PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Saturday, December 26, 2015
Monday, November 9, 2015
Kempen Cegah Kebakaran 2015
5 Nov 2015 yang lalu berlangsung Kempen Cegah Kebakaran anjuran Kelab 3K dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Tapah, Perak. Kempen dimulakan dengan latihan kebakaran apabila penggera panjang dibunyikan tanpa henti menandakan berlaku kecemasan di kawan sekolah yang memerlukan seluruh warga sekolah bergerak dengan segera ke kawasan lapang yang telah ditetapkan. Kempen diteruskan dengan ceramah berkenaan kebakaran dan kecemasan diikuti dengan demonstrasi memadam kebakaran serta menghadapi kebakaran.
Beberapa isi penting dalam ceramah berkenaan.
1. Kereta yang kemalangan tidak akan meletup seperti yang berlaku dalam banyak filem-filem dalam dan luar negara. Apabila menghadapi kebakaran dalam sesuatu kemalangan, tindakan awal yang boleh dilakukan oleh orang awam adalah dengan menyelamatkan mangsa yang ada dalam kereta sebelum jentera bomba datang ke tempat kejadian. Beberapa kes yang berlaku apabila mangsa hangus terbakar adalah kerana kegagalan orang awam untuk memberi bantuan awal akibat daripada menyangkakan kereta itu akan meletup bila-bila masa.
2. Apabila berlaku kebakaran dan mangsa terperangkap, kebanyakkan mangsa akan lari mencari perlindungan di bilik air, ini adalah tindakan yang salah. Bilik air adalah tempat yang paling tidak selamat apabila berlaku kebakaran. Cara yang paling tepat adalah dengan merangkak keluar dari kawasan kebakaran. Apabila berlaku kebakaran kawasan yang paling panas adalah bahagian atas manakala bahagian bawah adalah lebih selamat untuk dilalui.
Thursday, October 29, 2015
Daftar Single Sign On ( SSO KPM)
Berikut adalah langkah untuk mendaftar dalam Single Sign On ( SSO KPM)
1. Masuk dalam mana-mana aplikasi dalam EMIS, APDM, EOPERASI dan log in seperti biasa.2. Apabila telah berjaya Log In maka dibahagian kiri aplikasi itu akan dipaparkan "Daftar SSO" dan klik bahagian itu.
3. Kemudian akan terpapar "Daftar SSO Sekarang"
4. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki dan klik butang DAFTAR.
5. Tahniah anda telah berjaya mendaftar. Bagi menggunakan aplikasi ini, pergi ke laman web ini
https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
klik "LOG MASUK"
6. Isikan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah di daftarkan.
7. klik butang "MENU" untuk menggunakan aplikasi KPM yang disediakan.
8. Klik Pengurusan Sekolah untuk aplikasi EMIS.
Klik Pengurusan Guru untuk aplikasi EPANGKAT, EGTUKAR, EPRESTASI, ESPBT,
EGRADUAN , EPELEPASAN, TATATERTIB, EOPERASI DAN TRANSFORMASI MINDA.
Klik Pengurusan Murid untuk aplikasi APDM dan SSDM
9. Untuk logOut
nota kaki: Sekiranya tiada simbol "Daftar SSO" pada aplikasi APDM di bahagian kiri, sila login di aplikasi seperti EMIS(bagi guru data) atau EOPERASI,
Thursday, October 22, 2015
Peraduan Instagram #SehatiSejiwa
Kalau tahun lepas Cikgu Joe memperolehi tempat kedua peraduan kemerdekaan yang dianjurkan JasaMereka, kali ini rezeki Cikgu Joe Alhamdulillah mendapat sagu hati yang berupa power bank. Moga rezeki untuk Cikgu Joe berpanjangan dan dilimpahkanNya.
EscapeShots2015 #SehatiSejiwa
Alhamdulillah.. Tiga gambar yang Cikgu Joe dan kumpulan Cikgu Joe hantar sebagai penyertaan telah terpilih sebagai 100 gambar terbaik. Setiap gambar akan membawa balik RM400 (bagi yang memiliki Magic Sim). Kesemua wang hadiah berjumlah RM1200. Ada lagi rezeki Cikgu Joe and team pada tahun ini, insyallah tahun depan akan berusaha lagi.
