PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Wednesday, January 28, 2015
Persembahan Majlis Graduasi KEDAP 2014 dan Hari Anugerah SK Batu Tujuh, Tapah Perak.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Cikgu Joe muat naik semua video persembahan sempena Majlis Graduasi Kedap 2014 dan Hari Anugerah SK Batu Tujuh. Sepatutnya seminggu selepas majlis itu video-video ini di muat naik, tetapi disebabkan kekangan belajar di UPSI dan tugas di sekolah membataskan niat itu. Disebabkan video persembahan hari anugerah dan majlis graduasi hampir sama maka bagi menjimatkan masa maka hanya satu video setiap persembahan sahaja yang di muat naik.
Majlis Graduasi KEDAP kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya yang di uruskan oleh Cikgu Joe. Majlis kali ini mengabungkan peserta KEDAP dari tiga buah sekolah iaitu SK Batu Tujuh, SK Batu 14 dan SK Pos Musoh LZ. Majlis ini berlangsung dengan sederhana tetapi cukup bermakna kerana menunjukkan hasil tujuan KEDAP di laksanakan. Ibu bapa sudah boleh membaca, menulis dan mengira. Satu program yang bermakna untuk merangsang ibubapa sama-sama belajar dan memberikan galakan kepada anak-anak mereka.
DEKLAMASI SAJAK PESERTA KEDAP SK BT 14
Tarian Prasekolah SK Batu Tujuh
PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1 SK BATU TUJUH
TARIAN MURID TAHAP 2 SK BATU TUJUH
Monday, January 26, 2015
Matematik Tahun 2. 1.2 Menulis nombor
Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, jangan mengajar nombor yang melibatkan 'belas'
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.
lembaran kerja ini pada peringkat ini hanyalah melibatkan digit nombor sahaja. Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas.
Contoh :-
Untuk PDP hari seterusnya, guru masih menggunakan lembaran kerja yang sama. Kali ini melibatkan belas.
Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, murid perlu tahu nombor 1 pada 'puluh' tidak berbunyi tetapi nombor pada rumah 'belas' yang akan dibunyikan.
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.
Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas.
Contoh :-
Untuk PDP hari seterusnya, guru masih menggunakan lembaran kerja yang sama. Kali ini melibatkan ejaan nombor.
Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, murid perlu tahu nombor 1 pada 'puluh' tidak berbunyi tetapi nombor pada rumah 'belas' yang akan dibunyikan.
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.
6. Guru perlu mengimbas dan mengajar kembali ejaan nombor satu/se sehingga sembilan serta rumah ratus, puluh dan belas.
Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas dalam perkataan
Contoh :-
Selesai sesi PDP ini, didapati murid masih lemah dalam menulisa dalam perkataan walaupun dalam menulis menggunakan angka mereka telah menguasai. Jadi, pada sesi yang akan datang, guru akan menekankan kepada mengeja.. Contoh lembaran kerja yang fokus kepada mengeja...
Apabila murid sudah menguasai kemahiran asas ini, barulah guru boleh mempelbagaikan aktiviti selaras dengan HOT yang di warkan-warkan sekarang. Untuk murid Cikgu Joe, Cikgu Joe memperkenalkan aktiviti menggunakan peta buih i-think. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan, kemudian mereka diberikan beberapa nombor secara rawak. Daripada nombor yang diberikan, murid perlu membina nombor-nombor dari 100-999 dengan hanya menggunakan nombor yang diberikan.
Monday, January 5, 2015
Kemaskini maklumat murid dalam APDM
NOTA : Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.
LANGKAH KEMASKINI MAKLUMAT MURID DALAM MODUL PENGURUSAN MURID (PM)
LANGKAH 1 : KLIK KE LINK PENGURUSAN MURID
LANGKAH 2 : ISIKAN ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN GURU KELAS
LANGKAH 3 : KLIK DATA MURID
LANGKAH 4 : KLIK PADA 'NAMA' MURID YANG HENDAK DIKEMASKINI
GURU PERLU KLIK """SEMUA """"" BAHAGIAN ( MURID, BAPA, IBU, BAPA/PENJAGA UTAMA, IBU/PENJAGA KEDUA) SATU PERSATU UNTUK MEMASTIKAN DIKEMASKINI.
PINDAH MURID KE KELAS LAIN DALAM APDM
NOTA : Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.
LANGKAH PINDAH MURID KE KELAS LAIN DALAM MODUL PENGURUSAN MURID (PM)
LANGKAH 1 : KLIK KE LINK PENGURUSAN MURID
LANGKAH 2 : ISIKAN ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN GURU KELAS
LANGKAH 4 : KLIK KEMASKINI
LANGKAH 6 : PILIH KELAS YANG AKAN MURID PINDAH
LANGKAH 7 : KLIK KEMASKINI
Sunday, January 4, 2015
DAFTAR MURID TAHUN 1 DAN PINDAH MURID MASUK KE APDM
NOTA : Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.
LANGKAH DAFTAR MURID TAHUN SATU KE MODUL PENGURUSAN MURID (PM)
LANGKAH 1 : KLIK KE LINK PENGURUSAN MURID
LANGKAH 2 : ISIKAN ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN GURU KELAS.
LANGKAH 3 : KLIK PADA DATA MURID
LANGKAH 4 : KLIK PADA DAFTAR MURID
LANGKAH 6 : KLIK TERUSKAN
LANGKAH 10 : KLIK DAFTAR MURID
Friday, January 2, 2015
Thursday, January 1, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
IKRAR GURU
Senarai Arkib
-
▼
2015
(19)
-
▼
January
(7)
- Persembahan Majlis Graduasi KEDAP 2014 dan Hari An...
- Matematik Tahun 2. 1.2 Menulis nombor
- Kemaskini maklumat murid dalam APDM
- PINDAH MURID KE KELAS LAIN DALAM APDM
- DAFTAR MURID TAHUN 1 DAN PINDAH MURID MASUK KE APDM
- Jurnal : Pendidikan Formal Orang Asli
- Jurnal : Kanak-kanak Minoriti Orang Asli di Malays...
-
▼
January
(7)