SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 4, 2019

Kenangan : Sebuah Komputer Riba



4 OKTOBER 2019 -  Pada hari ini, Cikgu Joe dan Cikgu Hasnol membantu menguruskan pembelian komputer riba untuk anak pekerja pembersihan sekolah. Kakak Faridah yang kami anggap seperti ahli keluarga merupakan tulang belakang kepada sekolah. Beliau ada meluahkan hasratnya  untuk membelikan komputer riba bagi kegunaan anaknya yang melanjutkan pelajaran. Disebabkan Kak Faridah tidak mahir berkenaan komputer riba, beliau meminta bantuan kami. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membelinya pada hari ini setelah selesai solat jumaat di Ipoh. Perjalanan dari Tapah ke Ipoh memakan masa 45 minit jika memandu kereta. Kami melakukan tinjaun di beberapa lokasi untuk mendapatkan harga yang lebih murah dengan kualiti yang lebih baik. Mengikut peruntukan yang telah dipersetujui, harga komputer riba yang akan dibeli tidak lebih dari seribu ringgit. Komputer riba yang kami temui, harganya lebih dari seribu ringgit membuatkan kami terpaksa berkira-kira langkah terbaik. Tiba-tiba Cikgu Joe merasakan perlu meminta teman-teman guru yang lain menghulurkan sumbangan segera bagi merealisasikan harapan Kak Faridah. Tidak menunggu lama, lima orang guru SK Pos Musoh LZ bersetuju memberikan sumbangan. Alhamdulillah, kami berjaya membeli komputer riba berkenaan. 

Usai membuat pembayaran, kami bergegas ke Batu Gajah untuk menghantar komputer riba berkenaan kepada anak Kak Faridah. Sampai kami ke tempat pertemuan yang dijanjikan, kami disambut oleh Kak Faridah, suaminya, anaknya dan teman-teman anaknya.  Kak Faridah dan suami hanya menaiki motor ke Batu Gajah, Perak. Perjalanan dari Kampung Pos Musoh ke Batu Gajah memakan masa dua jam lebih sekiranya menunggang motosikal. Besar betul harapan dan semangant Kak Faridah dan suaminya untuk melihat anaknya berjaya sehingga sanggup datang dari jauh. Bukan mudah perjalanan dari Kampung Pos Musoh, perkampungan Orang Asli yang jauh di dalam hutan. 

Kami bertemu di sebuah kedai makan. Semasa menyerahkan komputer riba, terpancar wajah gembira Kak Faridah dan anaknya. Waktu itu, perasaan Cikgu Joe sedikit terusik. Mengimbau kenangan pada tahun 2006 yang lalu sewaktu belajar di IPG Kampus Sultan Mizan. Waktu itu Abang Ipar Cikgu Joe membelikan Cikgu Joe sebuah komputer riba untuk kegunaan Cikgu Joe belajar. Mungkin waktu itu sama perasaanya seperti hari ini. Masih lagi Cikgu Joe ingat, Cikgu Joe terpaksa menunggu rakan Cikgu Joe tidur untuk meminjam komputer ribanya membuat tugasan. Kadang-kadang terpaksa tunggu sehingga jam satu pagi selepas rakan Cikgu Joe selesai dengan tugasannya atau selepas beliau selesai bermain game. Apabila Abang Ipar Cikgu Joe menyatakan mahu menghadiakan komputer riba, hati Cikgu Joe berbunga-bunga gembira. Waktu itu keluarga Cikgu Joe susah, Alhamdulillah Allah s.w.t temukan jodoh kakak dengan abang ipar yang baik. Sepanjang belajar beliaulah yang paling banyak menghulurkan bantuan untuk melihat Cikgu Joe berjaya selain ahli keluarga lain yang turut membantu. 

Selesai menyerahkan komputer riba kepada anak Kak Faridah, kami meminta diri untuk pulang. Waktu itu hampir Maghrib. Kak Faridah menghulurkan gumpalan duit bantuan dari JAKOA untuk pendidikan kepada Cikgu Joe bernilai seribu ringgit sambil mengucapkan terima kasih. Duit itu Cikgu Joe sisip kedalam dompet. Selesai mengucapkan terima kasih berkali-kali, Kak Faridah dan suaminya terus ke motosikal mereka lalu bergerak pulang ke Kampung Pos Musoh. Semasa bergerak pulang ke Tapah. Cikgu Joe dan Cikgu Hasnol bersembang-sembang berkenaan Kak Faridah dan suami. Contoh yang ditunjukkan mereka berdua adalah contoh yang baik. Semangat mereka melihat anak mereka berjaya membuatkan mereka sanggup menempuh jalan yang jauh bagi merialisasikan impian anak mereka. Moga anak ini dapat melihat pengorbanan ibubapa yang tidak pernah berhenti memberikan terbaik. Ucapan terima kasih juga kepada guru-guru yang memberikan sumbangan. Alhamdulillah, guru-guru tidak pernah berkira untuk anak didik mereka. Moga amal baik guru-guru ini dibalas dengan kebaikan oleh Allah azza wajallah.

















Tuesday, September 17, 2019

Ukuran Bukan Piawai







Harini Cikgu Joe nak kongsi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk topik 'Ukuran Bukan Piawai'. Jengkal, hasta, depa dan kaki merupakan ukuran bukan piawai.  Sebelum aktiviti luar bilik darjah dilakukan, pengenalan kepada ukuran bukan piawa dilakukan didalam kelas, cara mengukur dan nama ukuran juga diperkenalkan. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan perlu diwakili oleh tiga kelompok murid iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Sudah tentu murid yang cemerlang akan dilantik sebagai ketua kumpulan. Murid yang dilantik menjadi ketua perlu dipertanggungjawabkan untuk memberikan arahan berdasarkan aktiviti yang telah diberi. Dari sini guru juga boleh menerapkan ciri kepimpinan kepada murid. Aktiviti luar bilik darjah merupakan aktiviti yang paling digemari murid. Murid boleh meneroka dan bermain.










