PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Tuesday, October 4, 2016
Email 1GOVUC
Kepada semua guru-guru, di sini saya telah sediakan manual cara menggunakan aplikasi 1GOVUC. Di minta guru-guru yang lupa email dan 'password' untuk mendapatkan maklumat itu kepada saya.
*klik gambar untuk paparan lebih jelas
Tuesday, August 16, 2016
Wira Orang Asli : Guru dan cabarannya
Pendidikan Murid Orang Asli merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh guru-guru di pedalaman. Cabaran dan dugaan seorang guru di pedalaman dengan komuniti ini bukanlah sesuatu yang rahsia lagi. Guru-guru di Sekolah Murid Orang Asli (SKMOA) mengalas cabaran ini dengan penuh amanah untuk memasti kejayaan anak-anak ini. Beberapa tahun lepas Majalah 3 pernah membuat dokumentari berkenaan wira-wira ini....
Monday, January 4, 2016
Bilangan pelajar yang optimum dalam kelas
David & Goliath: Underdog, Misfits and the Art of Battling Giants.
Bab 2: Teresa DeBritto.
Dalam bab yang kedua ini Gladwell membincangkan adakah terdapatnya kesan kepada prestasi pelajar jika bilangan pelajar dalam satu-satu kelas dapat dikurangkan. Beliau menemuramah Teresa DeBritto, seorang guru besar dari sekolah Shepaug Valley Middle School, yang terletak di Connecticut, USA.
Umumnya bila kita membicarakan hubungkait antara bilangan para pelajar dalam kelas dan prestasi pelajar, kita akan terus mengatakan semakin kurang bilangan pelajar maka semakin meningkat prestasi mereka. Ini kerana kita beranggapan bahawa guru akan lebih senang dan punya lebih masa untuk menumpukan perhatian pada satu-satu pelajar.
Tetapi menurut Gladwell, ia tidak semestinya akan berlaku seperti itu.
Beliau memetik beberapa kajian dan soal selidik mengenai hal ini. Dan didapati tiada perubahan yang ketara pada prestasi pelajar apabila bilangan pelajar-pelajar kurang daripada biasa.
Dengan merujuk pada model graf 'inverted-U', bilangan para pelajar dalam sesebuah kelas yang semakin mengurang hanya akan memberi kesan yang sama buruk dengan bilangan para pelajar yang terlalu ramai.
Dengan bilangan total pelajar yang sedikit, ia boleh membuatkan seseorang pelajar itu lebih terasing. Sebabnya setiap anak itu akan sentiasa mencari rakan yang sama dengannya. Bayangkan anda adalah seorang pelajar yang agak lemah dalam memahami sesuatu topik, anda akan terlebih dahulu mencari rakan yang punya masalah yang sama, untuk mengetahui sama ada subjek itu memang susah atau diri anda sendiri yang susah untuk faham. Tetapi jika anda berada dalam kelas yang kekurangan bilangan pelajar, kebarangkalian anda untuk melakukan perkara ini akan jadi lebih sukar.
Sesebuah kelas itu juga, menurut Gladwell, akan jadi tidak vibrant. Ini kerana diskusi yang menghasilkan pelbagai idea dan perspektif sangat minima. Agak sukar untuk mempunyai pandangan yang pelbagai dengan bilangan yang kecil. Memetik komen Teresa DeBritto, "The more students you have, the more variety you can have in those discussions. If it's too small with kids this age, it's like they have a muzzle on".
Teresa mengatakan anak-anak yang masih dalam fasa peralihan dari kanak-kanak ke remaja ini, saiz kelas yang kecil tidak akan membantu mereka dalam membentuk pemikiran mereka. Malah ia lebih membantutkan. "They are awkward and self-conscious and anxious about seeming too smart".
Kelas yang ramai akan menggalakkan lebih banyak interaksi sesama anak-anak itu. Mereka akan lebih banyak bertukar-tukar idea sesama mereka. Kadang-kala pembelajaran itu bukan semata-mata dari guru sahaja.
Kemungkinan permasalahan ini timbul kerana kita seringkali memikirkan anak-anak ini perlu bersaing sesama mereka untuk mendapatkan perhatian guru. Walhal mereka boleh sahaja bersatu menjadi satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
"My largest class was 29 kids. Oh it was fun" - Teresa DeBritto.
