PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Friday, July 19, 2013
Jurnal Guru : Wang Tahun 1
Hari ini mula masuk topik wang, Perkara pertama yang perlu murid tahu adalah mengenali bentuk wang, rasa dan menyalin bentuk corak dan rupa wang itu. Murid memulakan aktiviti PDP dengan membezakan wang syiling Malaysia dan syiling dari negara lain. Kemudian Murid perlu memejam mata dan mengambil duit didalam bekas, murid perlu meneka berapakah nilai duit yang diambil..
Apabila murid menjawab dengan betul, murid perlu memasukan duit berkenaan kedalam bekas kecil. Permainan ini akan berterusan sehingga semua murid telah mengambil giliran.
Bagi aktiviti seterusnya, murid tidak dibenarkan untuk melihat duit yang telah diletakkan dibawah kertas A4 yang diberikan. Murid perlu mengitamkan kertas yang dibawahnya terdapat duit syiling untuk mengetahui nilai duit syiling yang terdapat disebalik kertas A4. Murid menulis nilai duit syiling berkenaan.
Friday, July 12, 2013
Sukatan dan geometri : Timbangan Tahun 1
Aktiviti luar bilik darjah merupakan aktiviti yang menarik dan boleh menarik minat murid untuk aktif dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pengajaran berpusatkan murid memberi peluang kepada murid untuk merasai dan meneroka PdP pada topik yang diberi. Kali ini, Cikgu Joe mengajar murid topik timbangan, murid diberikan beberapa aktiviti untuk memastikan mereka meneroka dan merasai sendiri.
set induksi : Murid dipilih secara rawak untuk bermain jongkang-jongkit.
Murid di tanya kenapa murid ini ke bawah dan mengapa murid ini diatas
Murid di minta meneka topik yang hendak dibelajar pada hari ini.
Langkah 1
Murid yang ringan akan diberikan sorang lagi teman untuk melihat kesan
Murid ditanya apakah yang berlaku dan kenapa?
Murid ditukarkan dengan pasangan-pasangan yang lain.
Langkah 2 : Murid ditunjukkan dengan beberapa jenis bola. 3 orang murid dipilih secara rawak untuk membuat timbangan, murid diminta menjelaskan keadaan timbagan itu dan kenapa.
Langkah 3 : Murid diberikan lebaran kerja untuk menjawab soalan.
Friday, July 5, 2013
Sukatan dan Geometri : Panjang Tahun 1
Aktiviti yang menarik mampu memberi ransangan kepada murid untuk membuat perkaitan dan mencari jawapan. Kali ini pada topik Panjang, Cikgu Joe telah membuat aktiviti lapangan untuk memberi mereka pengalaman. Murid diberikan titik-titik untuk mereka membuat pengiraan ukuran panjang menggunakan unit bukan piawai iaitu jengkal, hasta, depa dan kaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)