SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU JOE

Seorang guru biasa yang berkelulusan dari Maktab yang biasa. Mengajar di sebuah sekolah biasa di dalam daerah yang biasa. Berasal dari negeri yang biasa dengan dibesarkan dari keluarga biasa. Menulis biasa-biasa untuk kegunaan biasa-biasa. Hidup dengan kehidupan yang biasa dan beradab dengan adab orang biasa.

MURID ITU AMANAH, SEPERTIMANA AMANAH IBUBAPA TERHADAP ANAK MEREKA.

Mengajar murid dari masyarakat Orang Asli merupakan amanah bagi aku, amanah itu akan aku galas sebaiknya. Aku mengajar Orang Asli suku Semai. Mereka ada budaya dan adat yang tersendiri. Kehidupan mereka yang jauh di dalam hutan dengan taraf hidup yang rendah buat aku kuat membantu mereka keluar dari kepopongan kehidupan yang sedia ada.

NOBODY TO SOMEBODY

Mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, menjadi seseorang yang boleh merubah lanskap dan konsep pendidikan dinegara ini. Boleh menyumbangkan sedaya mungkin ke arah kematangan dan kualiti pendidikan negara.

JIWA SEORANG GURU

Ini namanya hati seorang guru. Beliau bukan siapa-siapa kepada anak ini. Hanya seorang guru kepada anak ini. Berketurunan india bukan menghalang kasih seorang guru kepada anak ini. Berwarganegara Amerika bukan penghalang buat hati itu terikat dengan anak-anak di negara ini. Inilah hati seorang guru. Bila sudah menjadi anak murid, mereka tetap anak sampai bila-bila.

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

Generasi harapan negara

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK

PESANAN UNTUK ANAK-ANAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 30, 2014

Situasi di Kelas : Rakan Murid Terlalu Rajin.



Biasannya dalam sesebuah kelas terdapat murid yang rajin dan selalu ingatkan kita sekiranya kita terlupa sesuatu hal yang dijanjikan mereka. Semasa di sekolah dulu, ada dikalangan rakan Cikgu Joe yang rajin seperti ini sehingga menimbulkan kemarahan sebab Cikgu Joe sendiri belum siap kerja yang dijanjikan (maklumlah dulu aktif sukan.hahha) Apabila kawan Cikgu Joe mula rajin-rajin ingatkan cikgu, reaksi muka kami selalunya jadi macam ini.....




Saturday, June 21, 2014

Kenangan dulu-dulu waktu cikgu ada kerja di luar kelas.




Macam yang kita tahu, kerja guru bukan sahaja di bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah. Kedua-dua perlu dilaksanakan dengan baik menyebabkan guru perlu pandai membahagikan masa. Kalau waktu Cikgu Joe kecil dulu, bila cikgu ada kerja di luar bilik darjah, reaksi seperti ini sering berlaku....



Sememangnya murid-murid terlebih aktif akan menggunakan peluang ini untuk membuat aktiviti-aktiviti yang kreatif seperti main lawan pemadam, main titik-titik, main lawan spider dan macam-macam lagi. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, guru kelas akan lantik ketua kelas mahupun murid kepercayaan cikgu untuk menulis nama murid yang bising seperti ini.....


Thursday, June 19, 2014

CARA MELATIH ANAK MENULIS




Membaca dan menulis merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh anak-anak seawal usiannya. Ini kerana kemahiran membaca dan menulis akan mempengaruhi kepada prestasi pembelajaran anak-anak. Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membimbing murid-murid menguasai kemahiran ini. Akan tetapi bantuan daripada ibubapa amatlah penting bagi memastikan anak-anak dapat menguasai kemahiran itu dengan lebih baik. Ibubapa boleh fokus terhadap perkembangan anak 100% berbanding guru yang hanya boleh fokus kepada anak-anak murid sekitar 30-40 % bagi setiap murid. Di sini Cikgu Joe nak berkongsi kaedah yang boleh digunakan oleh ibubapa bagi membantu anak-anak ini menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Kemahiran Menulis.
Kemahiran menulis dimulakan dengan meningkatkan kemahiran otot halus

Tahap 1 : Menconteng
Kemahiran otot halus merupakan kemahiran anak-anak untuk mengunakan otot halus seperti penguasaan pengendalian jari anak-anak anda untuk menulis. Bagi meningkatkan kemahiran ini ibubapa boleh melatih anak-anak dengan membiarkan mereka menconteng pada helaian kertas. Ibubapa tidak perlu mengajar mereka untuk menulis huruf kerana pada tahap ini latihan pengendalian jari untuk menulis adalah yang lebih utama. Ibubapa boleh menggunakan pensel warna bagi menarik anak-anak untuk menulis. Latihan mewarna juga boleh digunakan sebagai latihan menconteng.





