Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 17, 2014

Antara Teori, Pengalaman dan Istilah

      Di dalam sebuah kelas pengajian Ijazah Sarjana Cikgu Joe, Cikgu Joe membentangkan modul pengajaran yang Cikgu Joe bina untuk murid Orang Asli. Modul dibina atas pengalaman Cikgu Joe mengajar anak-anak istimewa ini. Perkataan "lemah" digunakan merujuk kepada prestasi anak-anak Cikgu Joe ini. Lemah bukan berarti bodoh, tapi kekurangan yang perlu diatasi. Sudah tentu apabila anak-anak ini lemah, maka sebagai guru satu kaedah atau pendekatan perlu dilaksanakan bagi memastikan mereka boleh menguasai isi kandungan yang dipelajari.  Selesai pembentangan, beberapa modul lagi dibentang dan berlaku perbincangan terhadap modul-modul yang dibentangkan. Modul pembentangan berkenaan kaedah cepat belajar sifir menarik minat Cikgu Joe. Terdapat perdebatan dari segi kaedah 'hafal' dengan kaedah cepat belajar sifir yang menggunakan teknik kiraan untuk mereka belajar mengira sifir dan secara tidak langsung mereka belajar menghafal sifir. Berbeza dengan teknik hafalan yang hanya menghafal nombor semata-mata. Perdebatan timbul bila seorang pelajar master yang merasakan kaedah cepat belajar sifir ini tidak bagus kerana kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, apabila dua sampel kumpulan murid secara rawak dibuat dengan satu kumpulan menggunakan kaedah hafalan dan satu kumpulan lagi menggunakan kaedah seumpama 'kaedah cepat belajar sifir ' ini mendapati murid yang menggunakan kaedah hafalan mencatatkan keputusan yang baik dengan masa yang cepat menyelesaikan soalan berbanding kumpulan yang satu lagi. Ini menyebabkan pelajar itu membuat kesimpulan 'kaedah cepat belajar sifir ' tidak bagus untuk dilaksanakan.


     Hujah pelajar itu Cikgu Joe teliti kerana pelajar itu mungkin terlepas beberapa isi penting yang disampaikan oleh pembentang tadi kerana pada awal pembentangan, istilah murid lemah atau murid istimewa telah digunakan oleh pembentang untuk menjadi sebab kaedah ini dipilih. Bila 'lemah atau 'istimewa' ini digunakan, sudah tentu mereka akan cenderung mudah lupa, tidak dapat memahami konsep, dan lain-lain lagi. Sudah tentu bila murid itu mudah lupa kaedah 'hafal' adalah sesuatu yang mustahil atau tidak sesuai. Hujah pelajar itu dipatahkan pembentang. Cikgu Joe yang terasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman kerana Cikgu Joe ada pengalaman mengajar di Sekolah Murid Orang Asli yang teramai di Malaysia. Murid-murid di Cikgu Joe adalah lemah(kebanyakkannya) dan Cikgu Joe merasakan kaedah yang dibentangkan ini sesuatu yang bagus dan rasannya anak-anak Cikgu Joe boleh melaksanakan. Lebih-lebih lagi ini tidak langsung membantu mereka menghafal. Cikgu Joe analogikan sebagai dua buah kereta iaitu Farrari (hafalan) dan kancil(kaedah cepat belajar sifir ) yang hendak menuju ke destinasi yang sama. Apabila kita mampu(pandai) sudah tentu kita boleh memiliki Ferrari(hafal) yang laju dan cepat sampai ke destinasi. Jika kita tidak mampu (lemah) maka kancil(kaedah cepat belajar sifir ) itu sudah cukup dan boleh digunakan untuk sampai ke destinasi yang sama. Mungkin perkataan 'murid Orang Asli Lemah' menyebabkan Profesor kuliah Cikgu Joe itu menyatakan  kita perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan 'murid Orang Asli Lemah' kerana itu satu persepsi yang boleh menguris hati Orang Asli (Cikgu Joe menterjemahkan dialog Prof dengan apa yang Cikgu Joe faham kerana kata-katanya terlalu panjang untuk dinukilkan). Beliau mengambil contoh seperti bagaimana Orang Putih mengelar orang-orang india itu dengan persepsi yang negetif melalui tulisan-tulisan penjajah yang masih tersimpan di perpustakaan universiti terkemuka dunia sedangkan seperti yang kita tahu india antara orang-orang yang hebat dan pandai juga. Bagitulah yang hendak beliau kaitkan dengan penggunaan istilah 'murid Orang Asli Lemah'.


