SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 9, 2012

Garang sebab sayang dan garang kadang-kadang kesilapan




Tidak boleh di pertikaikan kebanyakkan guru amat menyanyangi anak-anak muridnya, tetapi cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka adalah berbeza-beza. Begitu juga aku sebagai seorang guru, anak murid adalah komitment penting aku. Kecemerlangan mereka dan akhlak mereka memaparkan kemampuan aku mengajar serta mendidik mereka. Aku seorang yang garang pada mereka, senyum aku dikelas tidak selalu berpanjangan. Tangan ku sering saja mengenggam erat rotan sebagai peneman diri di kelas. Murid yang berkata 'tidak' atau 'ah' sekalipun adalah satu kesalahan besar bagi ku. Di dalam kelas hanya ada 2 pilihan, ikut arahan aku atau sedia menikmati garis-garis rotan di tangan mereka. Oleh itu, tidak pernah ada murid yang mengatakan tidak pada aku semasa aku mengajar. Walaupun begitu, aku sedikit berbeza diluar kelas, aku tidak akan menghukum mereka kerana menghormati mereka dikalangan rakan-rakan mereka yang datang dari tahun yang berbeza. Aku cuma memberikan mereka arahan dan dalam kiraan 5 arahan itu mestilah dipatuhi, sekirannya tidak mereka harus bersedia bertemu dengan ku di kelas nanti. Aku akui dalam banyak sisi aku agak dingin dan garang dengan anak murid ku.

Miskipun aku seorang yang garang, tetapi itu tidak menghalang aku menceriakan suasana kelas. Aku sering membuat lawak untuk mereka ketawa dan mereka bebas memberikan idea semasa pengajaran berlangsung. Cuma, mereka perlu berhati-hati dari terlalu seronok. Jika tersilap, tindakan sewajarnya akan aku kenakan pada mereka. Hari ini 9 november 2012 merupakan hari akhir persekolahan sesi 2012. Sebagai guru, adalah menjadi waktu yang paling sibuk kerana banyak benda perlu dilengkapkan bagi menutup data 2012. Begitu juga dengan pengurusan kelas untuk sesi tahun hadapan. Lebih-lebih lagi cikgu-cikgu ada meminta gambar program sepanjang tahun 2012, video-video dan lain-lain lagi.

Semasa di pakir kereta waktu aku hendak balik ke rumah, aku membuka laptop untuk menyalin gambar-gambar kedalam sebuah pendrive seorang guru. Tiba-tiba aku didatangi seorang murid tahun 6, namanya fazri. Dia seorang ketua pengawas dan juga seorang murid yang bijak. Gambar fazri ada di atas ini yang memakai baju pengawas. dia bertanyakan kepadaku

"Cikgu buat apa tu"

aku menjawab pendek

"buat kerja"

lalu dia bertanya lagi.

"cikgu tak balik lagi" 
aku diam sambil menekan butang "copy paste"

dia tidak berdiam saja, dia bertanya lagi.

"cikgu buat apa tu"

aku dengan suara separuh marah menjawab

"tengah buat kerja la ni, awak tak nampak ke?"
Aku bukan marah, tetapi aku ini jenis yang serabut kalau ada orang kacau aku membuat sesuatu kerja. Tindakan aku ini mungkin salah kerana aku mengajar mereka moral, tapi aku tidak menunjukkan adab yang betul. Itu bukan sengaja, tapi dalam keadaan aku serabut aku mungkin silap membuat pecaturan.

lalu bila dia mendengar jawapan aku, dia pun diam. Aku menyambung membuat penyalinan gambar-gambar itu.

tiba-tiba dia berkata..

"cikgu, kalau umur panjang kita berjumpa lagi yer"
waktu itu aku terdiam, dan hanya menjawab
"Insyallah...." 
tanpa aku memandang dia, kerana mungkin aku ada sedikit rasa malu.
Dia kemudiannya beralih pergi kepada rakan-rakannya. Aku menjeling melihat dia pergi, rasa bersalah timbul dalam diri ku. Aku bertanya-tanya diri, kenapa aku memberikan jawapan yang dingin. mungkin dia tahu ini hari terakhir dia di sekolah ini dan mungkin dia ingin mengucapkan salam perpisahan serta bersalam denganku. Mungkin ada kehampaan dalam diri dia waktu aku tidak mengendahkan kedatangannya. Aku terpaku. Selepas selesai kerja itu aku menoleh kebelakang untuk mencari Fazri, tapi bayanggangnya hilang. Dia dan rakannya telah berada didalam bas dan bergerak pergi. Aku memerhati lama disudut terakhir aku melihat Fazri.. aku rasa bersalah. Kemudian datang cikgu untuk mengambil pendrivenya dan waktu cikgu itu berkata-kata denganku aku seakan tertutup telinga untuk mendengar kerana mataku tertumpu disudut itu. dan kata terakhir aku pada waktu itu adalah...

"maafkan cikgu"

IKRAR GURU

IKRAR GURU