SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 24, 2019

Santai bersama Calon UPSR 2019

24 Ogos 2019 - UPSR semakin hampir. Terasa bahangnya. Calon-calon UPSR pada waktu ini terlihat tekanan pada raut wajahnya. Kelas tambahan setiap petang dan disambung dengan kelas hujung minggu dari pagi hingga petang menyebabkan mereka terlihat begitu lelah. Program santai kali ini, cikgu-cikgu bawa mereka menonton wayang Boboboy 2, 'Movie' kegemaran mereka. Usai menonton wayang, mereka mejamu selera di restoran. Harap-harap program santai kali ini menjadikan mereka lebih tenang menghadapi tekanan UPSR kali ini. Terima kasih guru-guru yang menyumbang program santai kali ini.











































Thursday, May 23, 2019

Ucapan YB Menteri Dr Maszlee untuk SK POS MUSOH LZ




Niat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada YAB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang merupakan guru cikgu joe dalam bab-bab agama dan motivasi mendapat maklumbalas dalam video yang Dr Maszlee Malik buat dalam Vlog Youtube Dr Maszlee Malik. Terima kasih doktor atas ucapan dan kata-kata semangat kepada kami di pedalaman ini. Kami akan terus berkhidmat dipedalaman ini selagi kami terdaya dan khidmat kami diperlukan di sini.







Thursday, May 16, 2019

Tragedi 16 Mei 2019



16 Mei 2019 merupakan hari keramat untuk guru. Hari ini merupakan hari guru yang disambut di seluruh Malaysia. Selalunya Hari Guru merupakan hari yang mengembirakan guru-guru. Mana tidaknya, hari ini guru dirai dan dihargai oleh murid dan ibubapa. Tidak untuk kali ini, sambutan tahun ini diikuti dengan pengalaman yang tidak semua guru boleh merasainya. Perjalanan ke sekolah yang perlu melalui bukit bukau dengan cerun yang merbahaya menguji perjalanan setiap kali melaluinya. Bulan Mei tahun ini hujan lebat dan angin kuat beberap hari ini menyebabkan beberapa jalan ditengelami air. Walaupun ditelengami air, jalan itu masih boleh dilalui. Seronok rasanya bila dapat bermain air di pagi hari. Tetapi yang menguji kami apabila tiba waktu pulang, beberapa siri tanah runtuh berlaku dengan beberapa buah pokok tumbang menyekat perjalanan kami. Ini merupakan perkara biasa, tetapi yang menjadi ia sebagai kenangan adalah bila berlaku pada tarikh penting bagi seorang guru. Tidak menjadi keluh kesah kepada kami dengan tragedi ini, kerana sudah menjadi asam garam kehidupan guru di sekolah pedalaman. Walau bagaimanapun kami dapat laluinya seperti hari-hari biasa.



Thursday, November 23, 2017

1 Tahun di sekolah P2

Alhamdulillah, hampir satu tahun Cikgu Joe berpindah ke sekolah baru ini iaitu SK Pos Musoh Lz. Hampir satu tahun juga Cikgu Joe tidak mencoretkan apa-apa dalam blog ini. Mungkin penat atau terlalu sibuk dengan rutin baru di sekolah baru, lebih-lebih lagi di kawasan perumahan baru ini tidak dilengkapi dengan kemudahan capaian jalur lebar. Apa yang hendak dikongsikan pada kali ini? terlalu banyak untuk di kongsikan, tetapi Cikgu Joe hanya mampu melakarkan beberapa peristiwa yang besar dalam hidup cikgu joe sepanjang satu tahun menyepikan diri.

1. Cikgu Joe sudah ada Master ( Ijazah Sarjana Pendidikan Sekolah Rendah )


 

Alhamdulillah... Cikgu joe sudah berjaya mendapat segulung ijazah sarjana pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 24 Oktober 2017 yang lalu. Bersyukur sangat apabila tiga tahun berhempas pulas belajar sambil bekerja terbalas dengan berita gembira ini. Insyallah, Cikgu Joe dalam proses membuat kertas cadangan untuk Ijazah Kedoktoran ( Phd ) dan akan menyambung kedoktoran ini dalam masa terdekat.








