SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 30, 2014

Hadiah Macbook Air #HMPADAT Harian Metro.




Alhamdulillah... rezeki akhir tahun. Cikgu Joe ingat dengan kemenangan Xperia Z dari Salute Malaysia merupakan penutup kepada pertandingan yang cikgu sertai tahun ini, rupanya ada satu lagi hadiah yang cukup bermakna iaitu Apple Macbook Air. Pertandingan daripada Harian Metro ini dianjurkan dengan format dan tema 'kami unik' dan 'padat' dengan hashteg #HMPADAT. Alhamdulillah daripada penyertaan yang banyak itu Cikgu Joe terpilih menjadi Top 11 yang kemudiannya akan ditentukan kemenangan melalui jumlah like terbanyak... Cikgu Joe berjaya mendapat tempat pertama dan membawa pulang Apple Macbook Air. 

Kenapa Cikgu Joe kata yang hadiah ini bermakna? kerana perancangannya Cikgu Joe nak beli laptop masa bonus diberikan Januari nanti. Ini kerana sekarang Cikgu Joe menggunakan PC yang agak terhad penggunaannya, menyebabkan murid tertanya-tanya kenapa Cikgu Joe tidak menggunakan multimedia semasa pengajaran. Cikgu Joe baru saja membeli PC menggantikan laptop yang Cikgu Joe jual kerana nak mengubah mood kerja disebabkan Cikgu Joe merupakan guru data, Cikgu joe lebih gemar sekirannya menggunakan PC yang mempunyai skrin 32 inci untuk memudahkan kerja-kerja pengisian data.  Pucuk di cita ulam mendatang adalah perumpamaan yang melambangkan kepada penerimaan hadiah ini.

Terima kasih kepada Harian Metro yang mengajurkan pertandingan yang bermakna ini, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu 'like' gambar Cikgu Joe yang dipertandingkan dan kepada sahabat Cikgu Joe, Cikgu Amar Arif yang sering membantu Cikgu Joe mengambil hadiah di KL (Cikgu Joe buta jalan sikit kat KL). Terima kasih diucapkan kepada semua ^^






Tuesday, December 16, 2014

Merekabentuk jadual waktu guru



Kalau sebelum ini kita belajar cara merekabentuk jadual waktu kelas, hari ini kita sambung dengan merekabentuk jadual waktu guru.






Merekabentuk Jadual Waktu Kelas





Di sini Cikgu Joe adakan satu tutorial ringkas untuk merekabentuk jadual waktu kelas.


Thursday, December 4, 2014

Majlis Penyampaian hadiah 'Salute Malaysia'





Alhamdulillah, semalam (4 DEC 2014) telah berlangsung majlis penyampaian hadiah pertandingan gambar kreatif 'Salute Malaysia' yang dianjurkan oleh Yayasan Perdana Ummah. Seramai 10 pemenang daripada lebih 6,000 penyertaan telah dipilih untuk menerima hadiah yang menarik.






Cikgu Joe juga salah seorang pemenangnya yang menerima telefon pintar Sony Xperia Z. Ini menjadikan kemenangan ketiga pada tahun ini yang sebelum ini hadiahnya berbentuk wang tunai, Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi walaupun hajat sebelum majlis itu untuk memperolehi K zoom atau Hero Pro yang sesuai untuk aktiviti pengambaran video pembelajaran cikgu joe serta mengasah bakat pelakon cilik Cikgu Joe yang sering menjadi pelakon dalam video-video pendek Cikgu Joe. 



Paling utama bagi pertandingan ini bukanlah hadiah tetapi bagaimana nilai 'salute' itu di interprestasikan melalui gambar kreatif. Salute mengambarkan keluhuran nilai setia, taat dan hormat setiap individu dalam negara ini kepada panji atau simbol negara. Salute bukan hanya terhad pada kerangka simbol negara seperti bendera atau pemimpin tetapi mereka yang membawa maruah dan nama negara. Individu seperti Dato' Jimmy Choo, Dato' Dr Asri Zainul Abidin,Dato Dr Afifi Al Akiti, Shila Amzah, Skuad Harimau Malaya, Harimau Muda dan banyak lagi yang layak diberikan salute kepada mereka yang hebat ini. Tidak lupa prajurit negara dan setiap individu dalam negara yang menyumbang kepada keharmonian dan kemajuan negara. Semoga perasaan cinta dan hormat ini tidak bermusim dan harap biarlah berpanjangan.



Semalam juga merupakan peristiwa yang tidak mampu Cikgu Joe lupa, ramai di sekolah tahu yang Cikgu Joe seorang yang kelam kelabut kelibut. Semasa selesai majlis itu dan jamuan yang diselesaikan, Cikgu Joe bergambar bersama Saudara Shahrul Nasrun, selepas itu Cikgu Joe bergegas untuk pergi ke Lowyat dan terus ke KL Sentral untuk pulang ke Tapah. Selepas sudah bergambar dengan Saudara Shahrul Nasrun, Cikgu Joe terus mencapai beg cikgu dan 'barangan' di atas meja dan keluar. Apabila keluar, Cikgu Joe berbual dengan Cikgu Amar yang menemani. Terasa berat bebanan yang Cikgu Joe bawak sedangkan Cikgu Amar berlenggang sahaja kerana barangan Cikgu Amar telah diletakkan di dalam beg Cikgu Joe. Cikgu Joe lihat di tangan kiri cikgu ada beg duit dan telefon yang bukan milik Cikgu Joe, dengan sepontan Cikgu Joe menyerga Cikgu Amar :- 
 "Amboi ang..... sampai handphone ngan beg duit ang pon ang nak suruh aku pegang. Ang amik ni..."
 kemudian Cikgu Amar menjawab
"bukan barang aku, barang aku kat beg ang semua"



Barulah Cikgu Joe perasan yang itu milik Saudara Shahrul Nasrun, bergegas Cikgu Joe lari kedalam dan memulangkan semula kepada tuan milik barangan itu sehinga hilang 1 kilo berat cikgu joe. huuhuhuh.. Sorry bro Shahrul Nasrun, Cikgu Joe tak perasan. Di bawah ini ada liputan dari Buletin Utama TV3 untuk majlis ini.







