PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Friday, September 20, 2013
ROS/PBS Guru Pelatih dari IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu.
Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh menerima kunjungan dua orang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu. Guru pelatih tersebut ialah Hanif bin Zaki(21) dari Pengajian Prasekolah dan Huzair al hakim bin Zaini(20) dari Pengajian Pendidikan Jasmani. Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dijalankan selama seminggu dimana mereka diberikan beberapa tugasan untuk diselesaikan di sekolah. Mereka juga didedahkan dengan realiti sebenar di sekolah bagi menimba pengalaman sebelum mereka di tempatkan disekolah-sekolah setelah menamatkan pengajian kelak.
Friday, July 19, 2013
Jurnal Guru : Wang Tahun 1
Hari ini mula masuk topik wang, Perkara pertama yang perlu murid tahu adalah mengenali bentuk wang, rasa dan menyalin bentuk corak dan rupa wang itu. Murid memulakan aktiviti PDP dengan membezakan wang syiling Malaysia dan syiling dari negara lain. Kemudian Murid perlu memejam mata dan mengambil duit didalam bekas, murid perlu meneka berapakah nilai duit yang diambil..
Apabila murid menjawab dengan betul, murid perlu memasukan duit berkenaan kedalam bekas kecil. Permainan ini akan berterusan sehingga semua murid telah mengambil giliran.
Bagi aktiviti seterusnya, murid tidak dibenarkan untuk melihat duit yang telah diletakkan dibawah kertas A4 yang diberikan. Murid perlu mengitamkan kertas yang dibawahnya terdapat duit syiling untuk mengetahui nilai duit syiling yang terdapat disebalik kertas A4. Murid menulis nilai duit syiling berkenaan.
Friday, July 12, 2013
Sukatan dan geometri : Timbangan Tahun 1
Aktiviti luar bilik darjah merupakan aktiviti yang menarik dan boleh menarik minat murid untuk aktif dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pengajaran berpusatkan murid memberi peluang kepada murid untuk merasai dan meneroka PdP pada topik yang diberi. Kali ini, Cikgu Joe mengajar murid topik timbangan, murid diberikan beberapa aktiviti untuk memastikan mereka meneroka dan merasai sendiri.
set induksi : Murid dipilih secara rawak untuk bermain jongkang-jongkit.
Murid di tanya kenapa murid ini ke bawah dan mengapa murid ini diatas
Murid di minta meneka topik yang hendak dibelajar pada hari ini.
Langkah 1
Murid yang ringan akan diberikan sorang lagi teman untuk melihat kesan
Murid ditanya apakah yang berlaku dan kenapa?
Murid ditukarkan dengan pasangan-pasangan yang lain.
Langkah 2 : Murid ditunjukkan dengan beberapa jenis bola. 3 orang murid dipilih secara rawak untuk membuat timbangan, murid diminta menjelaskan keadaan timbagan itu dan kenapa.
Langkah 3 : Murid diberikan lebaran kerja untuk menjawab soalan.
Friday, July 5, 2013
Sukatan dan Geometri : Panjang Tahun 1
Aktiviti yang menarik mampu memberi ransangan kepada murid untuk membuat perkaitan dan mencari jawapan. Kali ini pada topik Panjang, Cikgu Joe telah membuat aktiviti lapangan untuk memberi mereka pengalaman. Murid diberikan titik-titik untuk mereka membuat pengiraan ukuran panjang menggunakan unit bukan piawai iaitu jengkal, hasta, depa dan kaki.
Thursday, June 13, 2013
Persembahan Perpisahan Cikgu Faridah.
Baru semalam Cikgu mendapat arahan untuk membuat persembahan perpisahan untuk Cikgu Faridah. Arahan itu terpaksa Cikgu pikul walaupun hanya satu hari sahaja masa yang diperuntukkan. Oleh itu, Cikgu memilih murid tahun 6 Dinamik kerana mereka telah biasa membuat persembahan dan mudah lebih-lebih lagi mereka mempunyai keyakinan diri. Mulannya Cikgu hanya merancang membuat lakonan bisu dan pergerakan kreatif sahaja, tetapi idea menambahkan lagu 'terima kasih cikgu- Upin Ipin & Najwa Latif' daripada murid menjadikan persembahan ini kreatif dan menarik.
Thursday, May 9, 2013
Aktiviti KEDAP : Mendeklamasi sajak, merakam dan memuat naik ke laman sesawang Youtube.com
Pada program KEDAP kali ini yang melaksanakan ICT sebagai suatu modul dalam program ini menyebabkan Cikgu Joe tertarik untuk mempelbagaikan aktiviti ini. Mungkin kelebihan Cikgu Joe pada bidang teknologi ini maka Cikgu Joe membuat salah satu projek yang peserta KEDAP ini perlu dilaksanakan adalah untuk mendeklamasi, merekod dan memuad naik pada laman sesawang Youtube.com,
Mereka dibahagikan kepada kumpulan yang sebelum ini telah diberikan sesama aktiviti melayari laman sesawang. Satu kumpulan perlu mendeklamasi sajak yang dipilih, manakalah kumpulan yang lain perlu membantu Cikgu Joe untuk merakam.
