PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Sunday, January 26, 2014
P. Moral Tahun 1 : Baik Hati. (Menolong ahli keluarga) Kaedah Main Peranan/Simulasi.
Hari ini Cikgu Joe menggunakan pendekatan lakonan/simulasi/main peranan untuk anak-anak Cikgu Joe ni. Telah bosan menggunakan ICT dan permainan, kali ini lakonan diserikan dengan 'prop' untuk memberi daya penarik kepada PDP ini.. Murid dipilih secara paksa rela supaya mereka ada keyakinan diri, kemudian apabila rakan mereka sudah berlakon maka yang lain turut menawarkan diri untuk berlakon.
gaya macik-makcik zaman 30an
yang ini ambil gaya awang kelantan.
gaya tudung Hana Tajima
gaya tudung Fareedah
situasi : melihat ibu yang sedang letih.
situasi : melihat ibu sedang menyapu sampah
situasi : Ayah pulang dari kerja.
situasi : melihat ibu mengangkat barang yang banyak setelah pulang dari pasar.
Saturday, January 25, 2014
Upacara Nikah dan kahwin Orang Asli Temuan di Bukit Putus
Sememangnya perkhawinan adalah majlis yang menyatukan dua insan untuk hidup bersama. Bagi masyarakat Orang Asli suku Temuan, adat perkhawinanan mereka ada mirip kepada perkhawinan Orang Melayu. Di mulakan dengan membayar dan memberi hadiah kepada tok batin atas 'kesalahan' pengantin lelaki dan perempuan. Kemudian sirih dan pinang diberikan kepada tetamu yang hadir. Jurunikah seterusnya menikahkan pasangan mempelai tersebut. Upacara menyuap nasi, sireh dan rokok daun antara pengantin sebelum diberikan nasihat perkhawinan oleh orang-orang tua.
Thursday, January 23, 2014
Bantual Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2014
23 Jan - Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan kali ini telah dilakukan pada hari ini. Semua ibubapa di minta untuk hadir mengambil bantuan khas ini. Hari ini sekolah agak sesak dengan kehadiran ibubapa. Selama 1 jam diperlukan masa untuk memberikan kepada semua ibubapa. Terima kasih kepada semua guru yang membantu.
Sunday, January 19, 2014
Pendidikan Moral Tahun 1, Murid dibimbing untuk.... 2.1 Membantu Keluarga
Standard Kandungan:
Murid dibimbing untuk
2.1
Membantu Keluarga
Standard pembelajaran
: Murid berupaya untuk :-
2.1.1:
Menceritakan sifat baik hati yang ada pada
diri.
2.1.2:
Menyenaraikan cara membantu Keluarga
2.1.4 :
Menghulurkan bantuan kepada ahli
keluarga
|
Matematik tahun 1 : Nombor bulat sehingga 100 :Murid dibimbing untuk 1.4 Melengkapkan sebarang rangkaian nombor.
Bidang /Tajuk :
Nombor bulat sehingga 100
Standard Kandungan:
Murid dibimbing untuk
1.4
Melengkapkan sebarang rangkaian nombor.
Standard
pembelajaran : Murid berupaya untuk :-
1.4
(i) Membilang nombor dalam lingkungan
100 secara
a. satu-satu
|
Friday, January 10, 2014
Kena Ganti Mengajar Prasekolah
10 Jan - Hari ini Cikgu Joe ditugaskan untuk mengajar Prasekolah Kreatif. Sememangnya Cikgu Joe memang minat mengajar murid prasekolah. Pada tahun 2012, Cikgu Joe diberi tanggungjawab untuk mengajar prasekolah selama 3 bulan kerana mengantikan guru prasekolah yang sedia ada. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hari ini bermacam aktiviti perlu dilakukan. Menyanyi, menari, melukis dan mewarna. Apa yang menarik, semasa sedang asyik melayan karena mereka melukis, tiba-tiba Cikgu Joe terdengar beberapa orang murid menyanyi lagu OST 'Playboy itu suami aku' kalau tak silap. Kecil-kecil dah pandai jiwang,.
Monday, January 6, 2014
Perhimpunan pertama 2014
6 Jan - Perhimpunan yang pertama untuk tahun 2014 ini. kali ini enroment murid untuk tahun ini ialah 454 untuk arus perdana dan 39 untuk prasekolah. Tahun ini guru lelaki dilihat semakin ramai berbanding 5 orang sebelum ini. Sekolah Cikgu Joe ini seramai 33 tenaga guru, 7 daripadannya adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. 2 orang PPM, 2 orang PT, 1 orang PA.
Thursday, January 2, 2014
Hari Pertama Persekolahan 2014
Hari pertama persekolah pada tahun ini jatuh pada hari khamis 2 Januari 2014. Pada hari pertama ini Cikgu Joe ditugaskan untuk memasang PA sistem di tapak kemudia. Kemudian, Cikgu Joe tunggu di pagar sekolah untuk melaksanakan program 'Guru Penyayang'. Pada hari pertama ini, sekolah Cikgu Joe telah menerima lawatan dari Jamaah Nazir. Jantung berdegup kencang mendengan perkhabaran ini, tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Jamaah Nazir berpuas hati dengan perjalanan hari pertama persekolahan kali ini.
Jamaah Nazir membuat pemantauan.
masa terluang selepas membuat latihan diisi dengan menulis nama pada buku-buku baru mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IKRAR GURU
Senarai Arkib
-
▼
2014
(37)
-
▼
January
(8)
- P. Moral Tahun 1 : Baik Hati. (Menolong ahli kelua...
- Upacara Nikah dan kahwin Orang Asli Temuan di Buki...
- Bantual Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2014
- Pendidikan Moral Tahun 1, Murid dibimbing untuk......
- Matematik tahun 1 : Nombor bulat sehingga 100 :Mur...
- Kena Ganti Mengajar Prasekolah
- Perhimpunan pertama 2014
- Hari Pertama Persekolahan 2014
-
▼
January
(8)