Saturday, October 10, 2015
Hari Sukan Negara 2015
10.10.2015 Berlangsungnya Hari Sukan Negara. Kami di Sekolah Murid Orang Asli SK Batu Tujuh, turut sama-sama menyertainya.
Wednesday, August 19, 2015
Sunday, July 26, 2015
CIMB DUBSMASH RAYA
*Baucar ZALORA dengan segera Cikgu Joe tukar dengan barangan kegemaran Cikgu joe.
Tuesday, July 7, 2015
Kecemerlangan Bukan Harta Yang di Warisi.
Ady dan Aqil
Tiada perkara yang lebih mengembirakan seorang guru apabila melihat peningkatan dan perkembangan anak muridnya. Enam bulan yang lalu anak ini langsung tidak mahu menulis, tidak ingin berfikir dan tiada usaha untuk belajar. Jika penerangan yang diberikan di hadapan, mereka akan bermain-main. Bila dimarahi, mereka senyap dan senyap mereka adalah seketika. Di sebabkan sikap mereka seperti itu, banyak latihan yang diberikan dipulangkan kosong tanpa tulisan dan ada hanyalah beberapa huruf yang membentuk nama mereka sendiri. Apabila kita membantu mereka membuat latihan, mereka kadang-kadang membisu, tidak tahu pucuk pangkal kerana semasa penerangan tadi mereka 'tiada' di situ. Guru mengulang dan terus mengulang. Pujukan, ganjaran, nasihat dan marah-marah menjadi pendekatan untuk mereka setiap kali sesi PDP.
Itu dulu, tapi hari ini lain. Semenjak mereka diberi latihan khas dalam kelas Pemulihan LINUS selama 6 bulan, mereka sudah menunjukkan perubahan. Mereka memberi penumpuan, berani mencuba, berusaha untuk menyelesaikan masalah. Hari ini Cikgu Joe membuat pentaksiran matematik untuk operasi darab dan hari ini juga buat pertama kalinya mereka menghantar kertas soalan dengan berjawab serta betul. Ady menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan kerana berjaya menyelesaiakan semua soalan manakalah Aqil hanya beberapa soalan sahaja yang gagal dijawab. Walaubagaimanapun peningkatan mutu pembelajaran murid ini adalah suatu yang membanggakan. Tahniah kepada guru LINUS SK Batu Tujuh, Cikgu Afizayanti yang banyak berusaha untuk anak-anak ini. Cikgu Joe hanya penyambung kepada usaha yang hebat ini.
Cikgu Joe selalu berpesan "Kecemerlangan bukan sesuatu harta yang diwarisi, dan ingatlah kegagalan juga tidak selamanya menjadi tradisi"
Cikgu Joe juga selalu kata " Cikgu tak marah kalau kamu bodoh*, tapi cikgu marah kalau kamu malas. Orang bodoh boleh belajar jadi bijak, orang malas akan selama-lamanya malas dan bodoh" agak kasar bahasanya tapi itulah kata-kata menjadi ingatan kepada anak murid Cikgu Joe.
*bodoh adalah perkataan yang digunakan oleh anak murid asli Cikgu Joe untuk menyatakan mereka tidak tahu.
Sunday, July 5, 2015
Pemenang Peraduan Hari Guru 2015 #guruinspirasiku #sayasayangcikgusaya
Alhamdulillah.. 1 Julai 2015 berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Hari Guru 2015 yang di sampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan. Majlis diadakan di Bangunan Kementerian Pendidikan. Cikgu Joe merupakan salah seorang pemenang pertandingan ini. Bagi ketegori #guruinspirasiku semua pemenang menerima hadiah Samsung Galaxy Tab 3V. Cikgu Joe membawa pulang dua buah Samsung Galaxy Tab 3V kerana mewakili adik Cikgu Joe sendiri yang merupakan salah seorang pemenang.
Hadiah ini merupakan hadiah hari guru yang bermakna pada tahun ini, tahun sebelum ini Cikgu Joe memenangi Celcome #AwesomeTeacher dan Cikgu Joe harap setiap tahun Cikgu Joe akan dapat hadiah hari guru. Insyallah.
Pengalaman kali ini yang cukup bermakna apabila kita sebagai guru dapat bertemu dan beramah mesra dengan 'big bos' iaitu TPM sendiri, sempat juga Cikgu Joe ber'selfie' bersama beliau dan berbual-bual. Selain itu Cikgu Joe sempat bergambar bersama-sama Ally Iskandar yang menjadi Pengerusi Majlis.