Tahap 2 : Mencorak
Pada tahap ini, ibubapa perlu meransang anak-anak untuk belajar melukis corak. Pada tahap pertama tadi, anak-anak diajar untuk menconteng apa sahaja tanpa ada bentuk manakala pada tahap ini satu jenis corak diajar untuk persediaan pada peringkat seterusnya. Ibubapa perlu memandu tangan anak-anak untuk mencorak sebelum melepaskan mereka mencorak sendiri.




Tahap 3 : Membentuk
Latihan seterusnya adalah dengan membentuk.  Ibubapa boleh mengaitkan dengan bentuk yang ada di rumah seperti jam yang bulat, meja yang bersegi, dan bentuk bentuk yang lain. Latihan membentuk ini boleh dimulakan dengan bentuk yang mempunyai titik-titik. Ibubapa perlu memandu tangan anak-anak untuk membentuk tulisan yang diberi. Anak-anak juga boleh diajar untuk melukis suasana atau peristiwa seperti suasana hujan dan apa-apa sahaja.




Tahap 4 : Membentuk Huruf
Pada tahap ini la latihan menulis huruf boleh dilakukan. Huruf yang mempunyai sambungan tititk-titik perlu dimulakan dulu. Ibubapa memandu tangan anak-anak untuk menyambung titik-titik membentuk huruf sebelum mereka menyambung titik-titik itu sendiri. Apabila menguasai ibubapa boleh meneruskan latihan kepada anak-anak untuk menilis huruf tanpa bantuan titik-titik. Pada tahap ini anak-anak boleh diajar menulis huruf sambil menyebut huruf.






Tuesday, June 17, 2014

Pendidikan Moral Tahun 1 : Keadilan.

Keadilan membawa maksud Tindakkan atau keputusan yang tidak berat sebelah. Keadilan juga membawa maksud meletakkan sesuatu(hak) pada tempatnya(yang berhak). Hari ini merupakan hari yang agak meletihkan dengan aktiviti untuk persediaan hari sukan, dipantau oleh pihak KPM dan IAB untuk melihat perlaksanaan MMI. Walaupun letih yang bagaimanapun proses P&P perlu juga dilaksanakan.

Keadilan adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan kata-kata, kerana adalah pihak-pihak yang sudah tua bangka pun masih tidak tahu apa itu keadilan menyebabkan mereka menidakkan hak orang lain. Apa yang boleh buat mereka berfikir adalah membuat aktiviti tarik tali. Seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan dipilih untuk melaksankan aktiviti ini. Mereka menarik wayar yang diberi dan murid yang beranjak kehadapan lebih selangkah akan dianggap kalah. Keputusannya murid lelaki menang. Beberapa persoalan dilontarkan kepada murid-murid yang lain.

Siapa yang menang?
Mengapa menang?
Siapa yang kuat?
lelaki hebat kan?



Apabila murid-murid lelaki bangga dengan kelakian mereka, maka murid perempuan mula menunjukkan sifat mempertahankan diri. Lontaran-lotaran protes disediakan murid perempuan.

lelaki mana boleh lawan dengan perempuan.
perempuan memang tak kuat macam lelaki.
lelaki tak boleh lawan dengan perempuan.

Maka soalan diberikan oleh Cikgu Joe untuk merangsang KBAT mereka.

Jadi kamu tak suka lelaki lawan dengan perempuan?
lelaki memang tak boleh lawan dengan perempuan?

jawapan 'ya' diberikan oleh mereka.

"baiklah, jadi cikgu nak lelaki lawan lelaki pulak"

Maka Cikgu Joe memilih tiga orang murid yang salah satunya adalah murid lelaki tadi dengan perlawanan satu lawan dua.




Aktiviti menarik tadi diulang, didapati murid kumpulan berdua itu menang. Maka soalan dilontarkan lagi.


Siapa yang menang?
Mengapa menang?
Siapa yang kuat?
kawan awak yang menang sebelum ini tak kuat kan?


Maka, ada dikalangan murid yang mempersoalkan kemenangan tadi.

"Memanglah dia kalah, dia lawan dengan dua orang"
"Ye la cikgu, kesian dia"

"Jadi sepatutnya macam mana?"-tanya Cikgu Joe

"satu lawan satulah cikgu" - Murid menjawab.

"Siapa tengok Jerman lawan Portugal semalam?" tanya Cikgu Joe.

"saya, saya, Cikgu Joe"

"Tak adil cikgu 10 lawan 11" - jawab seorang murid

"YAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!! betul, hari ni kita akan belajar pasal keadilan. Aktiviti yang kita buat tadi adil ke tidak?" - tanya Cikgu Joe.

"Tidakkk!!!!!" jawab murid serentak.

Tiba-tiba timbul persoalan dalam pemikiran Cikgu Joe, maka Cikgu Joe bertanya "Bagaimana awak tahu ia tak adil tadi?"