Apabila selesai merakam semua persembahan kumpulan, maka Cikgu Joe edit beberapa bahagian pada video yang dirakam dengan memasukan tajuk dan muzik latar. Murid kemudiannya akan diajar bagaimana hendak memuat naik video berkenaan di laman sesawang. Di sebabkan untuk memuat naik mengambil masa yang panjang maka Cikgu Joe yang hanya mengajar mereka cara untuk memuat naik, tetapi proses muatnaik yang mengambil masa 7-8 jam dilakukan di rumah Cikgu Joe sendiri.
Ikutilah deklamasi sajak yang sungguh indah dari peserta KEDAP 2013.
Friday, November 9, 2012
Garang sebab sayang dan garang kadang-kadang kesilapan
Tidak boleh di pertikaikan kebanyakkan guru amat menyanyangi anak-anak muridnya, tetapi cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka adalah berbeza-beza. Begitu juga aku sebagai seorang guru, anak murid adalah komitment penting aku. Kecemerlangan mereka dan akhlak mereka memaparkan kemampuan aku mengajar serta mendidik mereka. Aku seorang yang garang pada mereka, senyum aku dikelas tidak selalu berpanjangan. Tangan ku sering saja mengenggam erat rotan sebagai peneman diri di kelas. Murid yang berkata 'tidak' atau 'ah' sekalipun adalah satu kesalahan besar bagi ku. Di dalam kelas hanya ada 2 pilihan, ikut arahan aku atau sedia menikmati garis-garis rotan di tangan mereka. Oleh itu, tidak pernah ada murid yang mengatakan tidak pada aku semasa aku mengajar. Walaupun begitu, aku sedikit berbeza diluar kelas, aku tidak akan menghukum mereka kerana menghormati mereka dikalangan rakan-rakan mereka yang datang dari tahun yang berbeza. Aku cuma memberikan mereka arahan dan dalam kiraan 5 arahan itu mestilah dipatuhi, sekirannya tidak mereka harus bersedia bertemu dengan ku di kelas nanti. Aku akui dalam banyak sisi aku agak dingin dan garang dengan anak murid ku.
Miskipun aku seorang yang garang, tetapi itu tidak menghalang aku menceriakan suasana kelas. Aku sering membuat lawak untuk mereka ketawa dan mereka bebas memberikan idea semasa pengajaran berlangsung. Cuma, mereka perlu berhati-hati dari terlalu seronok. Jika tersilap, tindakan sewajarnya akan aku kenakan pada mereka. Hari ini 9 november 2012 merupakan hari akhir persekolahan sesi 2012. Sebagai guru, adalah menjadi waktu yang paling sibuk kerana banyak benda perlu dilengkapkan bagi menutup data 2012. Begitu juga dengan pengurusan kelas untuk sesi tahun hadapan. Lebih-lebih lagi cikgu-cikgu ada meminta gambar program sepanjang tahun 2012, video-video dan lain-lain lagi.
Semasa di pakir kereta waktu aku hendak balik ke rumah, aku membuka laptop untuk menyalin gambar-gambar kedalam sebuah pendrive seorang guru. Tiba-tiba aku didatangi seorang murid tahun 6, namanya fazri. Dia seorang ketua pengawas dan juga seorang murid yang bijak. Gambar fazri ada di atas ini yang memakai baju pengawas. dia bertanyakan kepadaku
"Cikgu buat apa tu"
aku menjawab pendek
"buat kerja"
lalu dia bertanya lagi.
"cikgu tak balik lagi"aku diam sambil menekan butang "copy paste"
dia tidak berdiam saja, dia bertanya lagi.
"cikgu buat apa tu"
aku dengan suara separuh marah menjawab
"tengah buat kerja la ni, awak tak nampak ke?"Aku bukan marah, tetapi aku ini jenis yang serabut kalau ada orang kacau aku membuat sesuatu kerja. Tindakan aku ini mungkin salah kerana aku mengajar mereka moral, tapi aku tidak menunjukkan adab yang betul. Itu bukan sengaja, tapi dalam keadaan aku serabut aku mungkin silap membuat pecaturan.
lalu bila dia mendengar jawapan aku, dia pun diam. Aku menyambung membuat penyalinan gambar-gambar itu.
tiba-tiba dia berkata..
"cikgu, kalau umur panjang kita berjumpa lagi yer"waktu itu aku terdiam, dan hanya menjawab
"Insyallah...."tanpa aku memandang dia, kerana mungkin aku ada sedikit rasa malu.
