Guru tugasnya mendidik anak didik untuk menjadi manusia yang berpendidikan, tapi adakah kita mampu mendidik dengan baik sekirannya kita hanya mengajar 'content knowledge' tanpa mendidik jati diri dan sifat peribadi mereka. Kalau dulu kita lihat banyak tokoh-tokoh yang hebat dihasilkan sehingga menjadi ikon kepada negara hari ini, semuannya berpunca dari seorang guru biasa. Bila ditanya bagaimanakah kehebatan guru itu sehingga menghasilkan modal insan yang cemerlang ? tentu jawapannya adalah seorang guru berwajah bengis yang senjatanya merupakan sebatang kapur dan rotan. Silap sikit, maka rotan itu akan dijamah. Bila salah sikit, maka lempangan kerasnya hinggap di pipi. Itu cikgu dahulu yang tugasnya untuk mendidik, mendidik untuk jadi insan yang terdidik.
Cikgu pada hari ini tugasnya hanya mengajar apa yang ada dalam sukatan, memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan. Jika ada tingkahlaku dan peribadi yang buruk, maka guru hanya mampu untuk menegur dan memberikan nasihat. Tidak lebih dari itu. Murid sekarang tidak boleh diusik, kerana ibubapa mereka terlebih intelek. Walau niat kita hanya untuk mendidik, kita tetap akan diherdik. Itulah dilema guru, antara tanggungjawab dan budaya. Kalau kita biarkan, penyakit akan melular. Kalau kita ubati, takut memakan diri. jadi, apa seharusnya kita lakukan?
0 comments:
Post a Comment