Murid menjawab "Ayah saya cikgu yang kata tidak adil 10 lawan 11"

Mula berfikir, apa-apa bermanfaat jika kita berusaha memanfaatkan sesuatu. Maka P&P diteruskan.

Go Go Go Netherlands..




Monday, June 16, 2014

P&P Khas Hari Bapa

Semalam (15 jun 2014) merupakan sambutan hari bapa. Hari bapa tidak semeriah hari ibu kerana kurang mendapat sambutan. Mungkin kerana bapa-bapa di luar sana kebiasaannya mempunyai sikap yang garang seperti Cikgu Joe menyebabkan kurang diraikan.

Bila ditanya berkenaan ayah mereka. Sudah tentu jawapan jujur dengan perasaan tidak bersalah menitip di bibir anak-anak kecil ini. Kebanyakkan mereka hanya menggunakan istilah 'jahat' sebagai gambaran ayah mereka. Bila di tanya mengapa tanggapan ini dibuat, semua jawapan mereka hampir sama. Ayah mereka merotan mereka, ayah mereka memarahi mereka, ayah mereka garang. Oleh itu aktiviti pertama kali ini adalah untuk menceritakan sifat sebenar seorang lelaki bergelar ayah.




Bila diajukan soalan kepada kepada mereka berkenaan ayah mereka setelah menilai semula sifat ayah. Mereka memberi maklum balas dan kemudian satu kesimpulan diberikan.

"Ayah marah kami kerana tak mahu kami jadi jahat. Ayah sayang pada kita"

Ya, itu kesimpulan dari mereka dan Cikgu Joe perlu sambung lagi...

"Orang lelaki tidak akan tunjuk perasaannya, sebab dia tak mahu nampak lemah. bukan macam ibu yang akan menunjukkan setiap perasaannya kepada anak-anak mereka."

Tiba-tiba mata Cikgu Joe berkaca-kaca menahan air mata, sebab tiba-tiba fikiran ini berputar mengenangkan arwah abah. (Al-fatihah untuk abah). Perkataan 'jahat' juga yang dulu Cikgu Joe guna untuk arwah. Sebab dulu Cikgu Joe terlalu muda untuk berfikir sendiri. Sebab dulu cikgu cuma ajar, kita perlu hormti ibubapa kerana pengorbanan mereka. Tapi tak pernah diberitahu, mengapa ibubapa kita hanya tahu arah-arah dan terus marah-marah.




Hari ini Cikgu Joe nak bagi tahu yang dahulu cikgu-cikgu Cikgu Joe tak pernah memberitahu. Sebab apa ayah awak marah awak. Ayah awak memang garang atau perlu jadi garang untuk awak. Ayah awak sayang awak ke tidak. Bagaimana ayah awak menunjukkan kasih sayang pada awak. Sebab dia ayah awak... dan sampai bila-bila dia ayah awak.

P&P diteruskan dengan aktiviti kedua. Aktiviti yang tidak pernah Cikgu Joe lakukan kepada arwah abah Cikgu Joe. Sebuah kad tanda sayang awak kepada ayah awak. Luahkan segala perasaan awak melalui kad awak yang dipenuhi lukisan indah dan kamu perlu menghadiahkan kepada ayah kamu atau datuk kamu atau pakcik kamu bila pulang nanti.

















Jadi Guru Ganti Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan(KEDAP) 2014

Kalau tahun lepas Cikgu Joe yang dipertanggangjawabkan untuk mengajar kelas KEDAP, tapi kali ini Cikgu Joe terpaksa melepaskan tanggungjawab besar ini kerana perlu fokus pada kuliah ijazah sarjana di UPSI (kononnya). Cikgu Joe hari ini diminta oleh rakan guru untuk menggantikan KEDAP untuk minggu ini.

Apa yang Cikgu Joe suka kelas KEDAP ini adalah kerana peluang untuk pihak sekolah mendalami pemikiran ibubapa dan membentuk kefahaman terhadap tindakan pihak sekolah. Hari ini Cikgu Joe membahagikan aktiviti kepada 2 slot. Slot satu adalah untuk menyusun ayat membentuk perkataan. Bagi slot dua pula adalah membina peta minda i-think  dan membentangkan. Setiap kumpulan diarahkan dengan topik berbeza dan jenis peta berbeza.





Kumpulan satu diarah membuat peta pelbagai alir dengan topik penyebab dan kesaan murid tidak belajar.

Kumpulan dua diarah membuah peta buih berganda dengan topik persamaan dan perbezaan kesan guru tegas dan tidak tegas terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Kumpulan tiga diarah membuat peta pokok dengan topik faktor yang mempengaruhi murid tidak minat belajar..




























IKRAR GURU

IKRAR GURU