       Cikgu Joe rasa mungkin beliau ada silap faham terhadap kenyataan Cikgu Joe. Cikgu Joe bangkit membetulkan kekeliruan ini. Bagi Cikgu Joe, bila kita mengatakan murid sekolah saya lemah dan kaedah ini sesuai, bukan merujuk kepada keseluruhan murid tetapi fokusnya adalah murid-murid yang mengalami masalah untuk mendapatkan pembelajaran dalam kelas serta perlu di atasi. Bila Cikgu Joe mengatakan 'murid Orang Asli lemah dan perlu menggunakan kaedah yang berbeza' itu juga bukan bermakna kita menghinanya, tetapi sebagai isyarat kepada guru-guru bahawa guru-guru perlu kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya hasil pembelajaran tercapai dan murid tidak terkapai-kapai. Beliau melanjutkan pandangannya bahawa teori pembelajaran, semua murid atau anak-anak itu sama dalam memperolehi ilmu (melainkan mereka yang berkeperluan khas), jadi tiada sebab untuk kita mengatakan mereka lemah. Itu Cikgu Joe setuju tetapi dari perbincangan dengan Dr Ramlah bt Jantan, murid Orang Asli ini boleh diketegorikan sebagai murid berkeperluan khas kerana kebanyakkan 'mereka lambat untuk mengingat dan cepat lupa' dan kajian yang dilakukan UPM baru-baru ini yang mengambil sampel najis murid-murid sekolah Cikgu Joe bagi mengkaji pemakanan dan kesanya terhadap murid. Melalui pengalaman Cikgu Joe sendiri memang mengalami kesukar untuk mengajar mereka. Cikgu-cikgu di sekolah asli memerlukan kerja 200%  untuk anak-anak ini.  Cikgu Joe mengambil masa dua bulan lebih untuk memastikan mereka menguasai topik tambah sahaja, dan hasilnya atas usaha Cikgu Joe yang 200% membuatkan Cikgu Joe bahagia dengan pencapaian mereka(rujuk gambar di bawah)


Ye.. Betul kata Prof yang semua murid atau anak-anak itu sama dalam memperolehi ilmu tetapi istilah 'lemah' itu sahaja yang Cikgu Joe pertahankan. Disebabkan 'lemah' lah Cikgu Joe berusaha menggunakan pelbagai pendekatan hampir dua bulan lebih untuk memastikan mereka ini dapat sama dengan murid-murid sekolah lain. Bila guru berbincang dan istilah lemah ini digunakan, ini bukan berarti guru menghina anak murid tetapi perbincangan dan perkongsian ilmu dikalangan guru dalam memastikan anak-anak ini berjaya. Banyak faktor yang menyebabkan anak-anak ini lemah antaranya disebabkan demografi(kawasan tempat tinggal), latar belakang pendidikan ibubapa, pemakanan, sikap, kaedah pengajaran guru dan banyak lagi. Bila kita tahu faktor-faktor ini menyebabkan mereka lemah, peranan guru hanya sebagai guru dan bidang kuasa guru bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan. Sudah tentu proses PdP adalah senjata guru bagi merungkai kemelut ini. Ada rakan sekuliah Cikgu Joe yang berkongsi pengalaman rakan gurunya yang mengajar orang asli. Katanya faktor bahasa adalah penyumbang kepada masalah pembelajaran ini. Guru perlu menguasai bahasa mereka untuk anak-anak ini memahami pengajaran ini. Ya, Cikgu Joe setuju. Cikgu Joe teringat kata-kata pensyarah Cikgu Joe semasa di IPG. Waktu beliau melontarkan pandangan kepada Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu Almarhum Dato Razali Ismail, katanya 
"kalau kita nak mengajar murid asli, kita perlu mengusai bahasa mereka supaya mereka memahami pengajaran yang hendak kita sampaikan. Bagitu juga PPSMI, Jika kita hendak mengajar Matematik dan Sains pada anak-anak di sekolah kita perlu menggunakan bahasa yang mereka faham iaitu Bahasa Melayu"
Bahasa itu penting dan di sekolah Cikgu Joe, bahasa bukanlah masalah kerana mereka amat menguasai Bahasa Melayu jika ada pon hanya seorang dua yang tidak memahami dan Cikgu Joe ada kaedah bagi mereka ini. Melihat Prof yang tetap dengan pandangannya maka Cikgu Joe angguk bersetuju dengan pandangannya akhirnya Cikgu Joe membuat kesimpulan sebenarnya masalahnya bukan pada teori atau praktikal tetapi pada istilah yang perlu kita berhati-hati. Dengan menghormati kesarjanaan Prof  yang mengajar Cikgu Joe, kita sebagai guru tidak perlu memberi persepsi kepada murid tetapi menjadikan aspriasi bagi memajukan anak-anak kita ini. Guru Pencetus Kretiviti, Penjana Inovasi.

Teori dan Praktikal...
Orang boleh berkata apa teori yang mereka mahu.
Tapi mereka tidak tentu dapat praktikan teori itu...
orang yang mendapat ilmu dari bacaan berbeza
dengan orang yang mendapat ilmu dengan pengalaman

tetapi orang yang mendapat ilmu dari bacaan dan mendapatkan pengalaman untuk membandingkan bacaan mampu melihat realiti dan praktiknya.




kaedah cepat belajar sifir

0 comments:

Post a Comment

IKRAR GURU

IKRAR GURU