2. Rumah Baru Cikgu Joe

Alhamdulillah... sekarang Cikgu Joe telah memiliki rumah sendiri di Tapah, tak perlu lagi menyewa.  Ini merupakan rumah kedua Cikgu Joe. Rumah pertama terletak di kampung, Tangkak Johor. Rumah itu cikgu dirikan untuk mak Cikgu Joe sebab itu janji Cikgu Joe pada diri sendiri semasa kecil lagi. Cikgu Joe nak buatkan rumah untuk emak. Alhamdulillah, pada tahun 2013 tercapai juga hasrat Cikgu Joe. Rumah kedua pula, Cikgu Joe beli untuk membina keluarga bersama bakal isteri Cikgu Joe. Insyallah.. bakal itu dalam proses, kalau ada...ada, kalau tak ada.. tak ada. Buat masa ini Rumah yang memiliki 3 bilik ini Cikgu Joe sewakan dua biliknya kepada teman serumah iaitu seorang pegawai pejabat pusat Zakat Perak dan seorang Doktor dari UITM Tapah. Hasil sewa bilik itu bolehlah dijadikan simpanan untuk hari muka. hehehe..











3. Cikgu Joe selalu kemalangan di sekolah baru.

Perjalanan ke sekolah mengambil masa 45 minit dari jalan besar di Batu 8. Sekolah baru Cikgu Joe mendapat status P2 yang melayakkan diberikan Elaun Bantuan Hidup Susah sebanyak RM1000. Beberapa kali berlaku kemalangan dan 3 minggu akhir sesi persekolahan kali ini menyaksikan dua kemalangan berturut-turut. Besar juga cabarannya mengajar di pedalaman ini. Alhamdulillah, keadaan Cikgu Joe beransur pulih.











Monday, November 28, 2016

Produk Gagal IPG, Betul ke?



Hampir sejam jari-jemari aku menaip artikel bagi menjelaskan dan mengharmonikan  satu artikel dari IIUM Confession yang bertajuk 'Produk Gagal IPG'. Terjentik hati aku untuk menjawab dan menguraikan 'fakta-fakta' yang di utarakan. Aku sebagai produk keluaran IPG dan kini produk dalam pembikinan dari UPSI suka untuk menjelaskan dan mengharmoni 'fakta-fakta' menarik dari -Anda yang disyaki-. Semasa rancak menaip, tiba-tiba timbul dalam diri untuk berhenti dari menyempurnakan penulisan artikel itu. Aku bermonolog...

"Ramai orang kritik sistem pendidikan kita, dari IPG hinggalah guru dan sekolah. Mulut berjari manusia hari ini tidak mampu ditutup. Hitamnya jantung hati manusia semakin sukar diputihkan. Mereka bisa berkata semahunya, menuntut segalanya... tetapi hanya kita tahu realiti kita. Kita boleh berkata untuk membalasnya, daripada bentuk yang idealis mahupun sinis. Bagi aku untuk kali ini biarkan mereka sendiri. Biar mereka sahaja yang mengkritik sebab kita tahu masih ramai yang menyayangi. Ilmu kita bukan dari lisan untuk membalasnya tetapi hasil yang dibuktikan. Kerja kita bukan mahu berdekah-dekah seperti tin kosong tetapi kita ada nyawa yang hendak kita bentukkan. Kita marah dengan senyuman, kita tentang dengan idea.... kita selalu bersuara untuk 'anak bangsa' tapi bukan seperti mereka bersuara. Kita selalu memperjuangkan 'anak bangsa', bezanya cara kita bukan seperti mereka."

Mungkin menjangkau umur 29 tahun ini, kata-kata aku cukup tertib. Jantung hati aku tidak sehangat dulu. Betul orang dahulu kata, usia dan pengalaman akan mendewasakan kita. Tenang wahai rakan guru dan IPG. Anda hebat dengan siapa anda. Tugas anda untuk mendidik anak bangsa... tugas anda memberikan khidmat yang orang lain tidak mampu berikan. Tugas anda bukan untuk berdebat dengan mereka. Anda jangan berdekah semacam mereka.. buktikan dengan anak murid anda... buktikan dengan kesungguhan anda... kita hebat dalam bidang kita..  Parnah dengar "talk' dari Tan Sri Rafidah Aziz, katanya

"Lakukan perubahan dalam Circles anda... jangau hirau orang lain yang menjatuhkan anda.. hiraukan mereka yang memerlukan anda. Mereka boleh kata apa yang mereka yang nak kata, tapi kita yang akan menempuhinya... Anda hero dalam Circles anda "

