SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 14, 2013

Persembahan Hari Anugerah






Pagi tadi, Cikgu Joe didatangi oleh murid-murid Tahun 6 Dinamik. Mereka menyatakan hasrat untuk membuat persembahan pada hari anugerah. Tapi masalahnya, masa tidak mencukupi kerana petangnya hari anugerah berlangsung. Cikgu Joe tidak tergamak untuk membuat mereka kecewa, jadi cikgu joe mencadangan persembahan Pantomen sahaja agar mereka mudah untuk membuat latihan dan tidak memerlukan latihan yang lama.




Wednesday, November 6, 2013

Kenangan semasa di Maktab



Bulan November yang merupakan akhir semester sinonim dengan minggu peperiksaan. Cikgu Joe teringat masa di IPG Kampus Sultan Mizan dahulu. Cikgu Joe ada kumpulan belajar untuk mentelaah matapelajaran bersama-sama. Selalunya kami akan mulakan belajar pada 3 atau 2 minggu sebelum peperiksaan. Tujuan kumpulan ini adalah untuk mengulangkaji subjek peperiksaan. Kumpulan ini terdiri daripada Cikgu Joe sendiri, Cikgu Amar, Cikgu Nabil dan Cikgu Husaini.

Konsep kumpulan belajar ini tidak tertumpu kepada soalan ramalan mahupun latihan menjawab soalan peperiksaan, tetapi mempunyai konsep tersendiri. Setiap ahli kumpulan diberikan subjek kepakaran dan tugas khas. Bagi subjek Kepakaran ialah, setiap ahli diberikan subjek yang berbeza untuk mereka kusai dan mereka akan menjadi pakar rujuk kepada masalah sekirannya ada. Kemudian setiap ahli akan menjadi pensyarah untuk mengajar semua topik dari bab pertama hingga akhir. Kemudian barulah  contoh soalan dan soalan ramalan dibincangkan bersama. Untuk tugas khas pula ialah tugasan yang diberikan untuk melancarkan program belajar ini, sebagai contoh tugas untuk menyediakan tempat belajar, kudapan, mendapatkan soalan-soalan ramalan dan lain-lain lagi. Jadi diakhir kami boleh menguasai sesuatu subjek dengan mudah dan menyeronokan secara tersusun dan tertib.






Import data SMM dan APDM ke SPS

Cara mudah import data APDM dan SMM ke SPS ini adalah idea daripada Cikgu Azharul. Blog ini hanya menyusun mengikut turutan bergambar agar memudahkan guru data membuat pemindahan data ini.



*klik gambar untuk paparan yang lebih jelas





Tukar D6(darjah 6) ke D5(darjah 5) atau D4(darjah 4) atau D3(darjah 3) atau D2(darjah 2) atau D1(darjah 1) .Copy dan Paste dan code ini.

SELECT TMurid.NoKP, TMurid.KodSek, TMurid.Nama, TMurid.Tkhlahir, TMurid.Alamat, TMurid.Poskod, TMurid.KodNegeri, TMurid.NoTelBimbitMurid, TMurid.[KodTingkatan/Tahun], TMurid.NamaKelas, TMurid.KodJantina, TMurid.KodKaum, TMurid.KodStatusKewarganegaraan, TMurid.KodNegaraAsal, TMurid.KodAgama, TMurid.JarakKeSekolah, TMurid.StatusYatim, TMurid.KodPenjaga, TMurid.StatusSAR, TMurid.KodKhidmat1, TMurid.KodKhidmat2, TMurid.NoSijilLahir, TMurid.Tanggungan, TMurid.TkhMasukSekolah
FROM TMurid
WHERE (((TMurid.[KodTingkatan/Tahun])="D6"))
ORDER BY TMurid.Nama, TMurid.[KodTingkatan/Tahun], TMurid.NamaKelas;











Download Maklumat murid.csv
DARJAH 3
DARJAH 2
PRASEKOLAH
DARJAH 4
DARJAH 1
DARJAH 5
DARJAH 6

NOTA : PASTIKAN 'FORMLEVEL' DAN 'TOLEVELCODE' Pada MaklumatMurid.CSV tidak diubah. cuma perlu copy dan paste.






------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEKARANG TUGAS GURU KELAS UNTUK MEMINDAHKAN MURID KE KELAS MASING-MASING DAN MENAMBAH MAKLUMAT MURID YANG TIDAK LENGKAP.










Monday, November 4, 2013

Sejarah Maktab Kirkby

Hari ini terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan di seluruh Malaysia, tapi tahukah kita dimanakah terletaknya Maktab Kirkby?. Cuba tanya kepada warga pendidik generasi baru, adakah mereka mengenali Maktab Kirby?. Sudah pasti ramai tidak mengetahuinya dan sekiranya tahu sekalipun, mereka tidak mengenali secara terperinci Maktab Kirkby.



