Kalau tahun lepas Cikgu Joe yang dipertanggangjawabkan untuk mengajar kelas KEDAP, tapi kali ini Cikgu Joe terpaksa melepaskan tanggungjawab besar ini kerana perlu fokus pada kuliah ijazah sarjana di UPSI (kononnya). Cikgu Joe hari ini diminta oleh rakan guru untuk menggantikan KEDAP untuk minggu ini.
Apa yang Cikgu Joe suka kelas KEDAP ini adalah kerana peluang untuk pihak sekolah mendalami pemikiran ibubapa dan membentuk kefahaman terhadap tindakan pihak sekolah. Hari ini Cikgu Joe membahagikan aktiviti kepada 2 slot. Slot satu adalah untuk menyusun ayat membentuk perkataan. Bagi slot dua pula adalah membina peta minda i-think dan membentangkan. Setiap kumpulan diarahkan dengan topik berbeza dan jenis peta berbeza.
Kumpulan satu diarah membuat peta pelbagai alir dengan topik penyebab dan kesaan murid tidak belajar.
Kumpulan dua diarah membuah peta buih berganda dengan topik persamaan dan perbezaan kesan guru tegas dan tidak tegas terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Kumpulan tiga diarah membuat peta pokok dengan topik faktor yang mempengaruhi murid tidak minat belajar..
0 comments:
Post a Comment