Wednesday, August 28, 2019

Fiesta Sehati@RTM Asyik Fm di SK Pos Musoh.


Pada 25 hingga 28 Ogos 2019 yang lalu, berlangsung Fiesta Sehati@RTM Asyik Fm di SK Pos Musoh LZ. Program yang di anjurkan RTM melalui Asyik Fm mengabungkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hospital Gombak, Shaq Koyok (Pelukis Orang Asli), Dr Velu Parumal ( Pensyarah UPM), dan ramai lagi sukarelawan yang turut serta dalam program ini. Banyak atur cara yang menarik diadakan dalam program ini untuk menarik minat murid dan penduduk kampung

25 Ogos 2019, Hari Pertama - Program hari ini hanya melibatkan perjalanan ke SK Pos Musoh LZ (SKPMLZ) dan persiapan tempat. Beberapa pertemuan diadakan setibanya di SKPMLZ bagi membincangkan perjalanan program dan persiapan tempat untuk program-program yang berasingan.

26 Ogos 2019, Hari Kedua - Program pada hari kedua dimulakan dengan sarapan dan senaman bersama pelajar. Program ini dikendalikan oleh kakitangan RTM. Usai program senaman, Murid menyertai Bengkel Kreatif yang dikendalikan oleh  Shaq Koyok.  "Shaq Orait You Okay" merupakan tajuk bengkel kali ini. Shaq Koyok adalah pelukis dari suku kaum Orang Asli. Beliau merupakan antara anak Orang Asli yang berjaya dalam bidangnya iaitu seni lukisan. Kemahiran beliau dalam menghasilkan seni lukisan yang baik, menyebabkan beliau sentiasa menerima jemputan dalam dan luar negara bagi menyampaikan 'talk'. Sudah tentu pencapaiannya boleh dijadikan batu azimat untuk murid-murid di sekolah ini berjaya. Pada bengkel ini Shaq Koyok mendedahkan beberapa teknik lukisan  kepada murid. Teknik melakar, teknik mewarna dan bermacam lagi teknik selain berkongsi pengalamanya sebagai pelukis yang telah mencipta nama sehingga ke luar negara. Selain memberikan bengkel, Shaq Koyok juga menyumbangkan air tangannya pada satu mural di dinding sekolah. Teknik lukisan yang menarik menceriakan suasana sekolah.













Menjelang malam acara 'INSPIRASI SENI - NEGARAKU' mengambil tempat. Tanggal kemerdekaan yang semakin hampir menjadikan acara malam ini terasa kehangatannya. Majlis pembukaan dimulakan dengan tarian sewang dari murid-murid SKPMLZ yang dilatih oleh Puan Faridah. Bacaan Puisi, sajak, dan bacaan Cerpen Gurindam Kebangsaan menaikkan lagi semangat kemerdekaan. Guru Besar SKPMLZ juga turut serta mendeklamasikan sajak pada malam itu. Artis terkenal Orang Asli seperti kumpulan Jelmol dan AP turut serta menghagatkan program pada malam ini.









27 Ogos 2019, Hari Ketiga - Pada hari ketiga, program senaman dikendalikan oleh Kepten(B) Kamariza Bin Kimtai@Abdullah. Beliau merupakan bekas pesara tentera laut dengan pangkat terakhirnya sebagai Kepten. Beliau adalah contoh anak Orang Asli yang berjaya di negara kita. Beliau kini telah membukan Badan Perunding Motivasi yang memberikan motivasi kepada murid, agensi kerajaan dan swasta. Beliau menyertai program ini sebagai sukarelawan bagi memberikan sumbangan dan bantuan kepada anak bangsa. Kemahiran komunikasinya yang baik sudah tentu memberikan semangat kepada anak-anak sekolah ini untuk melakarkan satu lagi kejayaan dalam hidup mereka. Program bersama Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil tempat selepas selesai aktiviti senaman. Program ini diadakan di  4 tempat yang berbeza. Stasen satu di Surau diadakan aktiviti mewarna murid tahun satu, Stesen dua di Dewan A bagi acara Eja Betul, Stesen tiga di Dewan B bagi Acara teka silang kata manakala Stesen empat di tapak perhimpunan dengan acara Dam Ular. Pemenang-pemenang acara ini membawa pulang wang tunai sumbangan DBP dan penyerahanya dibuat selepas program berakhir.




Program diteruskan dengan Upacara Perasmian yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Tuan Haji Abdul Muis Bin Syafii. Tuan Haji Abdul Muis mengecat sedikit daripada karya Shaq Koyok sebagai gimik perasmian pada hari itu. Di sebelah petang pula, program diteruskan dengan acara sukaneka mersama penduduk kampung dan pada masa yang sama pemeriksaan kesihatan  percuma oleh Hospital Gombak diadakan. Pada malamnya ceramah kesihatan oleh doktor dari Hospital Gombak di adakan sebelum diteruskan dengan program 'Inspirasi Seni Karaoke'.



















28 Ogos 2019 - Hari akhir, Progam 'Bengkel Inovasi' adalam acara terakhir. Bengkel ini di sampaikan oleh Dr Velu Parumal ( Pensyarah UPM). Bengkel ini memberi pendedahan kepada murid cara mereka cipta produk yang terbaik berdasarkan teknik cantuman idea. Teknik ini memberikan murid idea untuk membina produk baru berdasarkan cantuman-cantuman idea sedia ada. Teknik ini membantu murid untuk mempelbagaikan hasil ciptaan mereka.























IKRAR GURU

IKRAR GURU