Alhamdulillah, hampir satu tahun Cikgu Joe berpindah ke sekolah baru ini iaitu SK Pos Musoh Lz. Hampir satu tahun juga Cikgu Joe tidak mencoretkan apa-apa dalam blog ini. Mungkin penat atau terlalu sibuk dengan rutin baru di sekolah baru, lebih-lebih lagi di kawasan perumahan baru ini tidak dilengkapi dengan kemudahan capaian jalur lebar. Apa yang hendak dikongsikan pada kali ini? terlalu banyak untuk di kongsikan, tetapi Cikgu Joe hanya mampu melakarkan beberapa peristiwa yang besar dalam hidup cikgu joe sepanjang satu tahun menyepikan diri.
1. Cikgu Joe sudah ada Master ( Ijazah Sarjana Pendidikan Sekolah Rendah )
Alhamdulillah... Cikgu joe sudah berjaya mendapat segulung ijazah sarjana pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 24 Oktober 2017 yang lalu. Bersyukur sangat apabila tiga tahun berhempas pulas belajar sambil bekerja terbalas dengan berita gembira ini. Insyallah, Cikgu Joe dalam proses membuat kertas cadangan untuk Ijazah Kedoktoran ( Phd ) dan akan menyambung kedoktoran ini dalam masa terdekat.
2. Rumah Baru Cikgu Joe
Alhamdulillah... sekarang Cikgu Joe telah memiliki rumah sendiri di Tapah, tak perlu lagi menyewa. Ini merupakan rumah kedua Cikgu Joe. Rumah pertama terletak di kampung, Tangkak Johor. Rumah itu cikgu dirikan untuk mak Cikgu Joe sebab itu janji Cikgu Joe pada diri sendiri semasa kecil lagi. Cikgu Joe nak buatkan rumah untuk emak. Alhamdulillah, pada tahun 2013 tercapai juga hasrat Cikgu Joe. Rumah kedua pula, Cikgu Joe beli untuk membina keluarga bersama bakal isteri Cikgu Joe. Insyallah.. bakal itu dalam proses, kalau ada...ada, kalau tak ada.. tak ada. Buat masa ini Rumah yang memiliki 3 bilik ini Cikgu Joe sewakan dua biliknya kepada teman serumah iaitu seorang pegawai pejabat pusat Zakat Perak dan seorang Doktor dari UITM Tapah. Hasil sewa bilik itu bolehlah dijadikan simpanan untuk hari muka. hehehe..
3. Cikgu Joe selalu kemalangan di sekolah baru.
Perjalanan ke sekolah mengambil masa 45 minit dari jalan besar di Batu 8. Sekolah baru Cikgu Joe mendapat status P2 yang melayakkan diberikan Elaun Bantuan Hidup Susah sebanyak RM1000. Beberapa kali berlaku kemalangan dan 3 minggu akhir sesi persekolahan kali ini menyaksikan dua kemalangan berturut-turut. Besar juga cabarannya mengajar di pedalaman ini. Alhamdulillah, keadaan Cikgu Joe beransur pulih.
0 comments:
Post a Comment