Bila kita dengar sekolah asli atau di pendalaman, terbayang keadaan sekolah yang uzur dengan jalan ke sekolah itu yang mencabar serta tiada kemudahan asas. Di sekolah cikgu, semuanya lengkap dan jalannya juga cantik walaupun jauh ke dalam. Masalah utama di sekolah cikgu adalah masalah air dirawat. Di sekolah ini kami hanya bergantung pada air bukit yang di bina kolam kecil untuk mengumpul air sebelum disalurkan ke tangki sekolah. Masalah akan timbul apabila tiba musim kering atau juga musim hujan.
Musim kering menyebabkan air menjadi sedikit dan kemudahan adalah terhad, dan lebih-lebih lagi, kolam yang dibina untuk sekolah telah disambungkan paip ke kebun berdekatan (daripada kata-kata pekerja awal di sekolah berkenaan,kolam itu hanya untuk kegunaan sekolah sahaja. Malangnya ada sambungan dari pihak lain menyebabkan gangguan kepada bekalan air di sekolah. bayangkan 517 murid, 30 orang guru, 3 pembantu tadbir, 2 pembantu pengurusan murid, 7 pekerja swasta, 2 pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja kantin berkongsi kolam tadahan air yang kecil bersama-sama pekebun yang menyiram air untuk beribu-ribu tanamannya.). Apabila musim hujan pula, pasir-pasir dan keladak akan masuk ke dalam tangki menyebabkan saluran air akan tersumbat.
Ini memerlukan kami sentiasa melihat dan menguruskan saluran paip ini. Menjadi rutin di sini, dalam lima hari persekolahan akan berlaku 2-3 hari masalah tiada air dan jika keadaan ini berlaku, kami perlu memanjat bukit dan melihat masalah yang berlaku. Ada sekali sewaktu pengawal keselamatan bersama-sama meninjau keadaan kolam, terdapat seekor ular sawa yang telah mati di kolam tersebut. Itulah pengalaman cikgu di sekolah asli ini, mencabar dan menyeronokkan.
0 comments:
Post a Comment