SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 7, 2014

PERSEMBAHAN PERSARAAN CIKGU FARIDAH

Baru hari ini Cikgu Joe berkesempatan untuk membuat post berkenaan persembahan yang Cikgu Joe sendiri latih sempena persaraan Cikgu Faridah pada Jun 2013. Persembahan ini adalah idea dari murid-murid sendiri. Cikgu Joe hanya berperanan melatih dan memberikan sedikit ketelitian kepada persembahan. Walaupun hanya satu hari diberikan kesempatan berlatih, tetapi masa itu cukup untuk menjadikan persembahan ini menarik.









Wednesday, March 5, 2014

Kelas Bahasa Semai

Hari ini Cikgu Joe perlu mengantikan Cikgu Bah Goli yang sedang bercuti. Mungkin kerana sebelum ini Cikgu Joe pernah menjalani kursus Bahasa Semai, oleh itu Cikgu Joe diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk mengalas tanggungjawab ini buat sementara waktu. Memang mencabar apabila kita perlu mengajar bahasa yang bukan pertuturan kita dan perlu mengajar kepada penutur jati itu sendiri.






IKRAR GURU

IKRAR GURU