Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 31, 2012

Rezeki itu Harus Bersyukur







Sudah Lama Encik Joe berhajat nak menceritakan pengalaman pertama Encik Joe semasa pertandingan Fotografi Wajah-wajah 1 Malaysia peringkat IPT 2011. Alhamdulillah dalam pertandingan itu Encik Joe berjaya memenangi tempat kedua dan membawa pulang RM 3000.00 sebagai hadiah kemenangan. Penyampaian hadiah berlangsung di UPNM, dan pada malam itu juga berlangsung Pertandingan Puisi MAKUM IPT. 






Waktu itu seronok sangat kerana Encik Joe dihidangkan dengan alunan puisi yang mengetar jiwa ini. Dan yang paling seronok bila dapat berbual dan bertemu dengan Prof Dr Wan Mahzam bt Ahmad Shah yang merupakan Timbalan Censelor UPNM bahagian HEP dan Alumni serta Dato Omar Timbalan Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi. Pertemua ini menjadi lebih seronok kerana perbulan kami tidak dibatasi protokol, berbual dengan mereka berdua Encik Joe rasakan seakan berbual dengan rakan lama. Kata-kata pujian Prof membuat Encik Joe berbangga dan antar kata-kata Prof  " Tengok UPNM, tak ada bias. Mana ada UPNM menang. yang ada pun saguhati. Awak pandai sebab masuk. Pelajar UPNM saya dah buka pertandingan ini lama. Tapi 2-3 orang je yang ambil kesempatan. Tapi gambar awak memang cantik, tapi sayang sebab gelap. Kalau terang sikit mesti menang". Agak kembang Encik Joe dengan pujian Prof ini.


Semasa menunggu teman Encik Joe menjemput Encik Joe pulang, Seorang pegawai pertandingan memanggil Encik Joe, katanya " ini gambar kamu?" sambil menunjuk gambar Encik joe. " Kalau kamu terangkan sikit mesti cantik, sebab saya dan beberapa kawan saya yang lain memang dah target gambar ini dapat nombor satu." Sampai sahaja di rumah, Encik Joe terus mencapai laptop dan cuba untuk adjus gambar supaya dan lebih terang. Hasilnya...


Timbul perasaan menyesal dalam diri, kalaulah Encik Joe edit sahaja sedikit gambar ini, sudah tentu 4000 dalam genggaman Encik Joe. Tapi apakan daya. Bukan rezeki Encik Joe. Kita Redha...




0 comments:

Post a Comment

IKRAR GURU

IKRAR GURU