Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 17, 2016

Catatan #17112016 untuk anak-anak sekolah asli ku





Catatan #17112016
Ramai rakan guru yang mencatatkan rasa gembira, sedih dan terharu dengan pencapaian anak didik mereka....  tidak kira di bandar mahupun di tengah hutan belantara, guru-guru di Malaysia berkongsi perasaan yang sama.

Dalam kejauhan perasaan melihat profesion pendidikan ini dikecam oleh segelintir masyarakat dan ibubapa, guru-guru masih tidak putus berusaha untuk memberikan terbaik bagi anak didik mereka...

Suasana suram menyelubungi dewan hari ini.... aku masuk dengan jiwa yang menahan kesedihan. Keputusan rasmi sekolah  telah diumumkan dalam whatsapp rasmi sekolah lebih awal. Keputusan dan jangkaan dilihat tidak  mirip sama sekali. Aku duduk di kerusi yang disediakan sambil cuba bergurau senda dengan rakan guru walaupun sebenarnya agak kekok dengan situasi yang berlaku. Aku perhatikan setiap muka anak-anak ini, kelihatan ada dalam raut wajah kegusaran dengan apakah keputusan yang akan mereka perolehi. Apabila keputusan diumumkan oleh Puan Guru Besar, terlihat sedikit kesuggulan dalam raut wajah-wajah mereka. Aku bergerak ke Macbook aku lalu jari-jari menaip satu lagu untuk 'mesej' kepada mereka. 

Hazami - Tekad, satu lagi yang cukup menyentuh jiwa aku satu ketika dulu untuk terus berusaha dan buat yang terbaik dalam hidup aku. Satu lagu yang memberikan aku kekuatan dan semangat untuk aku berbakti dan membalas semua jasa ibubapa, ahli keluarga dan guru-guru yang pernah mendidik aku. Lagu itu di kumandangkan di dalam dewan, telihat satu persatu raut wajah anak-anak ini semakin sayu dan layu. Anak-anak murid lelaki ku, mengetap-ngetap bibir dan menahan-nahan takungan air mata dari melimpah. Anak-anak murid perempuan ku tidak secekal lelaki, linangan dan tangisan kelihatan dan terdengar walaupun sebelum ini mereka cuba menyorokkannya.

Aku ditegur oleh rakan guru yang lain untuk ubah lagu yang lebih ceria bagi mengubat duka, dan jariku menekan-nekan papan kekunci untuk mengubah  lagu pengubah suasana. Sebenarnya dari sudut hati aku, aku berkata-kata..

"Selama ini kamu merasai apa itu 'fail', tetapi kamu gagal untuk 'feel' kepada kegagalan. Hari ini kamu sudah 'fail' dan 'feel' kepada kegagalan. Ini adalah 'wakeup call' untuk kamu supaya kesilapan ini tidak kamu lanjutkan di kemudian hari. Kamu perlu ada 'will' untuk terus berjaya. Menangislah semahu kamu, sebab ini akan jadi detik yang tidak akan kamu lupa. Detik ini juga akan menyedarkan kamu sakitnya sebuah kegagalan. Usaha kamu selama ini akan berbalas jika kamu terus berusaha mendapatkan sekeping sijil yang bernama pengalaman"

Itu monolog aku dalam diri, aku tahu mereka mengharapkan kecemerlangan dan usaha mengikut kemampuan mereka tetapi sikap mereka perlu berubah. Main boleh tetapi bukan main-main. mata aku mencari-cari beberapa orang murid target kualiti tahun ini, mereka antara yang paling kecewa walaupun keputusan mereka adalah yang terbaik dari yang lain. Aku tahu mereka sudah berusaha yang terbaik, tapi bukan rezeki mereka pada UPSR 2016 kali ini. PT3 dan SPM masih menunggu kamu. kamu perlu buktikan pada detik itu nanti, kamu adalah yang terbaik. Kamu akan dan kamu mesti capai,Insyallah Cikgu percaya pada kamu.

Aku mencari-cari murid lain,  aku ambil slip keputusan mereka. Mereka tersenyum kelat menunggu kata-kata dari aku. "em.. tak apa........... " aku senyum memberikan mereka semangat. tak sempat aku menghabiskan kata-kata, aku diamkan diri dan pergi ke murid lain.  Bukan kerana marah atau kecewa, tapi cikgu tak mahu air mata cikgu jatuh di hadapan kamu. Lebih-lebih bagi cikgu lelaki, air mata seorang lelaki sangat mahal.  Belum terlambat untuk berusaha berlipat kali ganda, kerana masa depan kamu masih jauh dan setiap itu juga kamu akan membaiki diri. 




Nota : sekeping sijil bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan sijil. Jika kamu berusaha untuk mendapat sijil, tetapi kamu tidak juga memperolehinya.... ingatlah kejayaan dalam hidup bukan bergantung dengan sekeping sijil.. Cikgu sayang kamu walau cikgu garang.














0 comments:

Post a Comment

IKRAR GURU

IKRAR GURU