25 Ogos 2019, Hari Pertama - Program hari ini hanya melibatkan perjalanan ke SK Pos Musoh LZ (SKPMLZ) dan persiapan tempat. Beberapa pertemuan diadakan setibanya di SKPMLZ bagi membincangkan perjalanan program dan persiapan tempat untuk program-program yang berasingan.
26 Ogos 2019, Hari Kedua - Program pada hari kedua dimulakan dengan sarapan dan senaman bersama pelajar. Program ini dikendalikan oleh kakitangan RTM. Usai program senaman, Murid menyertai Bengkel Kreatif yang dikendalikan oleh Shaq Koyok. "Shaq Orait You Okay" merupakan tajuk bengkel kali ini. Shaq Koyok adalah pelukis dari suku kaum Orang Asli. Beliau merupakan antara anak Orang Asli yang berjaya dalam bidangnya iaitu seni lukisan. Kemahiran beliau dalam menghasilkan seni lukisan yang baik, menyebabkan beliau sentiasa menerima jemputan dalam dan luar negara bagi menyampaikan 'talk'. Sudah tentu pencapaiannya boleh dijadikan batu azimat untuk murid-murid di sekolah ini berjaya. Pada bengkel ini Shaq Koyok mendedahkan beberapa teknik lukisan kepada murid. Teknik melakar, teknik mewarna dan bermacam lagi teknik selain berkongsi pengalamanya sebagai pelukis yang telah mencipta nama sehingga ke luar negara. Selain memberikan bengkel, Shaq Koyok juga menyumbangkan air tangannya pada satu mural di dinding sekolah. Teknik lukisan yang menarik menceriakan suasana sekolah.
Menjelang malam acara 'INSPIRASI SENI - NEGARAKU' mengambil tempat. Tanggal kemerdekaan yang semakin hampir menjadikan acara malam ini terasa kehangatannya. Majlis pembukaan dimulakan dengan tarian sewang dari murid-murid SKPMLZ yang dilatih oleh Puan Faridah. Bacaan Puisi, sajak, dan bacaan Cerpen Gurindam Kebangsaan menaikkan lagi semangat kemerdekaan. Guru Besar SKPMLZ juga turut serta mendeklamasikan sajak pada malam itu. Artis terkenal Orang Asli seperti kumpulan Jelmol dan AP turut serta menghagatkan program pada malam ini.
27 Ogos 2019, Hari Ketiga - Pada hari ketiga, program senaman dikendalikan oleh Kepten(B) Kamariza Bin Kimtai@Abdullah. Beliau merupakan bekas pesara tentera laut dengan pangkat terakhirnya sebagai Kepten. Beliau adalah contoh anak Orang Asli yang berjaya di negara kita. Beliau kini telah membukan Badan Perunding Motivasi yang memberikan motivasi kepada murid, agensi kerajaan dan swasta. Beliau menyertai program ini sebagai sukarelawan bagi memberikan sumbangan dan bantuan kepada anak bangsa. Kemahiran komunikasinya yang baik sudah tentu memberikan semangat kepada anak-anak sekolah ini untuk melakarkan satu lagi kejayaan dalam hidup mereka. Program bersama Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil tempat selepas selesai aktiviti senaman. Program ini diadakan di 4 tempat yang berbeza. Stasen satu di Surau diadakan aktiviti mewarna murid tahun satu, Stesen dua di Dewan A bagi acara Eja Betul, Stesen tiga di Dewan B bagi Acara teka silang kata manakala Stesen empat di tapak perhimpunan dengan acara Dam Ular. Pemenang-pemenang acara ini membawa pulang wang tunai sumbangan DBP dan penyerahanya dibuat selepas program berakhir.
Program diteruskan dengan Upacara Perasmian yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Tuan Haji Abdul Muis Bin Syafii. Tuan Haji Abdul Muis mengecat sedikit daripada karya Shaq Koyok sebagai gimik perasmian pada hari itu. Di sebelah petang pula, program diteruskan dengan acara sukaneka mersama penduduk kampung dan pada masa yang sama pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Gombak diadakan. Pada malamnya ceramah kesihatan oleh doktor dari Hospital Gombak di adakan sebelum diteruskan dengan program 'Inspirasi Seni Karaoke'.
28 Ogos 2019 - Hari akhir, Progam 'Bengkel Inovasi' adalam acara terakhir. Bengkel ini di sampaikan oleh Dr Velu Parumal ( Pensyarah UPM). Bengkel ini memberi pendedahan kepada murid cara mereka cipta produk yang terbaik berdasarkan teknik cantuman idea. Teknik ini memberikan murid idea untuk membina produk baru berdasarkan cantuman-cantuman idea sedia ada. Teknik ini membantu murid untuk mempelbagaikan hasil ciptaan mereka.
0 comments:
Post a Comment