Friday, November 28, 2014

Kuliah Akhir di Semester Akhir Master

Alhamdulillah... tamat sudah kuliah terakhir hari ini. Terima kasih kepada Prof. Madya Dato' Doktor Latif Bin Hj Gapor yang sanggup melayan karenah nakal murid-murid tua Prof ni. Moga Prof sihat dan sukses. Amin....




Sunday, October 19, 2014

Video Ukuran Bukan Piawai

Sebelum ini Cikgu Joe mengajar topik panjang, kali ini Cikgu Joe ada sediakan video untuk set indaksi sebelum memulakan aktiviti 








Thursday, October 16, 2014

KEHADIRAN MURID

Bagi guru-guru kelas, beberapa langkah perlu dilakukan (setahun sekali) sebelum melaksanakan aplikasi kehadiran SPS.

1. PINDAH MURID SECARA MANUAL






 Tarikh efektif perlu diletak pada awal tahun permulaan persekolah tahun semasa.
Bagi murid yang baru berpindah atau namanya tiada dalam senarai, buat masa ini cikgu perlu memasukkan secara manual seperti catatan bertulis merah di atas.


2. MENGAMBIL KEDATANGAN MENGGUNAKAN SPS WEB VERSION










3. MENGAMBIL KEDATANGAN MENGGUNAKAN SPS LITE Versi 1.1










4. PEMANTAUAN OLEH PENTADBIR



Thursday, September 18, 2014

Mana nilai patriotisme kita hari ini ?



bila manusia itu lahir di muka bumi ini… Kita dilahirkan dalam keadaan suci dengan fitrah manusia… Di dalamnya penuh dengan cita-cita, semangat dan kasih sayang. Tetapi mengapa tidak kita hari ini yang telah dewasa.. Mengapa nilai-nilai itu semakin hilang?








Apakah Tanda Cinta Kepada Negara? Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.


Saban tahun kita menyambut kemerdekaan negara ini. Setiap kali itulah kita akan bertanya pada diri, apakah makna kemerdekaan kepada diri sendiri? Adakah cinta itu hanya milik kita atau perlu dikongsi bersama?
Ikuti makna kemerdekaan dan cinta oleh Cikgu Amar, seorang guru dari suku Orang Asli Semai dalam memahami makna kemerdekaan.



Wednesday, September 17, 2014

Sketsa Pendek : Murid Cover Line





Masa kita zaman sekolah dulu, tukang cover atau perisik kelas adalah orang yang penting bagi memastikan tiada siapa yang akan ter'kantoi' dengan guru kerana bermain atau bising semasa sesi pertukaran subjek. Selalunya tukang cover ini adalah terdiri daripada mereka yang duduk berhampiran dengan pintu dan tingkap kerana itulah tempat yang strategik untuk mematau. Hari ini Cikgu Joe lakonkan babak ini semula dengan murid-murid cikgu.



Tuesday, September 16, 2014

Pertadingan Video Selfie Kemerdekaan

Alhamdulillah....  kali ini Cikgu Joe telah memenangi tempat kedua pertandingan Selfie ucapan kreatif semperna kemerdeaan. Cikgu Joe berjaya membawa pulang wang tunai RM 1,500.00. Murah rezeki Cikgu Joe tahun ini. Sudah tentu mereka yang banyak membantu Cikgu Joe adalah murid kelas 1 Dinamik yang bakat lakonan dan intepretasi watak yang cukup baik. Murid Asli ada bakat yang perlu kita cungki, semuanya bergantung pada tangan cikgu-cikgu semua. Kita pendidik bukan pengajar.




Friday, July 18, 2014

I'm The Awesome Teacher....



Alhamdulillah... baru-baru ni masuk pertandingan yang di anjurkan oleh Celcom Awesometeacher... Terpilih sebagai 10 pemenang yang setiap seorang akan menerima RM 5,000.00 sebagai hadiah kemenangan. Ini semua rezeki anak-anak... Ini video yang menang itu.. ^^





Nama-nama pemenang telah di umumkan secara rasmi di sini...




Monday, June 30, 2014

Situasi di Kelas : Rakan Murid Terlalu Rajin.



Biasannya dalam sesebuah kelas terdapat murid yang rajin dan selalu ingatkan kita sekiranya kita terlupa sesuatu hal yang dijanjikan mereka. Semasa di sekolah dulu, ada dikalangan rakan Cikgu Joe yang rajin seperti ini sehingga menimbulkan kemarahan sebab Cikgu Joe sendiri belum siap kerja yang dijanjikan (maklumlah dulu aktif sukan.hahha) Apabila kawan Cikgu Joe mula rajin-rajin ingatkan cikgu, reaksi muka kami selalunya jadi macam ini.....




IKRAR GURU

IKRAR GURU