** keratan Utusan Malaysia 2 Julai 2015
Monday, June 29, 2015
Bundar dengan 4 syarat
Bundar merupakan subjek yang mudah, akan tetapi sekiranya murid tidak memahami proses membundar, murid akan gagal untuk memberikan jawapan yang tepat.
Cikgu Joe memperkenalkan 4 syarat bundar untuk melatih murid membuat kemahiran membundar. 4 syarat itu adalah.
Cikgu Joe memperkenalkan 4 syarat bundar untuk melatih murid membuat kemahiran membundar. 4 syarat itu adalah.
- Gariskan rumah
- Bulatkan nombor belakang rumah
- lihat bukit
- belakang kosong/sifar mesti kosong/sifar.
Bagaimana Cikgu joe memperaktikan kaedah ini?
Kaedah ini memerlukan nyanyian atau gerakan kreatif untuk murid cepat ingat kaedah ini. Murid-murid asli terutamanya memerlukan pendekatan seperti ini untuk memudahkan mereka mengaplikasikan kepada PDP mereka.
- Gariskan rumah - murid akan menyebut sambil membuat garisan di langit menggunakan jari telunjuk.
- Bulatkan nombor belakang rumah - murid akan menyebut sambil membuat bulatan di langit menggunakan jari telunjuk.
- Lihat bukit - murid akan menyebut sambil membuat garisan melengkung seperti bukit di langit menggunakan jari telunjuk.
- Belakang kosong mesti kosong. - murid akan menyebut sambil membuat dua kosong menggunakan jari telunjuk.
Selain itu penekanan kepada simbol juga membantu murid untuk mengingat kaedah ini.
Ini contoh latihan yang menggunakan kaedah 4 syarat.
Bundarkan 7562 kepada ratus yang terdekat.
Cikgu joe memperkenalkan 'kotak bundar lazim' yang murip dengan bentuk lazim yang biasa untuk operasi tambah dan tolak seperti dibawah.
kemudian mulalah dengan 4 syarat itu.
1. Garis rumah (rumah yang dinyatakan pada soalan iaitu ratus)
2. Bulatkan nombor belakang rumah
3. Lihat bukit.
Pada langkah ini Cikgu Joe memperkenalkan bukit ini dimana semua nombor yang berada dari 0-4 akan menjadi 0. Nombor yang berada dari 5 - 9 akan menjadi 10. Nombor yang dinilai menggunakan bukit ini adalah nombor yang ditanda bulat sebentar tadi iaitu nombor yang dibelakang rumah.
Apabila sudah dinilai, jawapan perlu ditulis di bawah nombor yang dinilai iaitu nombor 6 dengan meletakkan angka 10 dibawah nombor 6. Seperti operasi tambah yang kita belajar dahulu, sekiranya nombor adalah 10 dan keatas maka satu nombor belakang akan ditulis di bawah manakala nombor depan akan naik ke atas.
kemudian akan diteruskan melengkapkan nombor dihadapan dengan menambah nombor 5 dan 1 dan sekiranya tiada nombor yang ditambah maka nombor akan diletakkan dengan nilai asal.
4. Belakang kosong mesti kosong.
Bagi menyelesaikan nombor di belakang, murid perlu tahu, apa-apa nombor dibelakang nombor kosong yang telah dinilai adalah kosong walaupun terdapat dua atau 3 nombor dibelakang.
Memperkenalkan nombor belas kepada murid
Seperti yang kita maklum, nombor yang melibatkan nombor belas adalah satu masalah untuk diperkenalkan kepada murid. Murid akan keliru dengan nombor belas kerana sebutan pertama nombor belas itu adalah digit kedua kepada nombor itu. Berbeza dengan nombor puluh yang lain.
sebagai contoh :-
sebagai contoh :-
bagi nombor belas, sebutan pertamanya adalah digit kedua nombor berkenaan.
ini yang menyebabkan murid keliru dan menyebabkan mereka menulis seperti ini :-
Bagi menyelesaikan masalah ini konsep menyebut sepuluh diterapkan bagi memastikan murid tahu bahawa digit pertama nombor belas adalah sepuluh. Sebagai contoh :-
- Guru perlu memperkenalkan nombor belas dengan menyebut nombor belas yang sebenar.
