SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 16, 2014

Bidianisairis Johan Pertandingan Aspirasi Bercerita( Orang Asli) Peringkat Negeri Perak, mewakili Perak ke Johor

Bidianisairis Johan Pertandingan Aspirasi Bercerita( Orang Asli)  Peringkat Negeri Perak, mewakili Perak ke Johor




Friday, March 7, 2014

PERSEMBAHAN PERSARAAN CIKGU FARIDAH

Baru hari ini Cikgu Joe berkesempatan untuk membuat post berkenaan persembahan yang Cikgu Joe sendiri latih sempena persaraan Cikgu Faridah pada Jun 2013. Persembahan ini adalah idea dari murid-murid sendiri. Cikgu Joe hanya berperanan melatih dan memberikan sedikit ketelitian kepada persembahan. Walaupun hanya satu hari diberikan kesempatan berlatih, tetapi masa itu cukup untuk menjadikan persembahan ini menarik.









Wednesday, March 5, 2014

Kelas Bahasa Semai

Hari ini Cikgu Joe perlu mengantikan Cikgu Bah Goli yang sedang bercuti. Mungkin kerana sebelum ini Cikgu Joe pernah menjalani kursus Bahasa Semai, oleh itu Cikgu Joe diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk mengalas tanggungjawab ini buat sementara waktu. Memang mencabar apabila kita perlu mengajar bahasa yang bukan pertuturan kita dan perlu mengajar kepada penutur jati itu sendiri.






Sunday, January 26, 2014

P. Moral Tahun 1 : Baik Hati. (Menolong ahli keluarga) Kaedah Main Peranan/Simulasi.


Hari ini Cikgu Joe menggunakan pendekatan lakonan/simulasi/main peranan untuk anak-anak Cikgu Joe ni. Telah bosan menggunakan ICT dan permainan, kali ini lakonan diserikan dengan 'prop' untuk memberi daya penarik kepada PDP ini.. Murid dipilih secara paksa rela supaya mereka ada keyakinan diri, kemudian apabila rakan mereka sudah berlakon maka yang lain turut menawarkan diri untuk berlakon.


gaya macik-makcik zaman 30an

yang ini ambil gaya awang kelantan.


gaya tudung Hana Tajima
gaya tudung Fareedah




situasi : melihat ibu yang sedang letih.


situasi : melihat ibu sedang menyapu sampah


situasi : Ayah pulang dari kerja.


situasi :  melihat ibu mengangkat barang yang banyak setelah pulang dari pasar.

Saturday, January 25, 2014

Upacara Nikah dan kahwin Orang Asli Temuan di Bukit Putus



Sememangnya perkhawinan adalah majlis yang menyatukan dua insan untuk hidup bersama. Bagi masyarakat Orang Asli suku Temuan, adat perkhawinanan mereka ada mirip kepada perkhawinan Orang Melayu. Di mulakan dengan membayar dan memberi hadiah kepada tok batin atas 'kesalahan' pengantin lelaki dan perempuan. Kemudian sirih dan pinang diberikan kepada tetamu yang hadir. Jurunikah seterusnya menikahkan pasangan mempelai tersebut. Upacara menyuap nasi, sireh dan rokok daun antara pengantin sebelum diberikan nasihat perkhawinan oleh orang-orang tua.



Thursday, January 23, 2014

Bantual Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2014

23 Jan -  Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan kali ini telah dilakukan pada hari ini. Semua ibubapa di minta untuk hadir mengambil bantuan khas ini. Hari ini sekolah agak sesak dengan kehadiran ibubapa. Selama 1 jam diperlukan masa untuk memberikan kepada semua ibubapa. Terima kasih kepada semua guru yang membantu.














Sunday, January 19, 2014

Pendidikan Moral Tahun 1, Murid dibimbing untuk.... 2.1 Membantu Keluarga



Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk
                                       2.1 Membantu Keluarga
Standard pembelajaran : Murid berupaya untuk :-
                                    2.1.1: Menceritakan sifat baik hati yang ada pada
                                               diri.
                                     2.1.2: Menyenaraikan cara membantu Keluarga
                                     2.1.4 : Menghulurkan bantuan kepada ahli
                                                 keluarga








Matematik tahun 1 : Nombor bulat sehingga 100 :Murid dibimbing untuk 1.4 Melengkapkan sebarang rangkaian nombor.





Bidang /Tajuk : Nombor bulat sehingga 100

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk
                                        1.4 Melengkapkan sebarang rangkaian nombor.
Standard pembelajaran : Murid berupaya untuk :-
                                        1.4 (i) Membilang nombor dalam lingkungan 
                                              100 secara
                                         a. satu-satu




Friday, January 10, 2014

Kena Ganti Mengajar Prasekolah

10 Jan - Hari ini Cikgu Joe ditugaskan untuk mengajar Prasekolah Kreatif. Sememangnya Cikgu Joe memang minat mengajar murid prasekolah. Pada tahun 2012, Cikgu Joe diberi tanggungjawab untuk mengajar prasekolah selama 3 bulan kerana mengantikan guru prasekolah yang sedia ada. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hari ini bermacam aktiviti perlu dilakukan. Menyanyi, menari, melukis dan mewarna. Apa yang menarik, semasa sedang asyik melayan karena mereka melukis, tiba-tiba Cikgu Joe terdengar beberapa orang murid menyanyi lagu OST 'Playboy itu suami aku' kalau tak silap. Kecil-kecil dah pandai jiwang,.















IKRAR GURU

IKRAR GURU