10 Jan - Hari ini Cikgu Joe ditugaskan untuk mengajar Prasekolah Kreatif. Sememangnya Cikgu Joe memang minat mengajar murid prasekolah. Pada tahun 2012, Cikgu Joe diberi tanggungjawab untuk mengajar prasekolah selama 3 bulan kerana mengantikan guru prasekolah yang sedia ada. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hari ini bermacam aktiviti perlu dilakukan. Menyanyi, menari, melukis dan mewarna. Apa yang menarik, semasa sedang asyik melayan karena mereka melukis, tiba-tiba Cikgu Joe terdengar beberapa orang murid menyanyi lagu OST 'Playboy itu suami aku' kalau tak silap. Kecil-kecil dah pandai jiwang,.
0 comments:
Post a Comment