SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 26, 2013

Betulkan Darjah atau Tahun Persekolahan.



Sebelum ini kita telah Import Data APDM dan SMM ke SPS, tetapi Cikgu Joe selalu mendapat maklum balas mereka tersalah memasukan murid pada tahun yang salah dan tidak dapat untuk membetulkan kesilapan ini. Sebagai contoh murid a merupakan murid tahun 3 untuk sesi 2013, tetapi guru terpindahkan murid a ke tahun 5. Jadi disini Cikgu Joe telah meminta bantuan Cikgu Azharul, dan penyelesaian ini telah diberikan.

klik : Betulkan Darjah atau Tahun Persekolahan.

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2014

26 DIS - Pendaftaran murid tahun 1 dan prasekolah untuk sesi 2014 telah berlangsung. Pada hari pertama ini kelihatan wajah mereka penuh semangat untuk memulakan pembelajaran baru. Majlis pendaftaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibu Samaha Al-Fadil Al Ustaz Hisan. Kemudian di ikuti dengan taklimat oleh PK Hem dan PK Pentadbiran kepada ibubapa yang hadir.


















Monday, December 2, 2013

Kemudahan Asas Sekolah Orang Asli

    Bila kita dengar sekolah asli atau di pendalaman, terbayang keadaan sekolah yang uzur dengan jalan ke sekolah itu yang mencabar serta tiada kemudahan asas. Di sekolah cikgu, semuanya lengkap dan jalannya juga cantik walaupun jauh ke dalam. Masalah utama di sekolah cikgu adalah masalah air dirawat. Di sekolah ini kami hanya bergantung pada air bukit yang di bina kolam kecil untuk mengumpul air sebelum disalurkan ke tangki sekolah. Masalah akan timbul apabila tiba musim kering atau juga musim hujan. 

    Musim kering menyebabkan air menjadi sedikit dan kemudahan adalah terhad, dan lebih-lebih lagi, kolam yang dibina untuk sekolah telah disambungkan paip ke kebun berdekatan (daripada kata-kata pekerja awal di sekolah berkenaan,kolam itu hanya untuk kegunaan sekolah sahaja. Malangnya ada sambungan dari pihak lain menyebabkan gangguan kepada bekalan air di sekolah. bayangkan 517 murid, 30 orang guru, 3 pembantu tadbir, 2 pembantu  pengurusan murid, 7 pekerja swasta, 2 pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja kantin berkongsi kolam tadahan air yang kecil bersama-sama pekebun yang menyiram air untuk beribu-ribu tanamannya.). Apabila musim hujan pula, pasir-pasir dan keladak akan masuk ke dalam tangki menyebabkan saluran air akan tersumbat. 

    Ini memerlukan kami sentiasa melihat dan menguruskan saluran paip ini. Menjadi rutin di sini, dalam lima hari persekolahan akan berlaku 2-3 hari masalah tiada air dan jika keadaan ini berlaku, kami perlu memanjat bukit dan melihat masalah yang berlaku. Ada sekali sewaktu pengawal keselamatan bersama-sama meninjau keadaan kolam, terdapat seekor ular sawa yang telah mati di kolam tersebut. Itulah pengalaman cikgu di sekolah asli ini, mencabar dan menyeronokkan.









Matematik tahun 1 : Jam

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Murid Orang Asli ini tidak jauh berbeza dengan murid biasa. PdP Murid Orang Asli memerlukan banyak aktiviti berbentuk 'hans-on' yang mana suntikan muzik dan permainan yang menghiburkan adalah adunan terbaik untuk memastikan PdP kali ini mendapat sambutan dan memberikan murid kefahaman.

Topik pembelajaran hari ini adalah 'jam' iaitu waktu dan masa. Murid perlu mengenali nombor-nombor, konsep jam dan cara membaca jam. Setelah murid diperkenalkan dengan itu semua, aktiviti berikutnya adalah untuk mengaplikasi maklumat yang diperolehi sebentar tadi.

Aktiviti kali ini seakan permanan 'pikul berapa datuk harimau' tetapi ada beberapa yang telah diubah. Seorang akan dipilih menjadi Datuk Harimau manakala murid yang lain akan menjadi Anak Harimau. Datuk harimau akan memegang jam yang besar, di mana Datuk Harimau memutarkan jam mengikut kesukaannya dan soalan akan diberikan 'Pukul berapa anak harimau' , Anak Harimau yang dihadapan sekali akan menjawab berdasarkan jam yang diputar. Anak Harimau yang tidak menjawab dengan betul akan di ambil menjadi anak angkat Datuk Harimau. Setelah semua Anak Harimau ditanya, murid akan berlawan menarik tangan antara kumpulan Datuk Harimau dan Anak Harimau. Mana-mana kumpulan yang boleh menarik kumpulan lawan akan disahkan menjadi pemenanng.







IKRAR GURU

IKRAR GURU