Oleh itu... cikgu-cikgu dan bakal cikgu, buktikan kemampuan kita dan khidmat untuk kecemerlangan anak bangsa kita.  Tak akan runtuh bukit yang disalak anjin (Anjing menyalak bukit takkan runtuh) [Ini peribahasa, bukan kata mereka yang kritik itu anjing. mohon hadam]






Nota kaki : Sebahagian dari buku koleksi aku.. mari jadikan membaca budaya ilmu.  Ramai orang suka menulis, tapi tidak suka membaca. Bila ditanya kepada Sasterawan negara bagaimana hendak menjadi penulis yang baik? jawab beliau membaca, membaca, membaca, membaca, membaca, membaca, membaca dan baru menulis. Hari ini semuanya terbalik... yang menulis lebih banyak dari membaca.. mari membaca bersama-sama.

Thursday, November 17, 2016

Catatan #17112016 untuk anak-anak sekolah asli ku





Catatan #17112016
Ramai rakan guru yang mencatatkan rasa gembira, sedih dan terharu dengan pencapaian anak didik mereka....  tidak kira di bandar mahupun di tengah hutan belantara, guru-guru di Malaysia berkongsi perasaan yang sama.

Dalam kejauhan perasaan melihat profesion pendidikan ini dikecam oleh segelintir masyarakat dan ibubapa, guru-guru masih tidak putus berusaha untuk memberikan terbaik bagi anak didik mereka...

Suasana suram menyelubungi dewan hari ini.... aku masuk dengan jiwa yang menahan kesedihan. Keputusan rasmi sekolah  telah diumumkan dalam whatsapp rasmi sekolah lebih awal. Keputusan dan jangkaan dilihat tidak  mirip sama sekali. Aku duduk di kerusi yang disediakan sambil cuba bergurau senda dengan rakan guru walaupun sebenarnya agak kekok dengan situasi yang berlaku. Aku perhatikan setiap muka anak-anak ini, kelihatan ada dalam raut wajah kegusaran dengan apakah keputusan yang akan mereka perolehi. Apabila keputusan diumumkan oleh Puan Guru Besar, terlihat sedikit kesuggulan dalam raut wajah-wajah mereka. Aku bergerak ke Macbook aku lalu jari-jari menaip satu lagu untuk 'mesej' kepada mereka. 

Hazami - Tekad, satu lagi yang cukup menyentuh jiwa aku satu ketika dulu untuk terus berusaha dan buat yang terbaik dalam hidup aku. Satu lagu yang memberikan aku kekuatan dan semangat untuk aku berbakti dan membalas semua jasa ibubapa, ahli keluarga dan guru-guru yang pernah mendidik aku. Lagu itu di kumandangkan di dalam dewan, telihat satu persatu raut wajah anak-anak ini semakin sayu dan layu. Anak-anak murid lelaki ku, mengetap-ngetap bibir dan menahan-nahan takungan air mata dari melimpah. Anak-anak murid perempuan ku tidak secekal lelaki, linangan dan tangisan kelihatan dan terdengar walaupun sebelum ini mereka cuba menyorokkannya.

Aku ditegur oleh rakan guru yang lain untuk ubah lagu yang lebih ceria bagi mengubat duka, dan jariku menekan-nekan papan kekunci untuk mengubah  lagu pengubah suasana. Sebenarnya dari sudut hati aku, aku berkata-kata..

"Selama ini kamu merasai apa itu 'fail', tetapi kamu gagal untuk 'feel' kepada kegagalan. Hari ini kamu sudah 'fail' dan 'feel' kepada kegagalan. Ini adalah 'wakeup call' untuk kamu supaya kesilapan ini tidak kamu lanjutkan di kemudian hari. Kamu perlu ada 'will' untuk terus berjaya. Menangislah semahu kamu, sebab ini akan jadi detik yang tidak akan kamu lupa. Detik ini juga akan menyedarkan kamu sakitnya sebuah kegagalan. Usaha kamu selama ini akan berbalas jika kamu terus berusaha mendapatkan sekeping sijil yang bernama pengalaman"

Itu monolog aku dalam diri, aku tahu mereka mengharapkan kecemerlangan dan usaha mengikut kemampuan mereka tetapi sikap mereka perlu berubah. Main boleh tetapi bukan main-main. mata aku mencari-cari beberapa orang murid target kualiti tahun ini, mereka antara yang paling kecewa walaupun keputusan mereka adalah yang terbaik dari yang lain. Aku tahu mereka sudah berusaha yang terbaik, tapi bukan rezeki mereka pada UPSR 2016 kali ini. PT3 dan SPM masih menunggu kamu. kamu perlu buktikan pada detik itu nanti, kamu adalah yang terbaik. Kamu akan dan kamu mesti capai,Insyallah Cikgu percaya pada kamu.

