediakan manual cara menggunakan aplikasi 1GOVUC. Di minta guru-guru yang lupa email dan 'password' untuk mendapatkan maklumat  itu kepada saya.



*klik gambar untuk paparan lebih jelas













Tuesday, August 16, 2016

Wira Orang Asli : Guru dan cabarannya



Pendidikan Murid Orang Asli merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh guru-guru di pedalaman.  Cabaran dan dugaan seorang guru di pedalaman dengan komuniti ini bukanlah sesuatu yang rahsia lagi. Guru-guru di Sekolah Murid Orang Asli (SKMOA) mengalas cabaran ini dengan penuh amanah untuk memasti kejayaan anak-anak ini.  Beberapa tahun lepas Majalah 3 pernah membuat dokumentari berkenaan wira-wira ini....



Monday, January 4, 2016

Bilangan pelajar yang optimum dalam kelas


David & Goliath: Underdog, Misfits and the Art of Battling Giants.
Bab 2: Teresa DeBritto.

Dalam bab yang kedua ini Gladwell membincangkan adakah terdapatnya kesan kepada prestasi pelajar jika bilangan pelajar dalam satu-satu kelas dapat dikurangkan. Beliau menemuramah Teresa DeBritto, seorang guru besar dari sekolah Shepaug Valley Middle School, yang terletak di Connecticut, USA.

Umumnya bila kita membicarakan hubungkait antara bilangan para pelajar dalam kelas dan prestasi pelajar, kita akan terus mengatakan semakin kurang bilangan pelajar maka semakin meningkat prestasi mereka. Ini kerana kita beranggapan bahawa guru akan lebih senang dan punya lebih masa untuk menumpukan perhatian pada satu-satu pelajar.

Tetapi menurut Gladwell, ia tidak semestinya akan berlaku seperti itu.

Beliau memetik beberapa kajian dan soal selidik mengenai hal ini. Dan didapati tiada perubahan yang ketara pada prestasi pelajar apabila bilangan pelajar-pelajar kurang daripada biasa.

Dengan merujuk pada model graf 'inverted-U', bilangan para pelajar dalam sesebuah kelas yang semakin mengurang hanya akan memberi kesan yang sama buruk dengan bilangan para pelajar yang terlalu ramai.


Dengan bilangan total pelajar yang sedikit, ia boleh membuatkan seseorang pelajar itu lebih terasing. Sebabnya setiap anak itu akan sentiasa mencari rakan yang sama dengannya. Bayangkan anda adalah seorang pelajar yang agak lemah dalam memahami sesuatu topik, anda akan terlebih dahulu mencari rakan yang punya masalah yang sama, untuk mengetahui sama ada subjek itu memang susah atau diri anda sendiri yang susah untuk faham. Tetapi jika anda berada dalam kelas yang kekurangan bilangan pelajar, kebarangkalian anda untuk melakukan perkara ini akan jadi lebih sukar.

Sesebuah kelas itu juga, menurut Gladwell, akan jadi tidak vibrant. Ini kerana diskusi yang menghasilkan pelbagai idea dan perspektif sangat minima. Agak sukar untuk mempunyai pandangan yang pelbagai dengan bilangan yang kecil. Memetik komen Teresa DeBritto, "The more students you have, the more variety you can have in those discussions. If it's too small with kids this age, it's like they have a muzzle on". 

Teresa mengatakan anak-anak yang masih dalam fasa peralihan dari kanak-kanak ke remaja ini, saiz kelas yang kecil tidak akan membantu mereka dalam membentuk pemikiran mereka. Malah ia lebih membantutkan. "They are awkward and self-conscious and anxious about seeming too smart".

Kelas yang ramai akan menggalakkan lebih banyak interaksi sesama anak-anak itu. Mereka akan lebih banyak bertukar-tukar idea sesama mereka. Kadang-kala pembelajaran itu bukan semata-mata dari guru sahaja.

Kemungkinan permasalahan ini timbul kerana kita seringkali memikirkan anak-anak ini perlu bersaing sesama mereka untuk mendapatkan perhatian guru. Walhal mereka boleh sahaja bersatu menjadi satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

"My largest class was 29 kids. Oh it was fun" - Teresa DeBritto.



 Sumber: Perpektif Sharir

Thursday, October 29, 2015

Daftar Single Sign On ( SSO KPM)


Berikut adalah langkah untuk mendaftar dalam Single Sign On ( SSO KPM)
 1. Masuk dalam mana-mana aplikasi dalam EMIS, APDM, EOPERASI dan log in seperti biasa.
 2. Apabila telah berjaya Log In maka dibahagian kiri aplikasi itu akan dipaparkan "Daftar SSO" dan klik bahagian itu.
 3. Kemudian akan terpapar "Daftar SSO Sekarang"
4. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki dan klik butang DAFTAR.

