Baru semalam Cikgu mendapat arahan untuk membuat persembahan perpisahan untuk Cikgu Faridah. Arahan itu terpaksa Cikgu pikul walaupun hanya satu hari sahaja masa yang diperuntukkan. Oleh itu, Cikgu memilih murid tahun 6 Dinamik kerana mereka telah biasa membuat persembahan dan mudah lebih-lebih lagi mereka mempunyai keyakinan diri. Mulannya Cikgu hanya merancang membuat lakonan bisu dan pergerakan kreatif sahaja, tetapi idea menambahkan lagu 'terima kasih cikgu- Upin Ipin & Najwa Latif' daripada murid menjadikan persembahan ini kreatif dan menarik.