Aku mencari-cari murid lain,  aku ambil slip keputusan mereka. Mereka tersenyum kelat menunggu kata-kata dari aku. "em.. tak apa........... " aku senyum memberikan mereka semangat. tak sempat aku menghabiskan kata-kata, aku diamkan diri dan pergi ke murid lain.  Bukan kerana marah atau kecewa, tapi cikgu tak mahu air mata cikgu jatuh di hadapan kamu. Lebih-lebih bagi cikgu lelaki, air mata seorang lelaki sangat mahal.  Belum terlambat untuk berusaha berlipat kali ganda, kerana masa depan kamu masih jauh dan setiap itu juga kamu akan membaiki diri. 




Nota : sekeping sijil bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan sijil. Jika kamu berusaha untuk mendapat sijil, tetapi kamu tidak juga memperolehinya.... ingatlah kejayaan dalam hidup bukan bergantung dengan sekeping sijil.. Cikgu sayang kamu walau cikgu garang.














Tuesday, October 25, 2016

Peranan IPG Dalam Sistem Pendidikan Negara





Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak dalam BAJET2017 bahawasanya 9 IPG (dan 2 buah IPG lagi sebagai Pusat Permata Pintar) akan diubah menjadi Kolej Teknik dan Vokasional, dan Pusat Kejurulatihan TVET.  Sudah tentu itu adalah sesuatu yang menyedihkan apabila salah satu pusat pengeluaran guru-guru yang setelah sekian lama bertapak dalam sistem pendidikan negara akan ditutup.  IPG yang pada awal penubuhanya dikenali sebagai Maktab Perguruan adalah institusi yang bertanggungjawab menyediakan bakal-bakal guru terlatih untuk diserapkan di sekolah-sekolah bagi memenuhi keperluan guru terlatih di sekolah. 

Sejarah peranan pendidikan guru di negara kita bermula pada tahun 1878 lagi di The Malay High School, Singapura. Di semenanjung Tanah Melayu, Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922) merupakan maktab perguruan yang terawal diwujudkan. Pada tahun 1922 Sultan Idris Training College, Tanjung Malim atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris  dan kini Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah maktab yang menggantikan Maktab Perguruan Melayu Matang.  Woman Teachers’ Training College, Melaka atau Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pula ditubuhkan pada 1935. Di luar negara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menubuhkan Malayan Teacher’s Training  College, Kirkby, Liverpool, England (1951-1962) dan Malayan Teacher’s Training  College, Brinsford Lodge, Wolverhampton, England (1955 -1964 ).

Bermula dari sejarah penubuhan maktab tadi maka bermulalah peranan maktab perguruan dalam sistem pendidikan negara.  Pada tahun 2005 sebanyak 27 Maktab Perguruan telah di naik taraf sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan  Ijazah Sarjana Muda Perguruan B.Ed. Pada 2006 semua IPG seluruh Malaysia telah menawarkan program pensiswazahan guru sehingga hari ini. Pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri pada BAJET2017 sedikit sebanyak menjentik sentimental guru-guru terhadap kenangan dan sumbang bakti maktab (kini dikenali IPG). Bukan untuk protes, walau ada segelintir yang berbuat demikian, tetapi sejarah menunjukkan menutupan pusat pendidikan adalah sesuatu yang biasa. Bermula dengan penutupan Maktab Perguruan Melayu Matang (1922), Maktab Perguruan Kirkby (1962), Maktab Perguruan Brinsford (1965), kemudian diikuti dengan Maktab Perguruan Teruntum, Mohd Khalid, Pasir Panjang, Seri Pinang, Seri Kota, Kinta,  dan Sains Bintulu.  Penutupan itu adalah memori yang disimpan, mengenangya adalah kenangan dan menutupnya adalah langkah untuk sesuatu yang lebih baik.