 5. Tahniah anda telah berjaya mendaftar. Bagi menggunakan aplikasi ini, pergi ke laman web ini
https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php 
klik "LOG MASUK"
 6. Isikan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah di daftarkan.
 7. klik butang "MENU" untuk menggunakan aplikasi KPM yang disediakan.
8. Klik Pengurusan Sekolah untuk aplikasi EMIS.
     Klik Pengurusan Guru untuk aplikasi EPANGKAT, EGTUKAR, EPRESTASI, ESPBT,
     EGRADUAN , EPELEPASAN, TATATERTIB, EOPERASI DAN TRANSFORMASI MINDA.
     Klik Pengurusan Murid untuk aplikasi APDM dan SSDM
9. Untuk logOut

nota kaki: Sekiranya tiada simbol "Daftar SSO" pada aplikasi APDM di bahagian kiri, sila login di aplikasi seperti EMIS(bagi guru data) atau EOPERASI,

Wednesday, August 19, 2015

Cara Daftar eDaftar Menengah dalam Modul Pengurusan Murid (APDM)


Langkah mendaftar murid tahun 6 kedalam eDaftar Menengah








Thursday, June 19, 2014

CARA MELATIH ANAK MENULIS




Membaca dan menulis merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh anak-anak seawal usiannya. Ini kerana kemahiran membaca dan menulis akan mempengaruhi kepada prestasi pembelajaran anak-anak. Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membimbing murid-murid menguasai kemahiran ini. Akan tetapi bantuan daripada ibubapa amatlah penting bagi memastikan anak-anak dapat menguasai kemahiran itu dengan lebih baik. Ibubapa boleh fokus terhadap perkembangan anak 100% berbanding guru yang hanya boleh fokus kepada anak-anak murid sekitar 30-40 % bagi setiap murid. Di sini Cikgu Joe nak berkongsi kaedah yang boleh digunakan oleh ibubapa bagi membantu anak-anak ini menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Kemahiran Menulis.
Kemahiran menulis dimulakan dengan meningkatkan kemahiran otot halus

Tahap 1 : Menconteng
Kemahiran otot halus merupakan kemahiran anak-anak untuk mengunakan otot halus seperti penguasaan pengendalian jari anak-anak anda untuk menulis. Bagi meningkatkan kemahiran ini ibubapa boleh melatih anak-anak dengan membiarkan mereka menconteng pada helaian kertas. Ibubapa tidak perlu mengajar mereka untuk menulis huruf kerana pada tahap ini latihan pengendalian jari untuk menulis adalah yang lebih utama. Ibubapa boleh menggunakan pensel warna bagi menarik anak-anak untuk menulis. Latihan mewarna juga boleh digunakan sebagai latihan menconteng.





Tahap 2 : Mencorak
Pada tahap ini, ibubapa perlu meransang anak-anak untuk belajar melukis corak. Pada tahap pertama tadi, anak-anak diajar untuk menconteng apa sahaja tanpa ada bentuk manakala pada tahap ini satu jenis corak diajar untuk persediaan pada peringkat seterusnya. Ibubapa perlu memandu tangan anak-anak untuk mencorak sebelum melepaskan mereka mencorak sendiri.




Tahap 3 : Membentuk
Latihan seterusnya adalah dengan membentuk.  Ibubapa boleh mengaitkan dengan bentuk yang ada di rumah seperti jam yang bulat, meja yang bersegi, dan bentuk bentuk yang lain. Latihan membentuk ini boleh dimulakan dengan bentuk yang mempunyai titik-titik. Ibubapa perlu memandu tangan anak-anak untuk membentuk tulisan yang diberi. Anak-anak juga boleh diajar untuk melukis suasana atau peristiwa seperti suasana hujan dan apa-apa sahaja.




Tahap 4 : Membentuk Huruf
Pada tahap ini la latihan menulis huruf boleh dilakukan. Huruf yang mempunyai sambungan tititk-titik perlu dimulakan dulu. Ibubapa memandu tangan anak-anak untuk menyambung titik-titik membentuk huruf sebelum mereka menyambung titik-titik itu sendiri. Apabila menguasai ibubapa boleh meneruskan latihan kepada anak-anak untuk menilis huruf tanpa bantuan titik-titik. Pada tahap ini anak-anak boleh diajar menulis huruf sambil menyebut huruf.






Thursday, December 26, 2013

Betulkan Darjah atau Tahun Persekolahan.



Sebelum ini kita telah Import Data APDM dan SMM ke SPS, tetapi Cikgu Joe selalu mendapat maklum balas mereka tersalah memasukan murid pada tahun yang salah dan tidak dapat untuk membetulkan kesilapan ini. Sebagai contoh murid a merupakan murid tahun 3 untuk sesi 2013, tetapi guru terpindahkan murid a ke tahun 5. Jadi disini Cikgu Joe telah meminta bantuan Cikgu Azharul, dan penyelesaian ini telah diberikan.

klik : Betulkan Darjah atau Tahun Persekolahan.

IKRAR GURU

IKRAR GURU