Dia kemudiannya beralih pergi kepada rakan-rakannya. Aku menjeling melihat dia pergi, rasa bersalah timbul dalam diri ku. Aku bertanya-tanya diri, kenapa aku memberikan jawapan yang dingin. mungkin dia tahu ini hari terakhir dia di sekolah ini dan mungkin dia ingin mengucapkan salam perpisahan serta bersalam denganku. Mungkin ada kehampaan dalam diri dia waktu aku tidak mengendahkan kedatangannya. Aku terpaku. Selepas selesai kerja itu aku menoleh kebelakang untuk mencari Fazri, tapi bayanggangnya hilang. Dia dan rakannya telah berada didalam bas dan bergerak pergi. Aku memerhati lama disudut terakhir aku melihat Fazri.. aku rasa bersalah. Kemudian datang cikgu untuk mengambil pendrivenya dan waktu cikgu itu berkata-kata denganku aku seakan tertutup telinga untuk mendengar kerana mataku tertumpu disudut itu. dan kata terakhir aku pada waktu itu adalah...
"maafkan cikgu"
Saturday, March 31, 2012
Rezeki itu Harus Bersyukur
Sudah Lama Encik Joe berhajat nak menceritakan pengalaman pertama Encik Joe semasa pertandingan Fotografi Wajah-wajah 1 Malaysia peringkat IPT 2011. Alhamdulillah dalam pertandingan itu Encik Joe berjaya memenangi tempat kedua dan membawa pulang RM 3000.00 sebagai hadiah kemenangan. Penyampaian hadiah berlangsung di UPNM, dan pada malam itu juga berlangsung Pertandingan Puisi MAKUM IPT.
Waktu itu seronok sangat kerana Encik Joe dihidangkan dengan alunan puisi yang mengetar jiwa ini. Dan yang paling seronok bila dapat berbual dan bertemu dengan Prof Dr Wan Mahzam bt Ahmad Shah yang merupakan Timbalan Censelor UPNM bahagian HEP dan Alumni serta Dato Omar Timbalan Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi. Pertemua ini menjadi lebih seronok kerana perbulan kami tidak dibatasi protokol, berbual dengan mereka berdua Encik Joe rasakan seakan berbual dengan rakan lama. Kata-kata pujian Prof membuat Encik Joe berbangga dan antar kata-kata Prof " Tengok UPNM, tak ada bias. Mana ada UPNM menang. yang ada pun saguhati. Awak pandai sebab masuk. Pelajar UPNM saya dah buka pertandingan ini lama. Tapi 2-3 orang je yang ambil kesempatan. Tapi gambar awak memang cantik, tapi sayang sebab gelap. Kalau terang sikit mesti menang". Agak kembang Encik Joe dengan pujian Prof ini.
Semasa menunggu teman Encik Joe menjemput Encik Joe pulang, Seorang pegawai pertandingan memanggil Encik Joe, katanya " ini gambar kamu?" sambil menunjuk gambar Encik joe. " Kalau kamu terangkan sikit mesti cantik, sebab saya dan beberapa kawan saya yang lain memang dah target gambar ini dapat nombor satu." Sampai sahaja di rumah, Encik Joe terus mencapai laptop dan cuba untuk adjus gambar supaya dan lebih terang. Hasilnya...
Timbul perasaan menyesal dalam diri, kalaulah Encik Joe edit sahaja sedikit gambar ini, sudah tentu 4000 dalam genggaman Encik Joe. Tapi apakan daya. Bukan rezeki Encik Joe. Kita Redha...
Tuesday, March 6, 2012
Bersyukur dengan apa yang ada.
Pagi tadi, semasa Cikgu Joe menjaga kelas peperiksaan murid tahun 2. Padangan Cikgu Joe tertumpu pada botol air yang dibawa oleh seorang anak murid Cikgu Joe. Cikgu Joe cuba berkira-kira apakah perisa air yang dibawa oleh anak murid Cikgu Joe tu. Cikgu Joe beranggapan mungkin tea o, tetapi dari segi warna ia agak kemerah-merahan. Cikgu Joe cuba juga menjangka mungkin air perisa rozel, tetapi perasaan Cikgu Joe tetap menidakan fikiran Cikgu Joe ini. Cikgu Joe mula bertanyakan kepada anak murid itu, untuk tidak menyentuh perasaannya Cikgu Joe dengan sahaja berkata
"air masak tu ibu awak yang masak atau awak ambil kat kantin ( murid dikawasan ini dinasihatkan minum air masak disebabkan penyakit bawakan air iaitu rota virus.)?".
Murid itu dengan penuh bangga mengatakan
" emak saya yang masak air ini, saya bawa dari rumah"
Tiba-tiba Cikgu Joe tergamam, Air itu bukanlah air berperisa tetapi air masak / air suam / air puteh yang tanpa apa-apa perasa dibawa oleh murid itu yang dibekalkan oleh ibunya. Bayangkan mereka menikmati air bersih yang sedemikian rupa. Rasa simpati terbit dalam diri Cikgu Joe. Mungkin tidak apa yang mampu Cikgu Joe berikan bagi merubah perkara ini. Moga mereka menikmati kemudahan asas yang lebih berkualiti tidak lama lagi. Cikgu Joe bersyukur selama ini Cikgu Joe menikmati hidangan yang Cikgu Joe percaya lebih bersih daripada apa yang dihidangkan kepada anak-anak Orang asli ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IKRAR GURU






















.jpg)