Penutupan IPG bukan bermakna IPG tidak memainkan peranan dalam sistem pendidikan negara tetapi ini merupakan rancangan pihak kerajaan sendiri untuk mungkin mengurangkan kos operasi selain menstruktur semula IPG  ke arah yang lebih baik.  Pendapat Cikgu Joe adalah sesuatu yang baik sekiranya bilangan IPG ini dikurangkan dan ditingkatkan kapasiti graduan IPG dengan memastikan setiap IPG yang tinggal boleh menampung keperluan guru di sekolah-sekolah rendah.

Semenjak dari dulu lagi isu graduan IPG dan graduan pendidikan universiti  diperbincangkan. Berlaku pertikaian mana keluaran yang terbaik. Sudah tentu Cikgu Joe sebagai graduan IPG akan mengatakan graduan IPG yang terbaik dan rasa baik kerana Cikgu Joe tidak merasakan bagaimana dengan sistem pendidikan perguruan yang diterapkan di universiti dan begitulah sebaliknya bagi graduan pendidikan dari universiti.  Jika mekanisma penilaian berdasarkan individu, sudah tentu keluargan IPG dan Universiti mempunyai banyak kelemahan. Adalah kalangan mereka (IPG dan Univesiti) yang tidak minat menjadi guru, ada di kalangan mereka yang bukan jiwa pendidik, ada di kalangan mereka yang tiada bakat mengajar.  Mereka-mereka inilah yang perlu meninggalkan sistem pendidikan supaya tidak menjadi barah dan api dalam sekam yang merosakkan seluruh generasi.  Adakah keluaran universiti  sebenarnya tidak mempunyai cukup kemahiran mengajar? Cikgu Joe kenal dan bekerja bersama mereka yang keluargan universiti yang diserap masuk  terus ke sekolah rendah dan ada yang diserap masuk melalui program KPLI.  Mereka yang berkerja bersama-sama Cikgu Joe merupakan mereka yang hebat, mempunyai kemahirang mengajar, dan kreatif dalam mengajar. Cuba ada segelintir keluaran universiti yang pernah berkerjasama dengan Cikgu Joe bermasalah dalam kemahiran pengurusan dan kaku dalam menyampaikan ilmu. Jadi, adakah puncanya pelajar IPG? Mejoriti guru-guru yang berkerjasama di sekolah adalah mereka yang berpendidikan dari Maktab(IPG). Mereka yang berkerja bersama-sama Cikgu Joe merupakan mereka yang hebat, mempunyai kemahirang mengajar, dan kreatif dalam mengajar (Cikgu Joe Copy dan Paste dari isi yang sebelumnya). Cuba ada segelintir keluaran IPG yang pernah berkerjasama dengan Cikgu Joe bermasalah dalam mengajar, mungkin kerana tidak minat. Pengalaman Cikgu Joe mereka yang tidak mempunyai jiwa mendidik, ada yang malas dan ada tidak mahu terus dalam sistem pendididkan ini telah meninggalkan sistem ini, ini merupakan satu gerak kerja yang bagus kerana mereka amanah dengan tanggungjawab dan merasakan mereka tidak mampu meneruskan cabaran sebagai guru.  

Beberapa hari yang lalu Cikgu Joe ada membaca pendapat dari individu yang menyatakan ada IPG yang tidak memberikan impak kepada sistem pendidikan negara.  Cikgu Joe jadi keliru dengan penyataan itu. Memberi impak yang bagaimana sedangkan  semua IPG mengunakan silibus yang sama, isi kandungan yang sama dan program latihan yang sama. Adakah tenaga pengajarnya lemah?sedangan tenaga pengajarnya kini keluaran universiti, ada juga mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengajar. Di mana silapnya? Indikator apa menilai ‘impak’ IPG kepada pendidikan? Adakah melalui pencapai murid dalam TIMMS dan PISA? TIMMS dinilai kepada murid tingkatan 2 (gred 8[4-8]) manakalah PISA dinilai kepada murid yang berumur 15 tahun ke atas.  Adakah kita nak menunding jari kepada sistem fakulti pendidikan di university-universiti?  Sudah tentu tidak. Jadi siapa yang salah? Jangan jadikan persepsi kita untuk berhujah kerana persepsi bukan fakta untuk dijadikan hujah. Kemenjadian murid bukan semudah 1+1=2, tetapi lebih kompleks  dari itu. Suka mendengar kata-kata Almarhum Dato’ Razali Bin Ibrahim, pendidik ini tugasnya memanusiakan manusia. Prosesnya bukan mudah, memerlukan semua pihak memainkan peranan (Akan di sambung dengan artikal lain berkenaan pendidikan di Malaysia mengapa kita jauh ketinggalan dari Finland, Korea Selatan, Singapura, hatta Vietnam).  Secara kesuluruhan pendapat dan penyataan individu itu Cikgu Joe setuju, hanya sebahagain dari penyataan itu yang membuatkan sebagai pendidik dan pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan di UPSI terpanggil untuk menilai penyataan itu.  Penyelidikan Pendidikan yang di ajar di peringkat Ijazah Sarjana ini melatih diri Cikgu Joe untuk kritis terhadap sesuatu maklumat supaya maklumat yang diperolehi boleh dipercayai, sumber yang boleh sah dan di nilai berdasarkan ukuran yang tepat dengan kaedah yang sesuai.