- Pada masa yang sama, apabila hendak menulis nombor belas, guru perlu memperkenalkan cara menulis nombor belas dengan menyebut sepuluh dua (12) sepuluh tiga (13) sepuluh empat (14) dan seterusnya.
Wednesday, January 28, 2015
Persembahan Majlis Graduasi KEDAP 2014 dan Hari Anugerah SK Batu Tujuh, Tapah Perak.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Cikgu Joe muat naik semua video persembahan sempena Majlis Graduasi Kedap 2014 dan Hari Anugerah SK Batu Tujuh. Sepatutnya seminggu selepas majlis itu video-video ini di muat naik, tetapi disebabkan kekangan belajar di UPSI dan tugas di sekolah membataskan niat itu. Disebabkan video persembahan hari anugerah dan majlis graduasi hampir sama maka bagi menjimatkan masa maka hanya satu video setiap persembahan sahaja yang di muat naik.
Majlis Graduasi KEDAP kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya yang di uruskan oleh Cikgu Joe. Majlis kali ini mengabungkan peserta KEDAP dari tiga buah sekolah iaitu SK Batu Tujuh, SK Batu 14 dan SK Pos Musoh LZ. Majlis ini berlangsung dengan sederhana tetapi cukup bermakna kerana menunjukkan hasil tujuan KEDAP di laksanakan. Ibu bapa sudah boleh membaca, menulis dan mengira. Satu program yang bermakna untuk merangsang ibubapa sama-sama belajar dan memberikan galakan kepada anak-anak mereka.
Persembahan Koir Peserta KEDAP SK BATU TUJUH 2014
DEKLAMASI SAJAK PESERTA KEDAP SK BT 14
Tarian Prasekolah SK Batu Tujuh
PERSEMBAHAN MURID TAHAP 1 SK BATU TUJUH
TARIAN MURID TAHAP 2 SK BATU TUJUH
Monday, January 26, 2015
Matematik Tahun 2. 1.2 Menulis nombor
Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, jangan mengajar nombor yang melibatkan 'belas'
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.
lembaran kerja ini pada peringkat ini hanyalah melibatkan digit nombor sahaja. Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas.
Contoh :-
Untuk PDP hari seterusnya, guru masih menggunakan lembaran kerja yang sama. Kali ini melibatkan belas.
Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, murid perlu tahu nombor 1 pada 'puluh' tidak berbunyi tetapi nombor pada rumah 'belas' yang akan dibunyikan.
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.
Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas.
Contoh :-
Untuk PDP hari seterusnya, guru masih menggunakan lembaran kerja yang sama. Kali ini melibatkan ejaan nombor.
Beberapa peraturan yang perlu di ajarkan kepada murid menggunakan kotak nombor ini adalah
1. Satu nombor untuk satu kotak
2. Nombor satu juga boleh diberikan nama Satu/se
3. Nombor 0 dan rumah 'sa' tidak berbunyi
4. Pada tahap ini, murid perlu tahu nombor 1 pada 'puluh' tidak berbunyi tetapi nombor pada rumah 'belas' yang akan dibunyikan.
5. Guru memperkenalkan teknik membaca seperti jawi yang ada tanda atas. tanda itu ditukar kepada 'ratus' dan 'puluh'.
6. Guru perlu mengimbas dan mengajar kembali ejaan nombor satu/se sehingga sembilan serta rumah ratus, puluh dan belas.
Guru menyebut sebarang nombor dan murid menulis. Kemudian jawapan lengkap ditulis pada bahagian atas dalam perkataan
Contoh :-
Selesai sesi PDP ini, didapati murid masih lemah dalam menulisa dalam perkataan walaupun dalam menulis menggunakan angka mereka telah menguasai. Jadi, pada sesi yang akan datang, guru akan menekankan kepada mengeja.. Contoh lembaran kerja yang fokus kepada mengeja...
Apabila murid sudah menguasai kemahiran asas ini, barulah guru boleh mempelbagaikan aktiviti selaras dengan HOT yang di warkan-warkan sekarang. Untuk murid Cikgu Joe, Cikgu Joe memperkenalkan aktiviti menggunakan peta buih i-think. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan, kemudian mereka diberikan beberapa nombor secara rawak. Daripada nombor yang diberikan, murid perlu membina nombor-nombor dari 100-999 dengan hanya menggunakan nombor yang diberikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)