Hampir 5 tahun setengah Cikgu Joe berada di bumi besut dan hari ini merupakan pertama kalinya Cikgu Joe beraya disini. Bukan tidak mahu untuk beraya bersama keluarga, tetapi memandangkan jadual exam yang agak dekat dengan perayaan ini menyebabkan Cikgu Joe membuat keputusan duduk di asrama sahaja sambil mentelaah pelajaran. Semalam, bila berkumandangnya takbir menyebut kekuasaan Allah s.w.t, hati mula menjadi hiba. Tiada lagi susana meriah pada hari ini. Lagu dendang perantau menjadi peneman diri. Pagi tadi seawal mungkin Cikgu Joe bangun untuk menjalankan rutin seorang muslim. Baju melayu warna meroon menjadi pilihan untuk solat Aidiladha, Solat Aidiladha dijalankan di Masjid Kampung Raja, Besut Terengganu. Cikgu Joe pergi bersama-sama Aleb dan Atif. Selesai saja solat Cikgu Joe pulang ke asrama. Tidak seperti selalu, bila balik sahaja dari solat mesti tersedia makanan yang lazat, kali ini hanya roti sebagai juada kami yang ter'lazat'.
Sedihkan? mungkin itu sama perasaan mereka yang tak bernasib baik, keluarga miskin, fakir dan mereka-mereka yang tidak dapat menyambut raya ini dengan sempurna. Hidangan ini Cikgu Joe nikmati bersama rakan junior Cikgu Joe iaitu Cikgu Ariffudin. Alhamdulillah, rupanya ada mereka yang bersimpati dengan kami, Kak Zurina dan Abang Khairul Nizam yang mempelawa kami menjamu juadah daging korban dan masakan kampung di rumahnya. Sungguh sedap, setidak-tidaknya dapat mengubat rindu pada mak dan keluarga
0 comments:
Post a Comment