Sumber: Perpektif Sharir
Saturday, December 26, 2015
Monday, November 9, 2015
Kempen Cegah Kebakaran 2015
5 Nov 2015 yang lalu berlangsung Kempen Cegah Kebakaran anjuran Kelab 3K dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Tapah, Perak. Kempen dimulakan dengan latihan kebakaran apabila penggera panjang dibunyikan tanpa henti menandakan berlaku kecemasan di kawan sekolah yang memerlukan seluruh warga sekolah bergerak dengan segera ke kawasan lapang yang telah ditetapkan. Kempen diteruskan dengan ceramah berkenaan kebakaran dan kecemasan diikuti dengan demonstrasi memadam kebakaran serta menghadapi kebakaran.
Beberapa isi penting dalam ceramah berkenaan.
1. Kereta yang kemalangan tidak akan meletup seperti yang berlaku dalam banyak filem-filem dalam dan luar negara. Apabila menghadapi kebakaran dalam sesuatu kemalangan, tindakan awal yang boleh dilakukan oleh orang awam adalah dengan menyelamatkan mangsa yang ada dalam kereta sebelum jentera bomba datang ke tempat kejadian. Beberapa kes yang berlaku apabila mangsa hangus terbakar adalah kerana kegagalan orang awam untuk memberi bantuan awal akibat daripada menyangkakan kereta itu akan meletup bila-bila masa.
2. Apabila berlaku kebakaran dan mangsa terperangkap, kebanyakkan mangsa akan lari mencari perlindungan di bilik air, ini adalah tindakan yang salah. Bilik air adalah tempat yang paling tidak selamat apabila berlaku kebakaran. Cara yang paling tepat adalah dengan merangkak keluar dari kawasan kebakaran. Apabila berlaku kebakaran kawasan yang paling panas adalah bahagian atas manakala bahagian bawah adalah lebih selamat untuk dilalui.
Thursday, October 29, 2015
Daftar Single Sign On ( SSO KPM)
Berikut adalah langkah untuk mendaftar dalam Single Sign On ( SSO KPM)
1. Masuk dalam mana-mana aplikasi dalam EMIS, APDM, EOPERASI dan log in seperti biasa.2. Apabila telah berjaya Log In maka dibahagian kiri aplikasi itu akan dipaparkan "Daftar SSO" dan klik bahagian itu.
3. Kemudian akan terpapar "Daftar SSO Sekarang"
4. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki dan klik butang DAFTAR.
5. Tahniah anda telah berjaya mendaftar. Bagi menggunakan aplikasi ini, pergi ke laman web ini
https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
klik "LOG MASUK"
6. Isikan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah di daftarkan.
7. klik butang "MENU" untuk menggunakan aplikasi KPM yang disediakan.
8. Klik Pengurusan Sekolah untuk aplikasi EMIS.
Klik Pengurusan Guru untuk aplikasi EPANGKAT, EGTUKAR, EPRESTASI, ESPBT,
EGRADUAN , EPELEPASAN, TATATERTIB, EOPERASI DAN TRANSFORMASI MINDA.
Klik Pengurusan Murid untuk aplikasi APDM dan SSDM
9. Untuk logOut
nota kaki: Sekiranya tiada simbol "Daftar SSO" pada aplikasi APDM di bahagian kiri, sila login di aplikasi seperti EMIS(bagi guru data) atau EOPERASI,
Thursday, October 22, 2015
Peraduan Instagram #SehatiSejiwa
Kalau tahun lepas Cikgu Joe memperolehi tempat kedua peraduan kemerdekaan yang dianjurkan JasaMereka, kali ini rezeki Cikgu Joe Alhamdulillah mendapat sagu hati yang berupa power bank. Moga rezeki untuk Cikgu Joe berpanjangan dan dilimpahkanNya.
EscapeShots2015 #SehatiSejiwa
Alhamdulillah.. Tiga gambar yang Cikgu Joe dan kumpulan Cikgu Joe hantar sebagai penyertaan telah terpilih sebagai 100 gambar terbaik. Setiap gambar akan membawa balik RM400 (bagi yang memiliki Magic Sim). Kesemua wang hadiah berjumlah RM1200. Ada lagi rezeki Cikgu Joe and team pada tahun ini, insyallah tahun depan akan berusaha lagi.
Saturday, October 10, 2015
Hari Sukan Negara 2015
10.10.2015 Berlangsungnya Hari Sukan Negara. Kami di Sekolah Murid Orang Asli SK Batu Tujuh, turut sama-sama menyertainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IKRAR GURU






































