SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 31, 2012

Rezeki itu Harus Bersyukur







Sudah Lama Encik Joe berhajat nak menceritakan pengalaman pertama Encik Joe semasa pertandingan Fotografi Wajah-wajah 1 Malaysia peringkat IPT 2011. Alhamdulillah dalam pertandingan itu Encik Joe berjaya memenangi tempat kedua dan membawa pulang RM 3000.00 sebagai hadiah kemenangan. Penyampaian hadiah berlangsung di UPNM, dan pada malam itu juga berlangsung Pertandingan Puisi MAKUM IPT. 






Waktu itu seronok sangat kerana Encik Joe dihidangkan dengan alunan puisi yang mengetar jiwa ini. Dan yang paling seronok bila dapat berbual dan bertemu dengan Prof Dr Wan Mahzam bt Ahmad Shah yang merupakan Timbalan Censelor UPNM bahagian HEP dan Alumni serta Dato Omar Timbalan Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi. Pertemua ini menjadi lebih seronok kerana perbulan kami tidak dibatasi protokol, berbual dengan mereka berdua Encik Joe rasakan seakan berbual dengan rakan lama. Kata-kata pujian Prof membuat Encik Joe berbangga dan antar kata-kata Prof  " Tengok UPNM, tak ada bias. Mana ada UPNM menang. yang ada pun saguhati. Awak pandai sebab masuk. Pelajar UPNM saya dah buka pertandingan ini lama. Tapi 2-3 orang je yang ambil kesempatan. Tapi gambar awak memang cantik, tapi sayang sebab gelap. Kalau terang sikit mesti menang". Agak kembang Encik Joe dengan pujian Prof ini.


Semasa menunggu teman Encik Joe menjemput Encik Joe pulang, Seorang pegawai pertandingan memanggil Encik Joe, katanya " ini gambar kamu?" sambil menunjuk gambar Encik joe. " Kalau kamu terangkan sikit mesti cantik, sebab saya dan beberapa kawan saya yang lain memang dah target gambar ini dapat nombor satu." Sampai sahaja di rumah, Encik Joe terus mencapai laptop dan cuba untuk adjus gambar supaya dan lebih terang. Hasilnya...


Timbul perasaan menyesal dalam diri, kalaulah Encik Joe edit sahaja sedikit gambar ini, sudah tentu 4000 dalam genggaman Encik Joe. Tapi apakan daya. Bukan rezeki Encik Joe. Kita Redha...




Tuesday, March 6, 2012

Bersyukur dengan apa yang ada.



Pagi tadi, semasa Cikgu Joe menjaga kelas peperiksaan murid tahun 2. Padangan Cikgu Joe tertumpu pada botol air yang dibawa oleh seorang anak murid Cikgu Joe. Cikgu Joe cuba berkira-kira apakah perisa air yang dibawa oleh anak murid Cikgu Joe tu. Cikgu Joe beranggapan mungkin tea o, tetapi dari segi warna ia agak kemerah-merahan. Cikgu Joe cuba juga menjangka mungkin air perisa rozel, tetapi perasaan Cikgu Joe tetap menidakan fikiran Cikgu Joe ini. Cikgu Joe mula bertanyakan kepada  anak murid itu, untuk tidak menyentuh perasaannya Cikgu Joe dengan sahaja berkata
 "air masak tu ibu awak yang masak atau awak ambil kat kantin ( murid dikawasan ini dinasihatkan minum air masak disebabkan penyakit bawakan air iaitu rota virus.)?".

 Murid itu dengan penuh bangga mengatakan

" emak saya yang masak air ini, saya bawa dari rumah"

Tiba-tiba Cikgu Joe tergamam, Air itu bukanlah air berperisa tetapi air masak / air suam / air puteh yang tanpa apa-apa perasa dibawa oleh murid itu yang dibekalkan oleh ibunya. Bayangkan mereka menikmati air bersih yang sedemikian rupa. Rasa simpati terbit dalam diri Cikgu Joe. Mungkin tidak apa yang mampu Cikgu Joe berikan bagi merubah perkara ini. Moga mereka menikmati kemudahan asas yang lebih berkualiti tidak lama lagi. Cikgu Joe bersyukur selama ini Cikgu Joe menikmati hidangan yang Cikgu Joe percaya lebih bersih daripada apa yang dihidangkan kepada anak-anak Orang asli ini.

IKRAR GURU

IKRAR GURU