Cikgu Joe pelajar IPG dahulunya dan kini menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam Ijazah Sarjana Pendidikan Sekolah Redah sebelum meneruskan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah tahun depan atau dua tahun lagi(insyallah).  Cikgu Joe meminati mengkaji pendidikan di peringkat Sekolah Murid Orang Asli, yang dilihat sebagai satu komuniti kecil yang perlu mereka yang berjiwa pendidik dan minat untuk mendidik bagi mendidik komuniti ini. Bukan minat Cikgu Joe untuk menjadi guru pada awalnya, IPG Kampus Sultan Mizan (IPG KSM) telah mendidik jiwa ini untuk jadi pendidik . Insyallah “guru bertaraf di dunia, pasti akan di kota”. IPG KSM tetap menjadi tempat yang berjasa dalam diri ini dan akan menjadi memori yang terindah kerana menjadi langkah pertama ke dunia pendidikan.


Nota Kaki : Guru itu perlu bijak berbicara, kerja guru adalah berbicara untuk menyampaikan ilmunya… Mindanya untuk menarik minat murid belajar dan jiwa yang besar untuk menjadi pendidik. Jika lisan guru bisu, ilmu apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat, kritikan apa yang hendak diberikan kepada mereka yang diperlukan. 

Tuesday, October 11, 2016

Bilik Untuk Di Sewa Tapah








Sebuah rumah untuk di sewa. Sewa bilik sahaja. Sesuai untuk pelajar UITM Tapah. Sebuah rumah dengan 3 bilik. Bilik utama memuatkan 4 orang, manakala 2 bilik lagi memuatkan 2 orang setiap satu.

Peralatan yanag disediakan.
1. Tilam dan katil
2. Peti Ais
3. Dapur
4. TV dengan Njoi
5. Mesen basuh


Sewa  :RM130/kepala
Deposit : 1 bulan sewa (RM130), Eletrik dan Air (RM30)

Bayaran sewa setiap bulan adalah awal bulan pada bulan itu.

Lelaki/Perempuan

Boleh hubungi tuan rumah melalui FB. Klik Sini


*gambar di atas sebagai hiasan, akan di muat naik gambar terbaru apabila rumah sedia untuk di sewakan.

Sunday, October 9, 2016

Hari Sukan Negara 2016


Hari ini 08.10.2016 adalah tarikh yang penting untuk negara ini. Program Hari Sukan Negara disambut serentak seluruh Malaysia untuk menjadikan sukan sebagai budaya kepada rakyat.  Program ini amat penting kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh WHO terhadap masalah obesiti di Asia Tenggara, mendapati Malaysia menduduki tangga pertama masalah obesiti dengan 44.5% berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.  Memberikan kesedaran berkenaan pentingnya aktiviti dan pemakanan yang sihat, akan membantu rakyat memahami cara dan membudayaan aktiviti yang sesuai.

Cikgu Joe pon tergolong dari 44.5% peratus itu, Alhamdulilah sejak beberapa bulan berat Cikgu Joe semakin kurang. Walaupun tidak banyak tetapi membantu mengurangkan resiko masalah-masalah kesihatan yang akan berlaku. Jadi, mari sama-sama kita menyahut seruan kerajaan  ini.

Cikgu sediakan satu video perjalanan aktiviti di sekolah cikgu joe. Walaupun sekolah asli, tetapi sambutan juga tidak kurang meriad dengan sekolah yang lain.






IKRAR GURU

IKRAR GURU