Sebenarnya Maktab Kirby beroperasi di Kirkby, Liverpool England. Maktab Kirkby atau The Malayan Teacher's Training College Kirkby Liverpool, England merupakan maktab pertama yang beroperasi diluar Malaya dan ini merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik kerana ia merupakan maktab negara asing yang dibenarkan beroperasi di England. Maktab ini hanya bertahan selama 11 tahun (1951-1962) kerana Kerajaan British  mengambil semula tapak maktab ini setelah kontrak maktab ini berakhir.

Tapak maktab ini sebenarnya adalah bekas kem tentera British dan apabila bertukar fungsi sebagai maktab,susun atur maktab ini seakan kem tentera menyebabkan guru pelatih yang mendaftarkan diri di Maktab Kirkby pada masa itu tergamam. Ini kerana pada awal pemikiran mereka, bangunan dan suasana maktab ini sama seperti institusi pendidikan yang lain di England.




Maktab ini juga merupakan Maktab Bahasa Inggeris pertama Malaya dan tujuan penubuhannya adalah untuk menghasilakan guru bahasa inggeris yang berkualiti untuk sekolah-sekolah di Malaya. Maktab Kirkby mendapat bantuan kepakaran daripada Institute of Education, University of Liverpool dimana kurikulum dan kokurikulum maktab ini digubal khas untuk guru Malaya menggunakan silibus moden. Guru pelatih juga diberikan latihan peraktikum di sekolah inggeris sekitar Liverpool.

Perpaduan rakyat Malaya pada masa itu mula terbentuk dikalangan guru pelatih Kirkby kerana pada waktu itu mereka mula mengenali perbezaan antara mereka kerana bukan sahaja pelajar berkuturunan melayu, tetapi  pelajar berketurunan india dan cina juga diambil mengikuti kursus yang ditawarkan. Di situ mereka mula mewujudkan Bangsa Malaya dihati mereka, hubungan mereka semakin akrab dan perayaan disambut bersama-sama tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.






Di sini jugalah Almarhum Tunku Abdul Rahman telah mengistiharkan bahawa Malaya akan merdeka. pengumuman ini dibuat semasa lawatan Tunku ke Maktab Kirkby setelah proses rundingan kemerdekaan telah berjaya mendapat persetujuan kerajaan British untuk memperolehi kemerdekaan




Walaupun Maktab Kirkby beroperasi selama 11 tahun tetapi banyak memori terpahat dalah hati 1500 guru pelatih dan 405 tenaga pengajar yang pernah terlibat dalam lipatan sejarah Maktab Kirby. 



Anda mungkin juga meminati:

Mendidik untuk diherdik

Guru tugasnya mendidik anak didik untuk menjadi manusia yang berpendidikan, tapi adakah kita mampu mendidik dengan baik sekirannya kita hanya mengajar 'content knowledge' tanpa mendidik jati diri dan sifat peribadi mereka. Kalau dulu kita lihat banyak tokoh-tokoh yang hebat dihasilkan sehingga menjadi ikon kepada negara hari ini, semuannya berpunca dari seorang guru biasa. Bila ditanya bagaimanakah kehebatan guru itu sehingga menghasilkan modal insan yang cemerlang ? tentu jawapannya adalah seorang guru berwajah bengis yang senjatanya merupakan sebatang kapur dan rotan. Silap sikit, maka rotan itu akan dijamah. Bila salah sikit, maka lempangan kerasnya hinggap di pipi. Itu cikgu dahulu yang tugasnya untuk mendidik, mendidik untuk jadi insan yang terdidik. 

Cikgu pada hari ini tugasnya hanya mengajar apa yang ada dalam sukatan, memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan. Jika ada tingkahlaku dan peribadi yang buruk, maka guru hanya mampu untuk menegur dan memberikan nasihat. Tidak lebih dari itu. Murid sekarang tidak boleh diusik, kerana ibubapa mereka terlebih intelek. Walau niat kita hanya untuk mendidik, kita tetap akan diherdik. Itulah dilema guru, antara tanggungjawab dan budaya. Kalau kita biarkan, penyakit akan melular. Kalau kita ubati, takut memakan diri. jadi, apa seharusnya kita lakukan?


KEDAP 2013 Melabuhkan Tirai








Hampir 6 bulan program KEDAP ini berlangsung, Pelbagai aktivi telah dilaksanakan. Cikgu Joe beruntung kerana mendapat peserta program yang begitu komited dan rajin berusaha. Aktiviti yang Cikgu Joe jalankan diikuti dengan baik oleh peserta.

Apa yang Cikgu Joe lihat, ibubapa yang merupakan peserta program ini menunjukkan minat yang tinggi dengan ilmu. Aktiviti baru terutamannya menyebabkan mereka begitu bersemangat dan aktif menjalankannya.

Pada kali ini, Cikgu Joe menggunakan kaedah yang lebih santai dan dewasa semasa PDP dijalankan. Peserta akan teroka, bertukar pendapat dan membuat kesimpulan terhadap semua aktiviti. Peserta bebas untuk mengkritik dan melontarkan pandangan supaya pembelajaran lebih terangsang dan menyeronokan/
Semua aktiviti ini Cikgu Joe rangkumkan pada video ini.


IKRAR GURU

IKRAR GURU